post

Keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 – Kelantan melawan Pahang

Hari ini merupakan penutup bagi kejohanan bolasepak tempatan bagi tahun 2013. Penutup tirai tahun ini iaitu kejohanan terulung yang ingin dikecapi oleh pemain dan penyokong bolasepak tempatan iaitu Piala Malaysia 2013. Setelah berhempas pulas dari awal musim, 2 pasukan akan menentukan pasukan mana yang akan bergelar juara Piala Malaysia 2013.

kelantan pahang
imagen

Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Pengerusi berharap pemain Malaysia untuk beraksi dengan Cardiff City

Seperti yang peminat bolasepak tempatan sedia maklum, kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris dari Wales, Cardiff City F.C telah dimiliki oleh taikun Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan. Beliau selaku pemilik kelab tersebut teringin untuk melihat pemain bolasepak Malaysia beraksi di kelab tersebut. Buat masa ini, kemungkinan untuk melihat pemain Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris amat mustahil berikutan undang-undang imigresen di United Kingdom yang agak ketat.
Malahan, Cardiff City pernah cuba membawa 2 nama besar dalam bolasepak tempatan iaitu Safee Sali dan Safiq Rahim sedikit masa dulu. Tapi nampaknya impian untuk melihat mereka beraksi di Liga Perdana Inggeris terkubur akibat dari syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh pasukan tempatan.

Sumber : Sinar Harian
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak Pestabola Merdeka 11 September 2013 – Malaysia vs Thailand

Hari ini berlangsung 2 perlawanan bolasepak Pestabola Merdeka 2013. Skuad bawah 23 Malaysia yang telah melayakkan diri ke perlawanan akhir akan bertemu skuad Thailand yang ingin mencari kemenangan bagi mendapat tempat ke akhir bertemu skuad bimbingan Ong Kim Swee. Perlawanan yang lain pula menemukan antara skuad Myanmar dengan Singapura.

Pasti perlawanan yang dinantikan adalah perlawanan yang melibatkan skuad negara. Pasukan Harimau Muda akan bertemu Thailand di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada jam 8.45 malam ini. Walaupun pasukan negara telah layak ke akhir tapi pasukan negara perlu bermain berhabis-habisan pada malam ini. Kemenangan pasti memberikan kekuatan moral pada skuad beraksi sebagai persiapan untuk mempertahankan emas Sukan SEA nanti.
Kepada para peminat skuad Harimau Muda di Kuantan dapat beramai-ramai memberikan sokongan untuk skuad muda negara. Untuk makluman, tiket harga Pesta Bola Merdeka diturunkan untuk perlawanan Malaysia menentang Thailand dan perlawanan akhir pada hari Sabtu ini. Harga tiket untuk “free seating” adalah RM 20 manakala harga tiket untuk “Grand Stand” adalah RM50. Jika tak dapat ke stadium, boleh je tengok kat tv.

Siaran langsung perlawanan Pestabola Merdeka 2013 – Malaysia vs Thailand

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 dan Tv9.

Keputusan perlawanan bolasepak Pestabola Merdeka 11.9.2013

Keputusan Penuh
Malaysia vs Thailand3-0 (2-0)
Kesebelasan Utama Malaysia : Izham (GK), Reuben, Shahrul, Fadhli Shas (C), Saarvindran, Rozaimi, Sivanesan, Zubir, Nazirul, Nasir, Saiful
rozaimi
picture share

Malaysia minit 12 : Nasir Basharuddin
Malaysia minit 27 : Rozaimi
Malaysia minit 79 : Rozaimi

Myanmar vs Singapore (1-0)

** Permainan Malaysia agak baik pada hari ini. Cuma pada separuh masa kedua ada sedikit penurunan prestasi. Yang menjadi tumpuan pastinya Rozaimi Abd Rahman yang berjaya mendapatkan 2 gol untuk pasukan Harimau Muda. Mungkin ini akan memberikan banyak pilihan kepada Ong Kim Swee untuk perlawanan akhir menentang Myanmar selepas ini.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia menentang Arab Saudi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Perlawanan bolasepak persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Arab Saudi pasti ditunggu-tunggu bagi melihat prestasi skuad kebangsaan. Keputusan positif amat penting bagi memastikan moral pasukan meningkat apabila pertemuan dengan Yemen bagi perlawanan kedua untuk kelayakan Piala Asia 2015. Ini juga sedikit sebanyak memberikan gambaran bagi skuad yang akan diturunkan pada perlawanan menentang Yemen itu. Perlawanan menentang Arab Saudi ini juga boleh memberikan pengalaman memandangkan Yemen juga mempunyai fizikal yang hampir sama. Sedikit sebanyak percaturan boleh dilakukan oleh jurulatih bagi mengenalpasti strategi untuk perlawanan akan datang.
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan Liga Super 2 Mac 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan Liga Super pada 2 Mac 2013 pada hari ini diteruskan bagi perlawanan ke 9 liga. Perlawanan pada hari ini menyaksikan 3 perlawanan Liga Super iaitu antara Felda menentang Lions dimana perlawanan pada waktu petang ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Perlawanan lain melibatkan pasukan Johor Darul Takzim menentang Negeri Sembilan yang akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Johor Bahru jam 8.45 malam. Atas kertas mungkin peluang untuk Johor DT lebih besar tapi pasti N.Sembilan ingin melakukan kejutan bagi mengelak terus terjerumus ke tangga terbawah liga.
Perlawanan antara PKNS menentang Terengganu akan berlangsung di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam. Perlawanan bolasepak Liga Super 2.3.2013 antara Johor DT vs N.Sembilan akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 manakala perlawanan antara PKNS menentang Terengganu akan disiarkan oleh RTM 1.
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan dan dikenakan denda keseluruhan RM39,000 gara-gara kenyataan beliau yang menyentuh pentadbiran FAM sebelum ini. Hukuman itu berkuatkuasa selepas surat rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam tempoh 14 hari.
Hukuman itu diputuskan selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang memutuskan bahawa Shahidan melanggar Artikel Statut 88, Sepanjang tempoh penggantungan tersebut, Shahidan tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti bolasepak dan secara automatiknya hilang status sebagai Presiden PFA.

Sumber :- SInarHarian

Pasti ia sedikit sebanyak akan mengugat prestasi pasukan bolasepak Perlis yang baru je nak meningkat di Liga Premier. Dan nampaknya kuasa veto FAM sekali lagi mengugat kepimpinan untuk mengkritik pentadbiran FAM. Agak menyedihkan kerana Datuk Seri Shahidan adalah antara nama besar dalam kepimpinan bolasepak dan mungkin selepas ini kepimpinan beliau dalam sukan ini akan terkubur.
[ Datuk Seri Shahidan hutang Along demi pasukan Perlis }

Apa pula pendapat anda? Adakah bersetuju atau tidak dengan keputusan FAM ni?

Sekian

Please follow and like us:
error0

Keputusan Perlawanan bolasepak Liga Super 19 Februari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan Liga Super pada hari ini 19 Februari 2013 membabitkan 6 perlawanan. Perlawanan antara T-Team menentang Felda United telah diketahui keputusan dimana kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Perlawanan lain pula adalah seperti pertembungan antara ATM menentang Selangor. Perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ini pasti dinantikan terutama selepas isu pergaduhan pada perlawanan Piala FA yang lalu.
Perlawanan antara Perak menentang Pahang pasti akan menjanjikan pertembungan menarik. Atas kertas, mungkin Pahang mampu memenangi perlawanan ini tapi sebagai tuan rumah, pastinya Perak tidak mahu episod duka berterusan lagi.
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak Kelayakan Piala Asia 2015 6 Februari 2013 – Malaysia vs Qatar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini akan berlangsung perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 antara pasukan Malaysia menentang Qatar. Pasti perlawanan ini akan menjanjikan pertembungan menarik dan menjadi KPI untuk jurulatih, K Rajagobal. Ini berikutan kegagalan skuad Harimau Malaya mempertahankan Piala AFC pada tahun lepas yang menyebabkan kepercayaan terhadap pasukan Harimau Malaya sedikit berkurangan.

Kekuatan pasukan Qatar sememangnya lebih berbanding Malaysia. Ditambah lagi dengan kemasukan pemain naturalisasi dalam pasukan ini pasti menyukarkan lagi skuad Harimau Malaya. Kepincangan dengan ketiadaan pemain utama tidak patut dijadikan alasan kerana pemain yang berada dalam skuad ini memiliki pengalaman dan kelebihan sendiri. Walaupun inginkan kemenangan tapi secara realistiknya saya menganggap seri adalah keputusan baik. Jika tewas sekalipun, diharap margin golnya tidak besar.
siaran langsung piala Asia 2013
picture hosting

Perlawanan antara Malaysia menentang Qatar ini akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 pada jam 11.00 malam. Jadi jangan lupa saksikan perlawanan ini ye.. Seperti biasa, keputusan akan cuba dikemaskini dari semasa ke semasa

Keputusan penuh perlawanan Malaysia vs Qatar 6.2.2013
Malaysia vs Qatar0-1 (0-0)
Kesebelasan Utama Malaysia
Penjaga Gol:Khairul Fahmi,

Pertahanan:K.Reuben••Fadhli Shas••Aidil(Kapten)••Asra (Amirizwan)

Tengah:Azammudin••Shakir••Mahali••Ashaari (Farhan)

Penyerang:Amri Yahya••Khyril Muhymeen ( Hadi Yahya)

Separuh Masa Pertama ( 0-0)
Perlawanan hanya dapat disaksikan pada minit ke 18 selepas masalah signal oleh ASTRO Arena. Secara amnya, perlawanan di kuasai oleh Qatar namun terdapat beberapa peluang terutama peluang dari Amri Yahya dan Khyril Muhymen. Separuh masa pertama ini nampak barisan skuad negara agak bertahan. Ada sedikit kelam kabut namun masih mampu bertahan. Harap pada separuh masa kedua, barisan akan lebih kukuh dan serangan dapat memanfaatkan peluang yang ada.

Separuh Masa Kedua (0-2)
Qatar minit 55
Qatar minit 90
Pada separuh masa kedua pasukan Qatar mula memperlahankan perlawanan dan pasukan Harimau Malaya cuba untuk menyerang namun masih tidak mampu untuk dihasilkan dengan gol. Kelalaian pada hujung permainan menyebabkan gol dibolosi lagi .

** Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh jurulatih K Rajagobal terutama dari segi stamina dan kekuatan pasukan Malaysia. Pasukan negara masih tak mampu untuk berhadapan pasukan dari Timur Tengah. Mungkin ada beberapa pemain yang belum bersedia untuk mewakili pasukan Harimau Malaya buat masa ni..

Sekian

Please follow and like us:
error0