Belajar Bina Blog Dengan Wordpress
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Kenangan di Kluang

Written by zool on July 29, 2008 – 1:35 am -

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Nampaknya hampir seminggu saya meninggalkan IKWAS Kluang.. Rasa rindu plak pada awekINTAN Kluang.. He he he.. Almaklumlah tinggal di bilik beraircond.. Sejuk je rasa.. Tido pun seronok je…

Sebenarnya ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya di Kluang Johor selain kedai sukan Al-Ikhsan . Jarak antara bandar Kluang dan tempat penginapan lebih kurang 5 kilometer jadi kami sering pergi ke bandar Kluang samada makan mahupun berhibur ( yang tak melampaui batas ye..) ..
Antara tempat yang awal sekali disinggahi ialah Kluang Parade , sebuah pusat membeli belah terbesar di kawasan berkaitan.. Dan tempat pertama yang dikunjungi ialah pawagam… Huhuhuhu.. Saya bersama member seinduksi menonton cerita Hellboy - The Golden Army.. Terus terang inilah first time saya tengok wayang malam2 .. Biasa tengok waktu tghari atau petang je..Best gak layan Hellboy.. Jalan cerita yang mudah dengan aksi-aksi yang menarik..
2 hari selepas tu kami layan pula Bowling.. huhuhuhu.. Permainan saya memang agak buruk dan berada di ranking terakhir.. Lecehnya dah le bola tak tau saiz berapa..

Okay cukup pasal Kluang Parade yang rasanya serupa je dengan kompleks membeli belah di mana-mana tempat pun… Satu tempat yang telah dicadangkan oleh orang-orang Kluang termasuk sikumbang ialah kedai kopi di stesen keretapi.. Ops lupa nak beritau, berdekatan bandar Kluang ini ada lintasan keretapi… Kalau nasib tak berapa baik anda terpaksa menunggu dalam 5 minit kalau ada keretapi melintas…
Sambung balik pasal kedai kopi di stesen keretapi ..

Kami pun cubalah ke tempat yang dicadangkan untuk mencuba keistimewaan kedai kopi terbabit.. Tapi alangkah malangnya kami terlewat.. Kedai kopi tersebut tutup perniagaan pada pukul 6.00 petang dan kami sampai di sana pada pukul 6.15 petang.. Amat mengecewakan.. Tetapi rupa-rupanya ia ada cawangan di bandar… ‘Kluang Railcoffe’ .. Tak silap itulah nama kedai tersebut.. Hm.. suasana di kafe tersebut di reka seperti anda berada di hentian keretapi…
Walaubagaimanapun ‘feel’ mungkin tak sama seperti di stesen keretapi.. Takpelah janji penah pegi… Lagi satu yang menarik ialah terdapat satu kedai serbaneka seperti 7 Eleven di sini. Tapi bukan 7 Eleven tapi ‘Kriss’ nama kedai tersebut.. Dan banyak sekali cawangannya di kawasan bandar tersebut..

Sori ye.. Ayat ada sedikit berterabur.. Main taip je nie


Tags: ,
Posted in kehidupan, santai | 7 Comments »

Mandi Manda di Tanjung Bidara

Written by zool on December 25, 2007 – 2:04 pm -

Assalamualaikum semua..

tgbidara

Nampaknya hari ini merupakan hari terakhir percutian saya pada hujung tahun ini.. Nampaknya bersempena hari cuti Krismat dan tugasan untuk menghadiri majlis kesyukuran di Tanjung Bidara saya mengambil keputusan untuk membawa adik-adik saya terus ke pantai Tanjung Bidara.. Selepas Majlis Kenduri Kesyukuran di tapak Balai Cerap Alkhawarizmi, Tg Bidara saya terus ke pantai Tanjung Bidara.. Agak ramai juga pengunjung pada hari ini.. Almaklumlah hari cuti.. Ramai keluarga yang mengambil kesempatan cuti pada hari Krismast untuk bersantai di pantai ini… Hm tepat pukul 1.30 saya dan adik-adik saya mencari port yang agak sesuai untuk melepak diri sambil mandi manda.. Seronok sungguh, lebih-lebih lagi agak lama juga tidak mandi manda.. Hm entah bila lagi akan menjalankan aktiviti ini .. Bagaimana dengan percutian anda semua?? Pastinya ada cerita seronok masing-masing.. Klik imej di bawah untuk melihat gambar-gambar saya dan adik-adik ketika di sana…

Bagi anda yang berminat untuk menghilangkan tekanan Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka merupakan tempat perkelahan yang menarik untuk dikunjungi.. Terletak 35km dari bandar Melaka ianya merupakan pantai yang indah dan bersih. Sesuai untuk keluarga dan juga untuk aktiviti berenang, memancing dan aktiviti di pantai.. Dan terdapat beberapa hotel dan chalet berdekatan bagi mereka yang inginkan percutian yang menyeronokkan.. Anda boleh merujuk kepada Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka .

p/s :- He he he.. Rasa macam ejen pelancongan plak.. Amacam ?? Ok ke taK??


Tags: , ,
Posted in Negeri Melaka | 10 Comments »
RSS