post

Isu Morten Frost dan Chong Wei boleh diselesaikan –Timbalan Presiden BAM

Minggu ini sedikit isu mengenai ketidakpuasaan hati pemain badminton no 1 dunia, Lee Chong Wei terhadap Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost. Ini berikutan Morten Frost memaklumkan kepada individu berdekatan bahawa kecederaan terbaru yang dialami Chong Wei merupakan pengakhiran kepada kariernya.
Chong Wei mengalami kecederaan ‘Medical Collateral Ligament’ (MCL) ketika latihan yang dilakukan di Akademi BAM di Bukit Kiara pada Sabtu (4 Februari). Beliau yang berang dengan kenyataan Frost, menyatakan bahawa ini bukan kali pertama Pengarah Teknikal BAM itu membuat kenyataan tersebut kerana telah menyuarakan selepas Sukan Olimpik tersebut.
Chong Wei menambah bahawa kecederaan terbaharu boleh dicegah jika Frost dan Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew mengikut nasihat agar menukar getah permukaan di gelanggang tersebut. Chong Wei memaklumkan bahawa beliau telah menyuarakan isu ini banyak kali namun hanya ditukar selepas beliau mendapat kecederaan tersebut.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan perang mulut antara Morten Frost dan Datuk Lee Chong Wei bukan isu besar dan ia boleh diselesaikan secara baik.

Norza dalam satu kenyataan memberitahu supaya Frost dan Chong Wei mengetepikan ego dan cuba menyelesaikan isu ini diluar. Ketika ditanya adakah BAM akan mengaturkan pertemuan serampang dua mata antara Frost dan Chong Wei, Mohamad Norza berkata, perkara itu tidak perlu buat masa ini.

“Saya rasa buat masa ini, kita biarkan Chong Wei bertenang dan kembali pulih. Kita bagi kemudahan, biar dia bangkit semula. Mengenai Frost, kita boleh bercakap sendiri dengan beliau,” katanya.
-MStar
Ligakampung mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan dengan SEGERA. Ini kerana Chong Wei telah menetapkan sasaran sehingga ke Kejohanan Dunia. Selepas itu terpulang kepada beliau berdasarkan prestasi tersebut. Semoga kemelut ini dapat diselesaikan sebaik mungkin agar ia tidak melarat dan menganggu perhubungan antara satu sama lain.

Please follow and like us:
error0
post

Chong Wei tumpas aksi Kumpulan Siri Super Akhir

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memulakan kempen Siri Super Akhir di Dubai dengan langkah kiri selepas tewas mudah kepada pilihan kedua kejohanan dari Korea, Son Wan Ho dalam aksi Kumpulan B, hari ini.
Chong Wei yang juga juara empat kali kejohanan itu tewas 10-21, 16-21 dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Hamdan.


Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu mengakui, gagal mencari rentak permai­nan yang diinginkan selain ba­nyak melakukan kesilapan.
Katanya, dia akan bangkit dalam perlawanan selepas ini menentang wakil Hong Kong, Angus Ng, esok.
“Banyak kesilapan mudah dalam set pertama, set kedua lebih baik dan saya akan berusaha mendapatkan semula rentak permainan saya.
“Selepas ini saya akan cuba menggunakan permainan mudah,” katanya.
Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei juga tewas 7-21, 17-21 kepada pilihan kedua dari Denmark, Kamilla Rytter Juhl-Christinna Pedersen dalam aksi pembukaan Kumpulan B.
Sementara itu, pasangan beregu lelaki yang juga pilihan kedua kejohanan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mencatat kemenangan pertama saingan Kumpulan B selepas pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen menarik diri. – UTUSAN ONLINE

Please follow and like us:
error0
post

Chong Wei menang anugerah pemain terbaik BWF

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk kali kelima malam tadi.

Chong Wei menerima anugerah itu daripada Timbalan Presiden BWF, Gustavo Salazar dalam Majlis Makan Malam Gala di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), hasil daripada aksi cemerlangnya sepanjang musim ini, demikian menurut Twitter rasmi BWF: @bwfmedia.

Beliau mengetepikan beberapa calon termasuk pasangan negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, juara Olimpik, Chen Long, beregu China, Fu Haifeng-Zhang Nan dan Jan O Jorgensen dari Denmark.

Sepanjang 2016, Chong Wei memenangi kejuaraan Siri Super di Malaysia, Indonesia dan Jepun serta pingat perak Olimpik ketiganya, selain mencuba memburu gelaran Siri Super Dunia kelimanya di Dubai minggu ini.

Sebagai rekod, pemain berusia 34 tahun dari Pulau Pinang itu pernah memenangi anugerah sama pada 2009, 2010, 2011 dan 2013.

Bagi Siri Super Dunia tahun ini, Chong Wei diletakkan dalam Kumpulan B bersama pemain Korea Selatan, Son Wan-ho, Angus Ng Ka Long (Hong Kong) dan Viktor Axelsen (Denmark).

Kejohanan Siri Super Dunia yang menawarkan hadiah berjumlah AS$1 juta (kira-kira RM4.4 juta) dijadualkan bermula esok hingga 18 Disember di Kompleks Sukan Hamdan, Dubai.

Sementara itu, pemain beregu wanita negara, Woon Khe Wei dipilih menerima Anugerah Pakaian Terbaik Wanita pada majlis makan malam tersebut manakala Axelsen pula memenangi kategori lelaki.

Bekas juara wanita remaja dunia, Goh Jin Wei yang dicalonkan dalam Anugerah Eddy Choong untuk Pemain Paling Berbakat, gagal menandingi pemain China, Chen Qingchen yang dipilih sebagai pemenang.

Pasangan beregu wanita Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Pemain Wanita Terbaik manakala Pusarla V Sindhu dari India menerima Anugerah Pemain Paling Meningkat.

Bagi kategori badminton para, Lucas Mazur (Perancis) dan Karin Suter-Erath (Switzerland) dinamakan Pemain Para Terbaik, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita. – BERNAMA

 

Tahniah Ligakampung ucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei. Semoga terus maju dan mengondol hadiah dalam kejohanan Siri Super Dunia 2016 pada minggu ini.

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei juara badminton Terbuka Indonesia 2016

Perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menambah koleksi kejuaraan pada tahun ini. Beliau berjaya meraih kejuaraan Terbuka Indonesia 2016 selepas menumbangkan pemain no 5 dunia dari Denmark, Jan O Jorgensen dengan keputusan 17-21, 21-19, 21-17.
Chong Wei yang merampas kembali kedudukan ranking pertama dari Chen Long selepas melangkah ke akhir menyamai rekod yang dilakukan oleh lagenda badminton Indonesia, Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat yang berjaya menjuarai gelaran Terbuka Indonesia sebanyak enam kali.

Dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi, Chong Wei sedikit goyah pada set pertama hingga memberikan kemenangan kepada Jan O Jorgensen. Pada set kedua pula perlawanan sengit dan Chong Wei terpaksa mengejar untuk menang pada set kedua. Pada set ketiga persaingan sengit namun kelebihan pengalaman memihak Chong Wei yang berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan rubber set di Stadium Istora Gelora Bung Karno di Jakarta.
Untuk rekod, Lee Chong Wei memenangi kejohanan itu pada tahun 2007, 2009, 2010, 2011 dan 2013. Ini merupakan kemenangan ke 64 dalam karier Lee Chong Wei dimana beliau menerima US67,500(RM276,000) manakala Jorgensen memungut US34,200(RM140,000).

Selepas ini Lee Chong Wei akan bermain di Kejohanan Terbuka Australia yang akan bermula pada hari Selasa ini sebelum berehat untuk persediaan di Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada Ogos nanti.
Semoga impian pingat emas mampu dicapai di Olimpik.

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei menjuarai Super Siri Terbuka China 2015

Pemain badminton no 1 negara, berjaya memenangi kejohanan Super Siri Terbuka China 2015. Kejayaan ini bertambah manis apabila beliau berjaya menumbangkan 2 jagoan China iaitu Lin Dan pada perlawanan separuh akhir dan pemain no 1 dunia, Chen Long pada perlawanan akhir.

chong-wei-chen-long
Beliau juga mencipta sejarah selaku satu-satunya pemain perseorangan lelaki negara yang berjaya menjuarai Kejohanan Terbuka China. Menariknya juga Lee Chong Wei berjaya mengelakkan dominasi pemain-pemain dari China untuk menguasai barisan pemenang (perseorangan wanita, beregu campuran, beregu wanita dikuasai China, beregu lelaki belum bertarung ketika artikel ini ditulis).

Perlawanan akhir yang berlangsung dalam masa 50 minit ini menampakkan kembali skill dan kepantasan Lee Chong Wei untuk mendapatkan mata. Keputusan akhir yang memihak Lee Chong Wei dengan keputusan 21-15,21-11.

Video Lee Chong Wei vs Chen Long Terbuka China 2015

Perlawanan ini juga pasti memberikan kesan kepada Lee Chong Wei dimana ramai pengkritik tidak yakin dengan kemampuan beliau untuk berhadapan samada Lin Dan atau Chen Long. Semoga kemenangan ini memberikan motivasi untuk Lee Chong Wei menebus maruah dalam menuju sasaran emas Olimpik 2016 di Rio, Brazil.
Bagi para pemain badminton Malaysia yang lain semoga menjadikan kemenangan Lee Chong Wei ini satu inspirasi. Bukan mudah bagi beliau untuk bangkit selepas menghadapi kes doping tempohari. Apatah lagi dengan prestasi yang hambar beberapa kejohanan sebelum ini yang sedikit sebanyak menjatuhkan moral beliau.

Keputusan Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka China 2015

Beregu Wanita
Tan Yuanting/ Yu Yang vs Misaki Matsumoto/Ayaka Takahshi 18-21, 21-13, 21-12

Beregu Campuran
Zhang Nan/Zhao Yunlei vs Joachim Fischer Nielsen/ Christinna Pedersen 21-19,17-21, 21-19

Perseorangan Wanita
Li Xuerui vs Saina Nehwal 21-12, 12-15

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei vs Chen Long 21-15, 21-11

Beregu Lelaki
Chai Biao/ Hong Wei vs Kim Gi Jung Kim Sa Rang 13-21 , 19-21

Please follow and like us:
error0