post

Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris 2015

Agak jarang sekali ligakampung.com menulis mengenai Liga Luar Negara. Almaklumlah, tajuk blog pun ligakampung kan. Tapi sesekali tengok juga ‘English Premier League’ pada hujung minggu.
Di Malaysia ni memang ramai peminat bolasepak Liga Perdana Inggeris dan pastinya ramai yang menunggu untuk melihat pasukan yang akan menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim 2014/15.

Nampaknya pasukan Chelsea telahpun boleh dinobatkan sebagai juara selepas mendapat 3 mata menumbangkan pasukan Crystal Palace di Stamford Bridge, Chelsea. Pasukan Chelsea yang telah bermain sebanyak 35 perlawanan telah memungut 83 mata dimana pasukan terdekat Arsenal tidak mampu untuk mengejar mereka walau apa terjadi pada baki 5 perlawanan lagi.

chelsea-player
Walaupun pasukan Chelsea dikritik pada tahun ini namun permainan mereka yang lebih mementingkan kemenangan berbanding permainan cantik telah memberikan mereka kejayaan yang sukar untuk dicapai oleh pasukan lain.

Pastinya penyokong pasukan Chelsea akan tersenyum girang pada minggu ini apabila pasukan mereka secara sahnya akan menjulang trofi yang menjadi kebanggaan pasukan yang bertanding dalam kejohanan Liga Perdana Inggeris ini.

Secara peribadi, kejayaan pasukan Chelsea ini banyak dibantu oleh kebijaksanaan pengurus mereka, Jose Mourinho yang bijak merencanakan strategi dalam sesuatu perlawanan. Beliau tidak terikut-ikut dengan permainan yang diinginkan sebaliknya mencari jalan terbaik untuk menang dalam sesuatu permainan.Beliau juga cukup tegas dan dapat mendisplinkan pemain yang dilatih.

Tahniah.

Please follow and like us:
error0