Shebby jemput Titus ke Blackburn

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Ingat tak pada pemain bernama Titus James Palani yang pernah mengegarkan arena bolasepak ketika di usia mudanya. Beliau yang mengambil keputusan untuk mengembara ke negara Perancis untuk mengembangkan karier bolasepak beliau. Seingat saya, pada sekitar tahun 2000 beliau telah mendapat perhatian ramai pihak sebagai bakat muda Malaysia yang mampu mengegarkan arena antarabangsa. Namun selepas lebih dari 10 tahun penantian untuk menunggu nama pemain ini terpapar di media sukan semakin hilang. Agak sukar untuk mendapat maklumat terkini mengenai prestasi pemain ini. Saya baru mendapat berita tentang pemain yang kini bertapak di Perancis telah dijemput oleh Penasihat Global kelab Blackburn, Shebby Singh untuk menjalani latihan di sana. Berikut merupakan petikan artikel tersebut :-

Image Hosting

Titus James yang sudah beraksi di luar negara sejak 13 tahun yang lepas telah dijemput untuk menjalani pemilihan di Blackburn Rovers.
Menurut akhbar The Star, Titus, 26, yang kini bersama kelab Perancis, Normandy telah menjalani perbincangan awal dengan penasihat global Blackburn, Shebby Singh.
“Saya mengenali Titus sejak dia berumur 11 tahun. Kini saya bertemunya yang telah dewasa. Walaupun saya belum lihat dia beraksi, saya sebagai penasihat global akan pastikan dia mendapat percubaan di Rovers,” kata Shebby kepada The Star.
Walaubagaimanapun, Titus tidak akan mengalami masalah permit pekerjaan seperti Saffe Sali, Safiq Rahim (Cardiff City) dan Syed Adney (Middlesbrough).
“Saya rasa Titus tidak akan mempunyai masalah berkenaan permit kerja dan dia telah bersama Liga Perancis selama 10 tahun,” kata Shebby lagi.
“Titus akan mempunyai kelebihan kerana dia sudah biasa dengan keadaan cuaca di Eropah, bahasa dan budaya.”
Sementara itu, Titus juga turut teruja kerana akhirnya mendapat peluang untuk membuktikan dirinya di England.
“Saya tahu jika saya berjaya, saya akan menjadi rakyat Malaysia pertama untuk beraksi di England. Saya telah bersaing dalam liga Perancis dan saya tahu bagaimana rasanya beraksi di Eropah,” kata Titus.

sumber HarimauMalaya
FB Info Skuad Olimpik Malaysia

Ini merupakan peluang bagi Titus James Palani untuk membuktikan beliau masih berbakat. Walaupun Blackburn telah jatuh ke liga namun persaingan tetap kuat. Beliau pun masih mempunyai peluang untuk ke kelab yang lebih baik seandainya mampu membuktikan kemampuan dalam persaingan Liga Kejuaraan Inggeris.
Harap-harap beliau menjadi pemain pertama Malaysia yang bermain di Liga Inggeris sekaligus membuka mata ejen bolasepak untuk meninjau perkembangan pemain bolasepak negara sekaligus meningkatkan kualiti bolasepak negara.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan Liga Super 29 Jun 2012 – Kelantan vs Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada hari ini (29 Jun 2012) hanya ada satu perlawanan Liga Super yang menemukan pasukan Kelantan dan Selangor. Pasukan Red Warrior akan berhadapan dengan Gergasi Merah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Pasti pasukan Kelantan ingin memenangi perlawanan ini bagi memintas kedudukan pendahulu liga, Lions XII. Perlawanan siaran langsung akan diadakan di ASTRO Arena di saluran 801 bermula 8.00 malam untuk liputan tetapi perlawanan akan bermula jam 8.45 malam ini.

Siapakah yang akan mendapat 3 mata?

Keputusan penuh perlawanan Liga Super 29.6.2012 – Kelantan vs Selangor

Kelantan vs Selangor 1-0 (1-0)
[ 8.45 malam ]
Kesebelasan Utama
Kelantan XI : K.Fahmi, Obinna, Nik Shahrul Azim, Rizal, Daudsu, Shakir, Badri(C), Azwan Roya, Indra, Farhan, Norshahrul.

Selangor XI : Norazlan, Razman, Ramez, Nasrir, Asrarudin, Solihin, Safiq Rahim, Bunyamin, Fitri
Syazwan, Amri (C), Bosko
Gol Kelantan vs Selangor
Kelantan minit 24 (Muhamad Ghadar)

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan AFC U22 (28 Jun 2012) – Malaysia vs Taiwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini berlangsung lagi perlawanan bolasepak kelayakan Asia bawah 22 membabitkan pasukan muda Malaysia. Perlawanan ketiga bagi skuad bawah 22 tahun negara dalam perlawanan kelayakan Kumpulan G Piala AFC Bawah 22 tahun ini menemukan skuad bimbingan Ong Kim Swee dengan pasukan muda Taiwan. Kemenangan besar ke atas Filipina pada perlawanan lalu sudah menjadi sejarah dan pemain perlu fokus untuk perlawanan ini. Walaupun pasukan Taiwan ini dibelasah oleh pasukan Korea Selatan sebelum ini, pemain Harimau Muda tidak boleh memandang mudah. Mereka perlu memberikan habis-habisan serta memastikan 3 mata penuh dapat dikutip. Ini bagi memastikan peluang untuk ke peringkat seterusnya cerah memandangkan hanya 2 pasukan dari kumpulan G yang akan berjaya menempatkan diri ke kejohanan bolasepak Asia Bawah 22 tahun pada tahun hadapan.

Perlawanan dijadualkan pada jam 4.45 petang di Stadium Aung San, Myanmar. Tiada siaran langsung di kaca tv atau live streaming. Walaubagaimanapun, keputusan akan cuba dicari untuk maklumat anda

Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak AFC U 22 – Malaysia vs Taiwan

Malaysia vs Taiwan / Chinese Taipei 4-2 (0-3)
[4.45 petang ]
Kesebelasan Utama Malaysia vs Taiwan :-
Harimau Muda U22 XI : Izham, Fandi, Fadhli, Shahrul, Nazirul Naim, Sarvin, Irfan (C), Gary, Wan Zaharul, Azwari, Rozaimi

Malaysia minit 8 – Rozaimi
Malaysia minit 24 – Gol sendiri Taiwan
Malaysia minit 41 – Rozaimi
Taiwan minit 51
Malaysia minit 80 – D Saarvindran
Taiwan minit 90

Tahniah kepada barisan muda yang berjaya mendapatkan 3 mata. Cuma agak kecewa bila terdapat 2 jaringan yang diberi kepada pihak lawan.

Keputusan akan cuba dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Shebby Singh dilantik sebagai pengarah Blackburn Rovers

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pengkritik dan pengulas bolasepak negara yang juga bekas pemain bolasepak Malaysia, Shebby Singh atau nama sebenarnya Serbegeth Singh telah dilantik oleh pemilik pasukan bolasepak Liga Inggeris Blackburn Rovers sebagai pengarah bolasepak kelab tersebut.
Tugas yang diberikan oleh pemilik dari India Venky’s adalah untuk bertindak sebagai orang tengah antara pemilik dan juga pengurus pasukan, Steve Kean.

Sumber :- DailyMail
Satu kejayaan yang cukup membanggakan jika berita ini benar (belum tau lagi kesahihannya selagi Shebby tak beri kenyataan media). Walaupun kelab bolasepak Blackburn Rovers telah jatuh dari Liga Perdana Inggeris namun reputasi kelab ini cukup besar. Pasti tugas seorang pengarah kelab lebih besar dari sekadar menjadi pengkritik di kaca televisyen. Mungkin juga beliau mampu membawa beberapa pemain Malaysia ke sana kalau mendapat jawatan tersebut. Tak gitu?
Apapun tahniah kepada Shebby yang membuka mata orang luar untuk mendapatkan khidmatnya. Semoga berjaya..

Sekian

Please follow and like us:
error0

Nazmi Faiz tandatangani kontrak dengan Beira Mar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kita pasti sedia maklum bahawa Nazmi Faiz telah menarik minat kelab bolasepak Portugal, Beira Mar dan telah menjalani latihan di sana. Nampaknya pemain cilik ini akan menjadi pemain Malaysia yang bermain di Eropah (dalam beberapa kenyataan dimaklumkan bahawa beliau pemain pertama Malaysia bermain di Eropah tapi rasanya kurang tepat. Ada ramai yang bermain di Eropah sebelum ni.). Nazmi telah menandatangani kontrak dengan pasukan Beira Mar untuk 3 musim.
Nazmi Faiz Mansor yang berumur 17 tahun telah ditawarkan kontrak yang sah sehingga Jun 2015 (maksudnya beliau akan mula menjadi ahli Beira Mar bermula Jun 2012).

“Adalah sukar untuk menghuraikan apa yang saya rasa. Ini adalah peluang besar dan saya beruntung . Bermain di Eropah adalah impian besar saya. Saya sangat gembira dan bermotivasi untuk langkah ini, saya perlu pergi. Saya suka Beira-Mar dari saat pertama dan saya telah menemui tempat yang tepat untuk berubah, “kata Nazmi Faiz. “Saya diterima dengan baik oleh semua, tetapi saya menekankan kata-kata jurulatih [Ulisses Morais] dan Kapten [Hugo]. Ajarannya berharga kepada saya. Semua yang saya lakukan untuk mengambil peluang untuk menjadi pemain yang lebih baik dan menghormati negara saya, “kata Nazmi.

Sumber :- Laman Web Rasmi S.C Beira-Mar yang dialihbahasa guna google translate dan diedit sedikit sebanyak. Minta maaf kalau ada ayat yang tak berapa kena. Mt…

Image Hosting
Nazmi Faiz sedang menandatangani kontrak dengan Beira Mar

Tahniah kepada Nazmi Faiz. Teruskan karier anda di luar negara dan buktikan yang anda boleh berjaya setanding pemain luar. Buktikan juga bahawa anda mampu menjadi individu yang boleh mengharumkan nama negara.

Sekian.

p/s :- Ada juga komen-komen negatif mengenai Nazmi Faiz yang terpaksa mengorbankan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun saya percaya beliau mampu berjaya walaupun tanpa sijil tersebut. Tak perlulah kita nak mempertikaikan pendidikan beliau. Kan lebih baik beliau fokus pada kerjaya yang dipilih. Tak gitu?

Please follow and like us:
error0

Bila penyokong tiada semangat kesukanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Berita ni saya ternampak kat dalam Facebook ketika perlawanan Liga Super tempohari. Memang amat menyedihkan bila para penyokong yang sepatutnya memberi semangat kepada pasukan sendiri tapi bertukar menjadi penjenayah. Dan kesalahannya menjadi lebih berat apabila pasukan keselamatan menjadi mangsa kebodohan penyokong tersebut. Tengoklah sendiri penyokong bolasepak menyerang anggota FRU.

serang polis
Upload image

Walau apa jua alasan, tindakan penyokong itu amatlah tidak patut. Ia hanya menunjukkan kebodohan penyokong itu sendiri. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama berlaku keadaan sebegini. Sebelum ini kita sering terbaca pergaduhan yang berlaku sesama penyokong. Malahan ada juga yang kurang ajar membakar bendera pasukan lawan. Ini amat menyedihkan kerana sepatutnya sukan menjadi tempat untuk menyatupadukan sesama kita namun ianya bertukar rupa. Harap-harap jangan sampai jadi seperti di negara Asia Barat yang mengakibatkan kematian sesama penyokong akibat tiada lagi semangat sukan tu..

Walaupun hanya segelintir penyokong yang terlibat pastinya imej yang lain terpalit sama.. Tak gitu?>

Sekian..

p/s :- Penyokong England yang ganas tu pun tak pernah dengar belasah polis atau bakar bendera pasukan lain…..

Please follow and like us:
error0

Program bakat muda ke Cardiff

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
najib cardiff
image hosting adult

Kesan pengambilalihan Cardiff City oleh rakyat tempatan, Datuk Chan Tien Ghee telah mula menampakkan usahanya. Jika sebelum ini terdapat pemain tempatan yang diberi peluang untuk mencuba nasib (walaupun gagal atas faktor usia dan permit) kini seramai 74 bakat muda dari Malaysia yang akan menimba pengalaman berlatih di Cardiff City. Daripada jumlah tersebut 50 kanak-kanak dibiayai oleh Felda manakala selebihnya dibiayai oleh Datuk Chan sendiri. Seramai 22 hingga 24 pemain terdiri dari kalangan peringkat umur bawah 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun.Program ini dilaksanakan dibawah program Liga 1 Malaysia Cardiff City 2012 (1MCC 2012) yang bermula semalam.
Sumber :- Utusan

Satu usaha baik yang dilakukan oleh Cardiff City. Mungkin dengan pendedahan ini akan menambahbaik pemain pelapis negara dan tak mustahil ada yang mampu memikat pengurusan Cardiff City untuk menjadi pemain mereka. Diharap adik-adik yang mendapat peluang itu mempergunakan pengalaman sebaik mungkin. Jangan pula ada yang mengalami masalah ‘homesick’ pula..

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Kelab bolasepak dimansuh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sebenarnya baru-baru ini terbaca mengenai cadangan peminat bolasepak tempatan mengenai cadangan supaya kelab bolasepak tempatan di mansuhkan di Liga Malaysia. Ini kerana lambakan pasukan kelab bolasepak hingga menenggelamkan pasukan negeri. Sedikit sebanyak memberi kesan dari segi sokongan dan kewangan.

Walaubagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan terus kelab bolasepak. Ini kerana kalau kita memansuhkan kelab-kelab yang berprestasi tinggi dalam Liga ini pastinya akan memberi kesan kepada mutu bolasepak tempatan. Lagipun kalau kita memansuhkan menandakan kita agak kebelakang. Cuba lihat liga luar negara. Kebanyakan skuad bolasepak mereka adalah dari kelab dan tidak hanya datang dari pasukan negeri sahaja. Ini sekaligus memberikan cabaran kepada skuad negeri. Lagipun pasukan berstatus kelab ni mempunyai sumber kewangan sendiri dan pasti lebih kukuh berbanding dari pasukan negeri yang banyak bergantung pada sumber kerajaan negeri. Ini sekaligus akan memberikan peluang kepada syarikat korporat untuk menyumbang terhadap bolasepak negara tanpa perlu mengalami birokrasi dari kerajaan negeri. Ditambah lagi dengan pengurusan pasukan negeri yang ditadbir oleh orang politik, pasti sukar untuk syarikat korporat untuk membantu. Kalau ditadbir oleh mereka pasti lebih tersusun dan teratur kelab tersebut.

Sebenarnya kita perlukan Liga yang bermutu tinggi. Jadi kemasukan kelab-kelab dalam Liga Super dan Liga Perdana mampu memantapkan lagi liga kita. Tak kisahlah kalau pasukan kelab yang lebih berjaya dari pasukan negeri. Yang penting liga tempatan menjadi meriah sekaligus memberikan keuntungan dari segi kualiti dan kewangan kepada negara. Tentang penyokong pula, pastilah pasukan yang terbaik akan disokong. Tak boleh lagi le nak dikira sentimen kenegerian lagi kan..

Apa pula pandangan anda? Setuju atau tidak tentang cadangan beberapa pihak agar Liga Super hanya dihadkan untuk pasukan negeri sahaja? Bincang-bincangkanlah disini..

Teringat kelab MPPJ pernah menjadi kelab pertama menang Piala Malaysia pada tahun 2003 dulu.. Liga Super belum ada lagi kelab yang menang tu.
Sekian..

Please follow and like us:
error0