post

Vincent Tan ingin jual Cardiff City?

Pemilik pasukan bola sepak Cardiff City , Tan Sri Vincent Tan tidak ingin menjual kelab tersebut tetapi ingin membuka ruang untuk tawaran, menurut laporan media Britain, BBC.
Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa taikun Malaysia itu menafikan gosip bahawa beliau ingin menjual kelab tersebut namun dalam masa sama memberitahu bersedia mendengar sebarang tawaran dan hanya akan menjual pada harga terbaik.

Tan yang sering hadir ke perlawanan Cardiff diberitakan tiada dalam 2 perlawanan terakhir yang meningkatkan lagi spekulasi bahawa beliau sudah hilang minat untuk menjadi pemilik kelab dari Wales itu.
Walaubagaimanapun pada perlawanan Sabtu lalu beliau menyaksikan Cardiff menumpaskan Aston Villa 3-0 dalam perlawanan Liga.

Vincent Tan selaku pemilik pernah mencetuskan kontroversi apabila cuba untuk menukar jersi utama dari biru ke merah sebelum ini.
Berita ini mungkin agak menarik untuk dilihat. Rasanya pemilikan beliau dalam pasukan Cardiff ada menampakkan usaha memajukan bolasepak negara apabila ada kejohanan bolasepak tempatan yang melibatkan kepakaran dari Cardiff City.
Selain itu ada juga kerjasama secara langsung antara Cardiff dan pasukan bolasepak negara terutama di peringkat bawahan. Namun sekiranya beliau ingin menjual, itu adalah haknya sebagai seorang Usahawan. Tidak ada salah untuk beliau membuat keputusan itu.
Mungkin ia akan menjadi sejarah bagi bolasepak di Cardiff namun diharap kerjasama boleh dijalinkan walaupun pemilik yang lain.

Agak-agak bila Ligakampung.com nak memiliki kelab bolasepak ye? Tak payah jauh-jauh dapat memiliki kelab bola sepak Malaysia pun jadilah. Hehehehe

Please follow and like us:
error0
post

Pengerusi berharap pemain Malaysia untuk beraksi dengan Cardiff City

Seperti yang peminat bolasepak tempatan sedia maklum, kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris dari Wales, Cardiff City F.C telah dimiliki oleh taikun Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan. Beliau selaku pemilik kelab tersebut teringin untuk melihat pemain bolasepak Malaysia beraksi di kelab tersebut. Buat masa ini, kemungkinan untuk melihat pemain Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris amat mustahil berikutan undang-undang imigresen di United Kingdom yang agak ketat.
Malahan, Cardiff City pernah cuba membawa 2 nama besar dalam bolasepak tempatan iaitu Safee Sali dan Safiq Rahim sedikit masa dulu. Tapi nampaknya impian untuk melihat mereka beraksi di Liga Perdana Inggeris terkubur akibat dari syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh pasukan tempatan.

Sumber : Sinar Harian
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Program bakat muda ke Cardiff

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
najib cardiff
image hosting adult

Kesan pengambilalihan Cardiff City oleh rakyat tempatan, Datuk Chan Tien Ghee telah mula menampakkan usahanya. Jika sebelum ini terdapat pemain tempatan yang diberi peluang untuk mencuba nasib (walaupun gagal atas faktor usia dan permit) kini seramai 74 bakat muda dari Malaysia yang akan menimba pengalaman berlatih di Cardiff City. Daripada jumlah tersebut 50 kanak-kanak dibiayai oleh Felda manakala selebihnya dibiayai oleh Datuk Chan sendiri. Seramai 22 hingga 24 pemain terdiri dari kalangan peringkat umur bawah 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun.Program ini dilaksanakan dibawah program Liga 1 Malaysia Cardiff City 2012 (1MCC 2012) yang bermula semalam.
Sumber :- Utusan

Satu usaha baik yang dilakukan oleh Cardiff City. Mungkin dengan pendedahan ini akan menambahbaik pemain pelapis negara dan tak mustahil ada yang mampu memikat pengurusan Cardiff City untuk menjadi pemain mereka. Diharap adik-adik yang mendapat peluang itu mempergunakan pengalaman sebaik mungkin. Jangan pula ada yang mengalami masalah ‘homesick’ pula..

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Nama ‘Malaysia’ bakal terpampang di Stadium Wembley

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bagi peminat bolasepak Liga Perdana Inggeris mungkin mengetahui bahawa pasukan bolasepak dari Wales, Cardiff City merupakan hakmilik seorang jutawan dari Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee. Nampaknya pelaburan beliau terhadap pasukan kelab ini berbaloi apabila pasukan tersebut berjaya masuk ke perlawanan akhir Piala Liga pada 26 Februari ini di Stadium Wembley.

Walaupun ianya adalah sebuah pasukan luar namun kita sebagai rakyat Malaysia mungkin boleh berbangga kerana jersi pasukan Cardiff City tertera perkataan Malaysia (rujuk gambar penjaga gol yang menjadi wira Cardiff City).

Image Hosting

Walaupun Piala Liga bukanlah piala yang menjadi kejohanan utama dalam kejohanan bolasepak Inggeris namun ianya tetap menjadi antara kejohanan yang disaksikan jutaan orang di seluruh dunia. Ditambah dengan saingan oleh pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool yang akan menjadi lawan pasukan Cardiff City pasti ramai yang akan menyaksikannya. Malahan, mungkin ada penyokong Liverpool di Malaysia yang berbelah bagi samada ingin memakai jersi pasukan kegemaran mereka atau pasukan Cardiff City yang tertera perkataan ‘Malaysia’ tu.

Apapun syabas kepada pasukan Cardiff City yang berjaya ke akhir. Kan ke bangga kalau Safee Sali atau Safiq Rahim pun sama-sama ada dalam perlawanan ni kan? Nak lagi best, Safiq Rahim jaringkan gol sepakan percuma dan Safee Sali jaringkan gol macam ketika perlawanan persahabatan hari tu. Mesti gempakkan? Tapi itu hanya angan-angan selepas kedua pemain tiada harapan untuk ke Cardiff dalam masa terdekat ni…

Sekian..

Please follow and like us:
error0