post

Beregu Lelaki dan Beregu Campuran Raih Kejuaraan Sulung 2019 selaku pemain Professional

Walaupun bergelar pemain professional , nampaknya pasangan beregu lelaki dan beregu campuran negara berjaya mengatasi tekanan dengan menjuarai Kejohanan Masters Thailand sebentar tadi.
Beregu campuan negara yang melalui gandingan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang turun selaku pilihan pertama tidak menghadapi masalah besar untuk menumpaskan pasangan tuan rumah Tinn Isriyanet/Chasinee Korepap dengan keputusan 21-16,21-10.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit itu, pasangan no 1 negara itu tidak menghadapi banyak masalah walaupun tekanan dari penyokong tuan rumah dirasai.
Ini merupakan satu pencapaian baik biarpun Thailand Masters tidak disertai pemain-pemain terbaik dunia. Sekurang-kurangnya ia memberikan kekuatan moral kepada bekas pemenang pingat perak Olimpik 2016 yang sedang memburu tempat ke Olimpik 2020, Jepun nanti.

Bagi pasangan beregu lelaki yang agak goyah persembahan pada tahun 2018, sudah pasti kemenangan pertama mereka di arena antarabangsa boleh menjadi pemangkin untuk meneruskan kemaraan selepas ini.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung kita-kira 32 minit, Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang diletakkan sebagai beregu pilihan tidak menghadapi banyak masalah menumpaskan pasangan dari Taiwan Lu Ching Yao/Yang Po Han dengan keputusan 21-13,21-17.

Bagi kategoi lain tiada wakil Malaysia yang layak ke peringkat akhir. Apapun ia merupakan satu pencapaian baik bagi pasangan beregu yang mengambil keputusan untuk keluar dari kepompong BAM. Mungkin mereka mampu untuk berdikari dan semoga akan ada lagi kemenangan buat mereka dan atlet badminton negara.

Menariknya dalam kejohanan kali ini, pasangan ini bekerjasama menjadi pemerhati dalam acara masing-masing. Macam ketika pasangan beregu campuran beraksi, beregu lelaki akan melihat dan melakukan analisa dan begitu sebaliknya. Satu kerjasama yang cukup baik bagi pemain professional.

Keputusan Penuh Badminton Masters Thailand 2019

Kredit Gambar : Twitter Kota Goh

Please follow and like us:
error0
post

Peng Soon-Liu Ying raih gelaran kedua musim 2018

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying merangkul gelaran kedua musim ini selepas menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Amerika Syarikat di California, hari ini.

Pasangan pilihan kelima tersebut, yang menjuarai Thailand Masters, Januari lalu, melakukan kejutan apabila hanya mengambil masa 38 minit untuk menyingkirkan gandingan pilihan keempat, Marvin Emil Seldel-Linda Efier dari Jerman dengan straight set 21-19, 21-15 pada final.

Pada kejohanan yang berlangsung di Gimnasium Fullerton Titan, China, selaku kuasa besar dalam dunia badminton, membawa pulang tiga gelaran iaitu acara perseorangan dan beregu wanita serta acara beregu lelaki.

Bekas juara perseorangan wanita Sukan Olimpik London 2012, Li Xuerui bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menundukkan pemain pilihan utama, Zhang Beiwen dari Amerika Syarikat dengan 24-26, 21-15, 21-11.

Gelaran beregu wanita menjadi milik Tang Jinhua-Yu Xiaohan apabila turut mengalami kekalahan set pertama sebelum bangkit untuk mengatasi beregu Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kim So Yeong, 18-21, 21-13, 21-15

Dalam final beregu lelaki ,Ou Xuanyi-Ren Xiangyu mengalahkan wakil Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Kim Won Ho 16-21, 21-16, 21-17 manakala gelaran juara lelaki perseorangan lelaki menjadi milik pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun selepas mengalahkan pilihan keenam, Mark Caljouw dari Belanda dengan 14-21, 21-17, 21-16

– BERNAMA

 

Please follow and like us:
error0
post

Goh Liu Ying bakal kembali dengan gandingan baru

Pemain badminton beregu campuran negara Goh Liu Ying yang mengalami kecederaan berpanjangan akan digandingkan dengan pasangan muda.
Beliau yang sebelum ini bergadingan dengan Chan Peng Soon berjaya mencapai banyak kejayaan termasuk menjadi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan juga naib juara Kejohanan All England pada Mac lalu.
Walaubagaimanapun kecederaan bahu menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang dan kini telah mula mampu beraksi.

Liu Ying, 28 tahun kembali selepas enam minggu dan kali ini digandingkan dengan Chen Tang Jie yang berusia 19 tahun. Untuk permulaan, pasangan ini akan memulakan aksi di Kejohanan Cabaran Antarabangsa India pada 29 November – 3 Disember dan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Maldives di Male dari 5 -10 Disember.
“Saya telah berlatih selama tiga minggu yang lalu tetapi saya masih belum mencapai 100% lagi. Saya masih perlu memperbaiki kekuatan saya.

“Cabaran pertama saya adalah untuk membentuk gandingan yang baik dengan Tang Jie. Berbeza ketika bergandingan dengan Peng Soon, ini adalah kali pertama saya bermain dengan pemain junior dan saya sangat teruja dengannya”
” Sebelum ini ketika di Liga Purple tahun lepas, saya beraksi berhadapan dengan Tang Jie dan dia seorang pemain menyerang yang agak baik, ” katanya.

chen tang jie

Chen Tang Jie (depan), pemain muda yang bakal beraksi dengan Goh Liu Ying

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Michelle Chai mengesahkan bahawa Tang Jie adalah antara enam pemain dari Petaling Badminton Club (PBC) yang telah mengesahkan tempat mereka dalam persediaan kebangsaan.

“Mereka telah diberikan surat dan kami menunggu pengesahan mereka. Jurulatih kami telah membuat semua pengaturan untuk memudahkan mereka ke dalam pasukan, “kata Michelle.

Lima pemain lain adalah pemain beregu lelaki, Man Wei Chong, Kwek Yee Jian, Soh Wooi Yik, Tan Chee Tean dan Ian Wong. Chee Tean meninggalkan BAM pada Jun untuk menyertai PBC.

Sumber :- The Star

Please follow and like us:
error0
post

Goh Liu Ying/Chan Peng Song Naib Juara, Chong Wei Ungguli All England 2017

Keputusan yang baik untuk kejohanan badminton All England 2017 apabila 2 wakil dari Malaysia mara ke perlawanan akhir. Wakil beregu campuran negara melalui pasangan Chan Peng Song/Goh Liu Ying dan pemain perseorangan lelaki, Lee Chong Wei berjaya menempah tiket ke kejohanan yang berlangsung di Birmingham ini.

Pasangan beregu campuran negara yang menghuni rankint ke 6 dunia, Goh Liu Ying/Chan Peng Song tumpas kepada pasangan China Lu/Huang dengan keputusan 21-18, 19-21, 16-21. Dalam perlawanan yang berlarutan sehingga 1 jam 26 minit itu menyaksikan pasangan negara cuba bersaing dengan pasangan no 5 dunia. Semangat juang yang ditunjukkan tinggi cuma sedikit kesilapan pada set ketiga menyebabkan mereka tertinggal jurang yang agak tinggi serta menyukarkan untuk mengejar pihak lawan. Apatah lagi aksi mereka banyak bertahan hingga memberikan kelebihan pada pasangan China itu. Ia satu perlawanan yang cukup mendebarkan bagi penyokong Malaysia.

Goh-Liu-Ying-Chan_Peng_Song

 

Pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei pula tidak mengalami masalah untuk menumpaskan pemain bukan pilihan dari China Shi Yuqi dengan keputusan 21-12, 21-10. Ini merupakan kejuaraan keempat beliau dimana sebelum ini beliau pernah menjadi juara pada tahun 2010, 2011, 2014. Walaupun telah berusia 34 tahun namun beraksi menentang pemain muda berusia 21 tahun itu, beliau tenang dan lebih pantas untuk mengungguli perlawanan tersebut dalam tempoh 45 minit. Bagi Shi Yuqi pula, walaupun kekurangan pengalaman namun kejayaan menumpaskan pemain senior China, Lin Dan pasti menunjukkan bahawa beliau mempunyai potensi untuk menjadi pencabar di masa hadapan. Mungkin nampak gugup apabila beliau berhadapan dengan Lee Chong Wei pada perlawanan akhir.

Selain itu, dalam temuramah Lee Chong Wei menyuarakan keyakinan untuk bertarung di Kejohanan Dunia di Glagsow,Scotland dan bersemangat untuk mempertahankan kejuaraan All England ini pada tahun hadapan. Mampukah? Kita tunggu dan lihat.

Untuk keputusan penuh All England 2017, sila klik sini

Please follow and like us:
error0
post

Cabaran Malaysia berakhir di Kejohanan Badminton Terbuka Korea Selatan 2016

Saingan pasukan badminton negara pada kejohanan badminton Terbuka Korea Selatan 2016. Tanpa penyertaan Lee Chong Wei, wakil pada separuh akhir terletak pada pasangan beregu perak Olimpik iaitu beregu lelaki dan campuran negara.
Kedua-dua pasangan yang diharapkan merangkul kejuaraan selepas Olimpik tersungkur di separuh akhir. Pasangan beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang diletakkan sebagai pilihan kelima tumpas 21-18, 15-21, 13-21 kepada pasangan pilihan ketujuh dari China, Li Junhui/Liu Yuchen.
Untuk rekod, pasangan China itu baharu sahaja merangkul kejuaraan Terbuka Jepun pada minggu lepas.

Bagi pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pula tumbang kepada pilihan utama dari Korea Selatan Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dengan keputusan 21-15, 14-21, 15-21.
Banyak yang perlu diperbaiki oleh kedua-dua pasangan ini bagi membuktikan bahawa kejayaan Olimpik mereka bukan sekadar tuah sahaja. Mereka perlu membuktikannya dengan berjaya menjuarai beberapa Siri Super.

Please follow and like us:
error0
post

Beregu campuran negara bawa pulang Perak Olimpik 2016

Pingat emas Olimpik yang ditunggu masih belum tiba. Nampaknya pasangan beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tidak berjaya dalam misi mendapatkan pingat emas pertama Malaysia. Namun pingat perak merupakan pencapaianĀ  yang besar kerana belum pernah lagi pemain Malaysia memenangi pingat tersebut dalam acara beregu campuran di Olimpik mahupun di Asia.

Perlawanan akhir yang berlangsungĀ  selama 45 minit itu menyaksikan pasangan negara tumpas kepada beregu campuran no 3 dunia dari Indonesia iaitu Tontowi Ahmad/ Liliyana Natsir dengan keputusan 14-21, 12-21.

tontowi-ahmad-liliyana-natsir

| 7 Fakta Menarik Mengenai Kemenangan Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir |

Pasangan negara yang menduduki tangga ke 11 dunia tidak dapat menghadapi pasangan dari Indonesia tersebut yang terlalu gagah dalam menghadapi perlawanan ini.

Tahniah kepada pasangan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang berjaya membuktikan kemampuan mereka walaupun tidak dijangka untuk menghadiahkan pingat dalam temasya kali ini. Selepas ini kita harapkan pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan Lee Chong Wei untuk mengalas harapan mendapatkan pingat emas pula dimana pasangan beregu negara akan berhadapan pasangan China Zhang Nan/ Fu Hai Feng pada perlawanan akhir yang berlangsung Jumaat ini manakala Lee Chong Wei akan bertemu seteru Lin Dan pada perlawanan suku akhir juga Jumaat ini.

 

Please follow and like us:
error0