Posts Tagged ‘cicak’
Cute tak cicak ni??
Written by zool on June 22, 2008 – 6:35 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nampaknya saya baru sahaja selesai mendownload Firefox 3.. Nampaknya ada banyak benda baru yang dalam Firefox versi terbaru ni.. Sila ke link ini untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang versi terbaru Firefox.
Memang banyak cerita hari ini.. Dari kisah EURO 2008 di mana pasukan underdog akan ke separuh akhir bertemu pasukan pilihan hingga ke cerita cicak yang unik.. .
Saya sengaja mengambil tajuk tersebut memandangkan hari ini saya ingin menulis perkara yang agak santai tanpa perlu menekan kepala otak.. Jadi cuba anda lihat jika kebiasaanya kita lihat cicak mempunyai satu warna tetapi di Kampung Permatang Tok Gelam, Tasek Gelugur telah terjumpa seekor cicak yang berbintik oren..

Berita Kosmo :- Cicak bintik oren jadi perhatian
Inilah kekuasaan dariNYa.. Samada cicak itu berbintik disebabkan oleh persekitaran atau sebab-sebab biologi mungkin akan diketahui kelak..
p/s :- Adakah kemungkinan akan ada orang menternak cicak di masa akan datang??
Tags: cicak, Kosmo
Posted in santai | 10 Comments »










