Blog Download Area
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Daftar Streamyx..

Written by zool on May 3, 2008 – 1:57 pm -

Assalamualaikum dan salam semua…..
Harap-harap semuanya berada dalam keadaan cergas terutamanya si Zool ni yang tiada berbuat aktiviti sihat hari ni..
Pertama sekali nampaknya jika tiada apa-apa halangan insyalllah mungkin dalam 1 atau 2 minggu saya akan mula menggunakan Streamyx .. Setelah ambil masa lama akhirnya saya mendaftar juga pada hari ini di sebuah kedai komputer..
Bercerita mengenai mendaftar streamyx ni pada mulanya saya ingin mendaftar di kedai Melayu tetapi alangkah malangnya apabila budak yang menjaga tersebut tak tau dan menyatakan bahawa hanya ‘boss’ je yang tau.. So, dengan muka kelat saya terus beredar dari situ..
Terus ke kedai kedua, kedai pemilik berbangsa Cina.. Sebenarnya saya pernah berbincang dengan tokei kedai untuk masuk Streamyx ni tapi masih malang lagi .. Kedai tutup pulak.. Aiyok adakah hasrat hati untuk menggunakan Streamyx akan tertangguh lagi???
Dalam keadaan yang agak bengang tiba-tiba saya terfikir sebuah kedai yang berhampiran dengan rumah saya di Taman Maju.. Walaupun kedai ini nampak serabut tapi pekerjanya tau tentang masalah ini.. Berbekalkan bil telefon dan salinan kad pengenalan saya terus mendaftar dengan kedai tersebut..
Setelah penerangan ringkas mengenai bayaran-bayaran yang diperlukan saya bersetuju untuk mengambil pakej RM60.. Harap-harap penggunaan Streamyx akan membantu saya untuk mengukuhkan diri dalam persada blogger . Selain itu mudah untuk berhubung dalam ym.. Sekarang ni selalu disconnect je..
Dan sudah tentulah dapat mendownload anime dengan gembiranya.. Harap2 ada peningkatan dari segi pendapatan internet selepas nie..

Apa lagi join le

p/s : - Sekali tercicir pen drive plak.. Wargh kena keluar duit lagi.. Ada sapa2 nak sedekah pen drive kat si ZOol ???


Tags: , ,
Posted in kehidupan | 3 Comments »
RSS