Ahmad Fakri Saarani kekal di Portugal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas isu pemain muda negara, Nazmi Faiz yang surrender dari bermain di Liga Portugal, kini seorang lagi pemain luar di Liga Portugal yang mendapat tempiasnya.
Penyerang, Ahmad Fakri Saarani yang bermain untuk kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S.C sejak bulan lalu digembar gemburkan akan pulang semula ke Malaysia dalam tempoh terdekat.Perkara ini telah tersebar meluas di laman sosial hingga menjadi isu.
fakri-saarani-atletico-sc
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan persahabatan Malaysia vs Iraq

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan persahabatan sebelum perlawanan kelayakan pertama untuk Piala Asia 2015 iaitu antara Malaysia menentang pasukan Iraq tidak memberikan keputusan yang boleh dibanggakan. Skuad Harimau Malaya yang pincang dengan masalah kecederaan dan penggantungan pemain utama terpaksa bergantung harap pada pemain baharu yang dipanggil.
Agak malang sebab tiada siaran langsung di kaca TV kerana ia tidak diiktiraf oleh FIFA/AFC. Perlawanan ini berkesudahan dengan kekalahan kepada skuad negara di Iraq dengan keputusan 0-3 di Stadium Ajman, Emeriyah Arab Bersatu (UAE). Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persediaan skuad Harimay Malaya untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar pada 6 Februari 2013.
malaysiavsiraq
photo sharing websites

Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak Liga Super dan Liga Perdana 18 Januari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan bolasepak Liga Super dan Liga Perdana berlangsung pada hari ini (18.1.2013). Terdapat 7 perlawanan diadakan pada waktu petang melibatkan 2 perlawanan pasukan Liga Super iaitu antara Felda utd menentang Kelantan manakala T-Team menentang PKNS.
Bagi Liga Premier pula sesi sebelah petang menemukan antara Kuala Lumpur dan Sabah, N.S Betaria menentang Perlis, Sime Darby bertemu KL SPA, Sarawak menentang POS Malaysia, UiTM bertemu PDRM. Perlawanan antara Kelantan menentang Felda United disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801.
Berikut merupakan keputusan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana 18.1.2013 (perlawanan sebelah petang)
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Skuad Harimau Malaya bakal dirombak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Ketika pasukan Singapura dan Thailand akan berentap di perlawanan akhir Piala AFF 2012 pada hari esok, pasukan Harimau Malaya pula akan dirombak semula. Ini selepas kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang perlu dikaji semula bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Logo Harimau Malaya

Logo Harimau Malaya


Menurut pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal, beberapa pemain yang beraksi hambar pada Piala AFF Suzuki 2012 akan digugurkan manakala pemain yang diketepikan akibat kecedeaan akan dipanggil semula. Ini perlu dilakukan bagi persediaan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D membabitkan Qatar, Bahrain, Yaman dan Malaysia bermula pada Februari depan.
Sumber :- BERNAMA

Nampaknya ini merupakan satu tindakan yang patut dilakukan oleh mereka yang berkaitan. Setelah gagal di Piala AFF, kita perlu menetapkan untuk berjaya layak ke kejohanan Piala Asia 2015. Memang ia sesuatu yang sukar namun ia tidak mustahil dilakukan. Diharap perubahan yang dilakukan bukan sekadar eksperimen lagi.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Ulasan kegagalan pasukan bolasepak mempertahankan kejuaraan AFF

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Semua sudah sedia maklum, harapan untuk pasukan negara mempertahankan kejuaraan bolasepak terulung di ASEAN iaitu Piala Suzuki AFF telah terkubur. Ini berikutan kekalahan pasukan Harimau Malaya di peringkat separuh akhir setelah tumbang dengan Thailand dengan aggregat 1-3. Pasti banyak persoalan yang timbul tentang kegagalan ini. Ini kerana harapan rakyat Malaysia agar pasukan negara meneruskan legasi kecemerlangan di Asia Tenggara tidak menjadi kenyataan. Namun perkara sudah menjadi sejarah dan kita perlu pandang ke hadapan. Banyak perkara yang perlu dilakukan dari semua pihak samada pengurusan dan juga penyokong.
Untuk entri ini, saya selaku antara penyokong skuad bolasepak negara ingin memberi sedikit pendapat. Mungkin saya bukanlah pakar namun ini adalah berdasarkan pengamatan dan juga kompilasi rungutan dari peminat-peminat bolasepak tempatan. Antara pendapat saya adalah :-

Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak separuh akhir kedua Piala AFF 2012 – Malaysia vs Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pasukan bolasepak negara hanya selangkah je lagi sebelum melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF 2012 untuk bertemu pasukan Singapura. Pastinya peluang ini tidak akan dipersia-siakan oleh barisan pemain Harimau Malaya untuk membalas dendam kekalahan ketika perlawanan awal menentang Singapura tempohari. Namun cabaran menentang pasukan Thailand bukan sesuatu yang mudah. Selepas hanya mampu seri 1-1 di tempat sendiri, skuad kendalian K Rajagobal menghadapi cabaran suasana untuk mengadakan latihan yang tidak menyenangkan di Thailand. Walaubagaimanapun itu bukan halangan besar bagi mereka untuk memenangi perlawanan ini sekaligus mempertahankan kejuaraan AFF.
bolasepak thailand vs malaysia
picture sharing

Dengan keyakinan pemain yang cukup berkobar-kobar pasti memberi kekuatan terhadap barisan skuad bolasepak negara. Tiada perkara yang mustahil kerana mereka pernah berhadapan situasi yang lebih teruk ketika di Indonesia 2 tahun yang lalu. Diharap keyakinan tinggi itu dapat diterjemahkan dalam persembahan pada malam ini.

Perlawanan bolasepak separuh akhir kedua Piala AFF ini akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok Thailand pada pukul 7.008.00 malam. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di rangkaian RTM 1 dan ASTRO 812.

Seperti biasa, perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Thailand vs Malaysia 2-0 (0-0)
[Kesebelasan Utama]
Harimau Malaya XI: Farizal, Mahali, Aidil, Fadhli, Bunyamin, Kunalan, Safiq (C), Amar, Baddrol, Azamuddin, Norshahrul Idlan.

Subs – K.Fahmi, Faizal, Zubir, Safee, Azmi, Fakri, Khyril, Gary, Hazwan.
[ Separuh Masa Pertama ] 0-0
Perlawanan dikuasai oleh pasukan Thailand. Nampak bahagian tengah pasukan Harimau Malaya agak sukar untuk merencanakan serangan. Barisan serangan Thailand pula lebih tersusun dengan serangan di bahagian tengah. Misi bertambah sukar bila pemain pertahanan Fadli Shah mendapat kad kuning kedua seterusnya mendapat kad merah. Agak kecewa dengan Fadhli Sas yang melayan provokasi pemain Thailand sehingga menyebabkan pasukan Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain.

[Separuh Masa Kedua]2-0
Thailand minit 60 (Teerasil)
Thailand minit 65 (Theeratorn)

Keputusan akhir berpihak kepada pasukan Thailand yang berjaya menumpaskan Malaysia dengan jaringan 2-0. Pastinya kad merah Fadhli Sas menjadi bualan dan punca. Secara peribadi, saya merasakan formasi yang dikemukakan oleh K Rajagobal juga tidak menjadi dimana menjadikan NorShahrul Idlan Talaha sebagai penyerang tunggal memang amat menyukarkan untuk mendapatkan gol.
Memang kecewa namun keputusan telah tercatat dan kejuaraan telah terlepas.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Kunalan, Khyril mampu beraksi di separuh akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas berita kecederaan Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal memberi khabar sedih, ada berita baik untuk skuad Harimau Malaya. Pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini iaitu S Kunalan dan Khyril Muhymeen dikhabarkan telah pulih dari kecederaan menjelang perlawanan separuh akhir menentang Thailand Ahad ini.

s kunalan
upload pics

Khyril Muhymeen
image sharing

Perkara ini disahkan oleh jurulatih, Datuk K Rajagobal bahawa kedua-dua pemain di bahagian serangan ini telah pulih serta telah menjalani latihan bersama-sama pemain lain. Ini merupakan satu berita baik memandangkan kedua-dua pemain ini mampu memberi kepantasan dalam perlawanan menentang Thailand nanti. Diharap mereka mampu membantu pasukan Malaysia mendapat bekalan selesa pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Ahad ini.
SUmber :- ESPNStarMy

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Johor FC ditukar ke Darul Takzim FC

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya, pasukan yang hangat dengan pemain bintang iaitu Johor FC akan menukar namanya dan dikenali sebagai ‘Darul Takzim FC’ mulai musim depan. Perkara ini telahpun disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. .
Sumber :- ESPNSTARMY
Mungkini ini satu nafas baru dari persatuan bolasepak Johor dengan menukar nama kelab tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dengan skuad Johor yang bermain di Liga Perdana. Apapun kita tunggu musim depan samada pasukan Darul Takzim ini mampu menguasai persada bolasepak negara atau sebaliknya.

Macamana dengan maskot? Adakah akan ditukar juga ye?? Ada sesiapa tau?

Sekian

Please follow and like us:
error0