post

FitMalaysia di Melaka batal

Nampaknya jerebu yang melanda Malaysia menyebabkan beberapa acara sukan terpaksa dibatalkan termasuk program FitMalaysia edisi Melaka yang dijadualkan berlangsung esok di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir, Melaka.
Menurut kenyataan KBS, keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat dan pandangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Jabatan Alam Sekitar Melaka dengan memberi pandangan aktiviti fizikal di kawasan terbuka adalah tidak digalakkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Berdasarkan laporan IPU yang dicatatkan di Bandaraya Melaka pada petang ini adalah sekitar 120 dan dijangkakan berada diparas tidak sehat untuk aktiviti luar esok,” kata kenyataan itu.

“Program FitMalaysia sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Oleh itu pihak KBS terpaksa membatalkan program ini untuk mengelakkan risiko orang ramai berdepan dengan masalah kesihatan.”

KBS berkata sebarang pengumuman berkenaan pelaksanaan program FitMalaysia edisi Melaka pada masa yang akan datang akan dimaklumkan kemudian.

“KBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada lebih 12,000 orang peserta yang telah mendaftar untuk menyertai program FitMalaysia edisi Melaka,” katanya.

Sumber :-BHarian

Please follow and like us:
error0
post

Fit Malaysia Platform Efektif Promosi Sukan dan Kecergasan

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa Program Fit Malaysia yang mula diperkenalkan sejak tahun 2014 itu merupakan platform efektif dalam mempromosikan aktiviti sukan dan kecergasan kepada masyarakat.
Beliau berkata, progam itu mendapat sambutan mengalakkan dikalangan rakyat Malaysia yang semakin mengamalkan gaya hidup sihat di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin turut sama bersenamrobik

“Impian saya mahu lahirkan wira sukan dan menjadi sebuah negara bersukan yang hebat. Tahun lepas kita muncul johan keseluruhan Sukan SEA dan saya yakin pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo kita tamatkan penantian kemenangan pingat emas pertama Malaysia.

“Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang fit dan cergas kita perlukan rakyat yang sihat. Kita lawan penyakit-penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan obesiti.

“Justeru, medium seumpama ini, ia sedikit sebanyak membantu kita melahirkan generasi sihat dan produktif,” katanya ketika berucap pada program Fit Malaysia peringkat Melaka di Padang Awam Taman Seri Telok Mas, di sini hari ini.

Program yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad dan Exco Kesihatan, Sukan dan Antidadah Melaka, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Pelbagai aktiviti kecergasan diadakan pada program Fit Malaysia yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan termasuk larian 5 kilometer (km) dan 10km, berbasikal 10km dan 30km serta senamrobik.

Khairy berkata kehadiran lebih 10,000 peserta merangkumi pelbagai usia daripada kanak-kanak hingga warga emas memeriahkan Fit Malaysia kali ini juga membuktikan masyarakat semakin sedar akan pentingnya menjaga kesihatan.

– BERNAMA

Please follow and like us:
error0
post

Program FitMalaysia Perlis jangka penyertaan lebih 7,000 orang

Program FitMalaysia merupakan program dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan rakyat Malaysia mengamalkan hidup sihat.
Pelbagai acara yang telah dirancang bagi memastikan penglibatan rakyat Malaysia dalam bersukan. Pada bulan April lalu, Melaka menjadi tuan rumah FitMalaysia dan pada 8 Mei 2016 ini Perlis menjadi tuan rumah.

Program FitMalaysia peringkat Perlis itu akan diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kuala Perlis pada 8 Mei 2016.
Program ini dijangka menarik penyertaan lebih 7,000 orang. Banyak acara yang dianjurkan untuk peserta menyertainya seperti acara basikal 30 kilometer dan larian 10 kilometer.

EXCO Belia dan Sukan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad berkata dalam sidang media Pra-Pelancaran FitMalaysia 2016
“Kita jangka sambutan amat baik, seperti tahun sebelum ini yang dilihat amat menggalakkan serta berjaya mendapat penyertaan lebih daripada 10,000 orang,”

Bagi orang ramai yang ingin menyertai program itu boleh mendaftar dalam talian di laman web http://www.fit.my atau RJEvent . Selain itu orang ramai juga boleh mendapatkan borang di Jabatan Belia dan Sukan Negeri sebelum atau pada 7 Mei depan.
Program itu bakal dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan akan dihadiri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Perlis merupakan negeri ketiga melaksanakan program itu tahun ini selepas Miri, Sarawak dan Melaka. Selepas ini program FitMalaysia ini akan diadakan di Pulau Pinang dan Perak.
-BERNAMA

// Krew Ligakampung.com ada menyertai acara ketika FitMalaysia di Melaka tempohari. Memang mendapat penyertaan yang ramai dan bagus untuk menjadikan rakyat Malaysia bersukan. Satu inisiatif yang baik dari KBS.

Please follow and like us:
error0