Ulasan perlawanan bolasepak Piala AFF 2012 – Malaysia vs Laos

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mungkin agak lambat entri ini ditulis kerana masalah line telefon yang masih belum selesai lagi menyebabkan saya tidak dapat online di rumah. Walaubagaimanapun sebagai salah seorang penyokong skuad Harimau Malaya saya ingin memberi sedikit ulasan amatur tentang perlawanan tersebut.

Umum sudah mengetahui tentang keputusan perlawanan yang memihak kepada pasukan Malaysia namun perjalanan masih jauh. Perlawanan pada malam Sabtu nanti menentang jiran amat penting. Hanya kemenangan sahaja yang mampu mengesahkan pasukan Harimau Malaya untuk ke peringkat separuh akhir sekaligus mendekatkan lagi peluang untuk mempertahankan kejuaran Piala AFF yang dimenangi 2 tahun yang lalu.

Berbalik kepada tajuk diatas, ada beberapa perkara yang ingin saya ulaskan mengenai perlawanan kedua Piala AFF 2012 antara Malaysia dengan Laos seperti berikut :-
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan 20 November 2012 – Malaysia vs Bangladesh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan bolasepak persahabatan antarabangsa terakhir bagi pasukan Harimau Malaya sebelum memulakan kejohanan AFF pada Ahad ini adalah menentang pasukan Bangladesh. Selepas keputusan yang mengecewakan dalam siri perlawanan persahabatan pada perlawanan lalu, hanya kemenangan yang diinginkan oleh penyokong bolasepak tempatan.

Ini penting bagi meningkatkan moral pemain dan juga penyokong sebelum perlawanan pertama bertemu Singapura di Stadium Bukit Jalil nanti. Pasukan Malaysia vs Bangladesh ini akan disiarkan secara langsung menerusi rangkaian ASTRO Arena 801 bermula pada jam 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil.

Seperti biasa, keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Malaysia vs Bangladesh 1-1 (1-0)
Kesebelasan Utama :
1. Farizal Marlias (GK)
5. Bunyamin Umar (RB)
7. Aidil Zafuan (CB)
27. Fadli Shas (CB)
20. Zubir Azmi (LB)
14. Khyrill Muhymeen (RW)
8. Safiq Rahim (K) (AM)
12. Amar Rohidan (DM)
16. S. Kunanlan (LW)
9. Norshahrul (CF)
10. Safee Sali (CF)
// Posisi hanya andaian sahaja..

Separuh Masa Pertama : 1-0
Malaysia minit 22 (Khyril Muhyeemen)

Separuh Masa Kedua : 1-1
Bangladesh minit 83

Pasukan bimbingan K Rajagopal sekali lagi mengecewakan apabila hanya sekadar mencatat keputusan seri dengan pasukan Bangladesh.
Perubahan pada separuh masa kedua memang memberi impak yang amat besar kepada pasukan Malaysia. Gerakan tidak tersusun. Gandingan Amar Rohidan dan Shakir Shaari langsung tidak menjadi. Memang persembahan buruk dan tiada persefahaman antara satu sama lain

Sekian

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan Liga Singapura 2 November 2012 – Harimau Muda vs Tampines Rovers

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pasukan Harimau Muda akan menutup tirai Liga Singapura musim 2012 dengan menentang Tampines Rovers pada malam ini. Perlawanan ini penting buat kedua-dua pasukan. Bagi pasukan Harimau Muda pasti mereka ingin menamatkan musim pertama menyertai liga negara jiran pada tempat terbaik manakala pasukan Tampines Rovers perlu memastikan kemenangan bagi menjuarai Liga Singapura pada malam ini.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura pada jam 8.15 malam ini. Berita baik bagi peminat tempatan. Siaran langsung perlawanan Harimau Muda vs Tampines Rovers akan disiarkan secara langsung di saluran 801 ASTRO Arena. Bagi yang tidak dapat menyaksikan perlawanan, keputusan akan dikemaskini di blog ini.

Harimau Muda vs Tampines Rovers 0-1 (0-1)
Kesebelasan Utama Harimau Muda : Izham, Ariff Farhan, Saarvindran, Irfan, WanZaharul, Ferris, Shahrul Saad, Nazirul, Amer Saidin, Syahid, Hazwan.

*Simpanan : Farhan, Thamil, Raphi Azizan, V.Kavichelvan, Izuan, Azzizan Nordin

Separuh Masa Pertama :- 0-1
Tampines Rovers minit 41 (Mustafic) penalti

Separuh Masa Kedua :- 0-1

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda. Walaupun tumpas namun memberikan aksi terbaik. Cuma terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki oleh jurulatih bagi mempersiapkan diri mempertahankan pingat emas Sukan Sea pada tahun hadapan
Sekian

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan 16 Oktober 2012 Malaysia vs Hong Kong

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas mengalami kekalahan di tempat sendiri dengan keputusan 0-2 pada perlawanan lalu, pasti episod kekalahan ini tidak ingin berterusan. Pasukan kendalian K Rajagopal sekali lagi akan menentang pasukan Hong Kong di tempat lawan bagi persediaan untuk kejohanan AFF yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia vs Hong Kong ini akan disiarkan secara langsung melalui rangkaian ASTRO Arena 801 pada jam 8.00 malam yang dilangsungkan di Siu Sai Wan Sports Ground, Chai Wan, Hong Kong. Adakah pasukan Harimau Malaya mampu mengaum di tempat lawan? Pasti ia menjadi perlawanan penting lebih-lebih lagi ia akan melibatkan ranking negara. Kekalahan akan terus menjarakkan lagi ranking negara di tangga FIFA.
Apapun kita saksikan perlawanan tersebut dan semoga barisan pemain negara akan berjaya di gelanggang lawan. Seperti biasa keputusan perlawanan akan dikemaskini di blog ini..
Bagi yang tiada ASTRO boleh cuba link live streaming Malaysia vs Hong Kong ni.

Malaysia vs Hong Kong 3-0 (0-0)
Malaysia minit 59 (Safee Sali)
Malaysia minit 81 (Safiq Rahim)
Malaysia minit 91 (Fakri Saarani)

Separuh Masa Pertama
Perlawanan pada awal permainan dikuasai oleh Hong Kong namun dalam 20 minit terakhir pasukan Malaysia mula menunjukkan taring dan terdapat beberapa peluang keemasan dari Safee Sali, Kunalan, Badrol dan Azamuddin Akil namun tidak mampu diterjemahkan dengan jaringan. Diharap separuh masa kedua, gol dari pasukan Harimau Malaya mampu dihasilkan..

Separuh Masa Kedua
Perlawanan pada separuh masa kedua memberi kelegaan bila jaring gol dapat ditembusi. Gol pertama dari Safee Sali melalui hantaran S Kunalan menyumbang kepada gol sulung pasukan Harimau Malaya. Kemasukan pakar sepakan percuma, Safiq Rahim menambah satu gol lagi sebelum pemain gantian, Fakri Saraani menjaringkan gol hasil kesilapan penjaga gol Hong Kong.

Tahniah kepada Datuk K Rajagopal apabila pasukan kendalian berjaya menang di tempat lawan. Secara peribadi saya nampak gandingan Amar Rohidan dan Gary Steven Robbat agak menjadi apabila posisi tengah dapat dikawal. Cuma dibahagian pertahanan kiri dan kanan agak goyah.
Baddroll Bakhtiar juga melaksanakan tugas sebagai penyerang sokongan dengan baik manakala persembahan Safee Sali memang berada di tahap tertinggi. Diharap Datuk K Rajagopal boleh memberi lebih kepercayaan kepada pemain-pemain ini di perlawanan AFF nanti.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 29 September 2012 – Felda Utd vs Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perlawanan suku akhir pertama pada malam ini menemukan Felda United menentang Kelantan. Perlawanan yang ditunda disebabkan penyertaan pasukan Kelantan di Piala AFC pada Selasa lepas pasti akan menjanjikan saingan sengit. Pasukan ‘underdog’, Felda Utd sebagai tuan rumah pasti ingin menumpaskan pasukan handalan Kelantan manakala ‘The Red Warrior’ pasti ingin menebus kekecewaan kekalahan di tangan pasukan Arbil FC pada saingan suku akhir Piala AFC yang lalu. Hanya ada satu perlawanan memandangkan perlawanan suku akhir lain telah ada keputusannya.
Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Hang Jebat pada jam 8.45 malam dan akan disiarkan oleh RTM1 pada jam 8.45 malam. Apakah keputusan perlawanannya?

Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak suku akhir pertama Piala Malaysia 29.9.2012 – Felda United vs Kelantan

Keputusan penuh Felda United vs Kelantan 1-2 (0-0)
felda utd vs kelantan
photo sharing websites

Kelantan minit 55 (Nurul Azwan Roya)
Kelantan minit 75 (Indra Putra Mahyudin)
Felda Utd minit 78 (Khairan)

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Vietnam 11 September 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan persahabatan kelas A bagi pasukan Harimau Malaya apabila dijadualkan akan bertemu Vietnam pada malam ini di Stadium Shah Alam. Perlawanan malam ini akan menguji kewibawaan pasukan bimbingan Datuk K. Rajagopal ini. Walaupun mengalami beberapa masalah kecederaan pemain namun pengganti yang dimasukkan perlu membuktikan kemampuan mereka.
live malaysia vs vietnam 2012
temp img uploader

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Perlawanan Malaysia vs Vietnam ini akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 seawal jam 8.00 malam.

Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak Malaysia vs Vietnam 11.9.2012

Malaysia vs Vietnam 0-2(0-1)
[ 8.45 malam ]

Separuh Masa Pertama
Vietnam minit 32 (Lee Cong Vinh)

Perlawanan pada separuh masa pertama dikuasai oleh Vietnam dan nampaknya pasukan Harimau Malaya agak kucar kacir terutama di bahagian tengah. Gandingan Safiq Rahim dan Gary Stevan Robbart tidak menjadi. Kesilapan pertahanan Malaysia pada minit 32 memberikan peluang kepada pemain Vietnam menjaringkan melalui tandukan jarak dekat. Malahan selang beberapa minit mereka hampir memiliki satu peluang untuk menjaringkan gol. Pasukan Malaysia hanya mempunyai peluang yang tidak dapat disambar oleh Azmi Muslim dan juga sepakan percuma dalam kotak penalti yang tidak berjaya disempurnakan oleh Aidil Zafuan.

Separuh Masa Kedua
Vietnam minit 47 (Phan Tan Hung)
Perlawanan separuh masa kedua masih tidak banyak berubah cuma kemasukan Safee Sali , S Kunalan dan Baddrol Bakhtiar mengubah corak serangan. Namun barisan pemain Malaysia buntu untuk menjaringkan gol.

Apa ramalan anda? Saya meramalkan pasukan Malaysia mampu menang dengan 2-1. Harap begitulah keputusannya.

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Keputusan memang agak mengecewakan. Secara peribadi pemain Malaysia agak kurang menjadi terutama dari segi bahagian tengah. Safiq Rahim juga sering melakukan kesilapan dari segi hantaran. Nampaknya Datuk K Rajagopal perlu memikirkan kesebelasan utama yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan – Malaysia vs Arsenal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Perlawanan persahabatan yang menemukan pasukan Harimau Malaya menentang kelab handalan EPL, Arsenal. Saya merupakan seorang penyokong kelab bolasepak Arsenal namun untuk perlawanan ini saya menyokong pasukan kebangsaan.

Image Hosting

Keputusan Penuh Malaysia vs Arsenal 24 Julai 2012
Malaysia vs Arsenal 1-2(1-0)

Malaysia minit 45 (Azmi Muslim)
Arsenal minit 86 (Thomas Eisfield)
Arsenal minit 89 (Chuck Aneke)


Gol pertama Malaysia vs Arsenal , Azmi Muslim


Highlight Malaysia vs Arsenal
Kesebelasan Utama Malaysia vs Arsenal :-
MALAYSIA – Farizal (GK), Subra, Bunyamin, Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan, Safee Sali, Azmi Muslim, Azamudin Akil (Shahruain) , Kunanlan & Shakir Shaari ( Gary Steven Robart)
ARSENAL – Mannone (GK), Diaby, Vermaelen, Arteta, Santos, Djourou, Coquelin, Jenkinson, Gervinho, Gibbs & Chamakh

Separuh Masa Pertama

Perlawanan separuh masa agak seimbang namun kekuatan pada jentera tengah yang dikuasai oleh Safiq Rahim dan Shakir Shaari nampak mampu untuk mengimbangi kekuatan jentera tengah Arsenal seperti Mikel Arteta dan Abou Diaby. Terdapat beberapa peluang pemain Arsenal seperti Andres Santos namun penjaga gol kedua negara, Farizal Marlias sering menjadi penghalang sekaligus akan mencabar posisi penjaga gol utama negara dari penjaga gol utama, Khairul Fahmi yang sedang cedera kini. Terdapat juga cubaan dari Safiq Rahim dan Azamudin Akhil yang tepat namun diselamatkan oleh penjaga gol Arsenal.
Pada minit-minit terakhir separuh masa pertama pemain kebangsaan dari kelab ATM, Azmi Muslim melakukan satu rembatan luar dari kotak penalti yang menumpaskan penjaga gol Arsenal, Vito Manone. Satu jaringan yang cantik.

Separuh Masa Kedua
Pada awal-awal separuh masa kedua terdapat beberapa percubaan seperti Safee Sali yang mendapat peluang namun pada hujung-hujung permainan perubahan yang dilakukan nampaknya memberi kesan dimana pertahanan pemain kebangsaan sedikit leka sehingga melepaskan 2 gol pada pasukan Arsenal pada minit-minit akhir.

Apapun tahniah kepada pasukan Arsenal yang berjaya memenangi perlawanan persahabatan ini namun tahniah juga kepada pemain Harimau Malaya yang masih mampu bersaing.

Secara peribadi permainan pasukan Malaysia agak baik cuma mungkin pemain gantian tidak mampu bersaing dengan baik..

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Selangor ikat Rozaimi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya penyokong pasukan Selangor (terutamanya Titan) pasti gembira dengan perkhabaran ni. Pemain muda berbakat dari kampung Bongawan, Sabah, Rozaimi Abdul Rahman akan menyertai pasukan Selangor bermula Ogos ini secara pinjaman untuk kempen Piala Malaysia 2012.

Ini adalah foto Rozaimi sedang memegang jersi Selangor FC bersama Presiden FAS, Datuk Hamdin

Uploaded with ImageShack.us
Sumber :- FB Selangor FC.
FB Support Malaysia League

Adakah dengan kemasukan Rozaimi akan merealisasikan impian penyokong Selangor untuk menjulang trofi Piala Malaysia untuk kali ke 33 ? Kita tunggu dan lihat.

p/s :- Ia adalah berdasarkan sumber Selangor FC dan beberapa FB sukan sahaja. Tidak pasti kesahihanya lagi. Harap maklum

Please follow and like us:
error0