post

Pemain berbakat besar yang tidak mencapai kemuncaknya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini ingin berkongsi pendapat tentang beberapa pemain bolasepak era 2000an yang pada waktu itu berbakat besar namun pada penghujung kerjaya tidak mencapai kemuncaknya. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya namun ini sekadar pendapat sahaja. Ini berdasarkan pemerhatian saya mengikuti serba sedikit tentang perkembangan bolasepak.
Jika sesiapa yang mengikuti bolasepak pada era awal 2000 mungkin akan mengenali beberapa pemain yang menyertai kejohanan seperti Sukan SEA 2001. Ketika itu terdapat beberapa nama pemain muda yang mempunyai potensi untuk maju dan menjadi pemain pelapis negara. Namun tidak semuanya berjaya mencapai impian untuk berjaya sebagai pemain bolasepak berjaya.

Antaranya ialah :-

 

1)     Akmal Rizal

Akmal Rizal
– Saya antara peminat bolasepak yang kagum dengan Akmal Rizal pada era tersebut. Selepas bermain di kelab Divisyen 3 di Perancis, FC Hagenau pada tahun 1999-2001, corak permainan beliau berbeza dari rakan sepasukan dalam kebangsaan. Cukup menakjubkan ketika itu, malahan beliau menjadi antara penyerang yang dikatakan akan menjadi lagenda. Selepas tidak mendapat peluang bermain di Liga Eropah, beliau kembali ke Liga Malaysia bersama Juzaili Samion.

Kembali ke Kedah, beliau membantu pasukan kelahirannya dengan menjaringkan banyak gol. Namun selepas berpindah ke kelab gergasi, Selangor prestasi beliau menurun. Ditambah pula dengan beberapa siri kecederaan menyebabkan beliau terpaksa berkelana ke banyak pasukan. Prestasi menakjubkan ketika di awal usia 20-an tidak mampu dilakukan dan beliau hilang tempat dalam pasukan kebangsaan. Ketika pemain seera seperti Indra Putra dan Shukor Adan berjaya mendapat piala kejohanan serta mendapat panggilan dalam skuad kebangsaan, karier Akmal semakin sampai ke penghujungnya.
Apapun, semoga beliau mampu cemerlang dalam apa jua bidang selepas ini.

 

2)      Rafdi Rashid
– Antara penyerang handalan seangkatan dengan Khalid Jamlus serta pernah bermain dalam kelayakan Olimpik dengan Akmal Rizal. Pemain ini pernah juga menjadi wira pasukan Perak dalam kejohanan Piala Malaysia. Namun kariernya agak singkat. Ketika beliau diharapkan akan mewarnai pentas Liga Malaysia, kelibatnya hilang. Diberitakan yang beliau mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa menamatkan kariernya lebih awal.

3)       Kamarulzaman Hassan

kamarulzaman-hassan
– Seorang penjaga gol yang mempunyai fizikal yang cukup baik. Penjaga gol tinggi lampai ini dijangkakan bakal menjadi penjaga gol utama menggantikan Khairul Azman Mohamad ketika itu. Walaubagaimanapun selepas kesilapan besar menjaringkan gol sendiri ketika perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2001, nama beliau semakin terkubur. Bermain untuk pasukan bawahan dan tiada lagi kelibatnya mewakili pasukan kebangsaan walaupun pada era ini skuad negara agak ketandusan penjaga gol.

4)          Titus James Palani

titus-james-palani
– Pemain yang menggemparkan peminat bolasepak tempatan apabila memecah rekod menimbang bola pada usia yang muda. Beliau juga berjaya menambat hati pasukan Eropah ketika dalam usia belasan tahun. Mengambil keputusan untuk berkelana di luar negara dan menjadikan Perancis sebagai destinasi. Sehingga kini beliau hanya bermain di kelab divisyen bawahan di Perancis dan tidak pernah bermain untuk negara. Walaupun mencuba ketika sesi ujian di Blackburn pada 2 tahun yang lalu namun tidak berjaya menambat hati pengurus. Dalam usianya yang telah menghampiri 30-an, kemungkinan untuk beliau beraksi di Liga Utama Eropah sudah hampir terkubur.

Berikut merupakan antara pemain yang pernah dijangka untuk menjadi lagenda pada masa kini namun tidak tercapai. Sekali lagi, ini sekadar pendapat sahaja dan bukanlah untuk mengkritik mereka.  Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka untuk menjadi pemain yang hebat dan dikenang sepanjang zaman.

 

Sekian

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2014 – Kedah vs Pahang

Kejohanan Piala Malaysia 2014 sudah hampir sampai ke puncaknya. Hari ini berlangsung separuh akhir pertama melibatkan pasukan Kedah menentang Pahang. Pasti pertembungan antara dua pasukan ini amat dinantikan oleh penyokong bolasepak tempatan.
Wakil pasukan dari Liga Premier akan menentang wakil dari pasukan Liga Super 2014. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah pada jam 8.45 malam ini pasti akan mencabar kredibiliti kedua-dua jurulatih tempatan. Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mempertaruhkan barisan pemain pengalaman dan muda manakala kemampuan skuad Pahang hasil kendalian jurulatih Zainal Abidin Hassan memang sudah terbukti.
kedah vs pahang
hosting image

Atas kertas,pasukan Pahang yang dikenali dengan gelaran Tok Gajah mampu untuk menumbangkan Helang Merah namun sudah pasti ia bukan tugas mudah. Pasukan Kelantan tumbang ketika suku akhir di gelanggang bertuah skuad Kedah ini. Ini membuktikan betapa pasukan Kedah mampu untuk menumpaskan lawan masing-masing di gelanggang sendiri.

Pasukan manakah yang akan membawa bekal selesa sebelum perlawanan separuh akhir kedua pada 24 Oktober 2014 di Stadium Darul Makmur, Kuantan nanti? Kita saksikan dan lihat keputusannya.

 

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2014 – Kedah vs Pahang

Kedah vs Pahang 3-1 (1-0)
9′ Namkung Woo (KED)
49′ Farhan Roslan (KED)
90′ +1′ Matias Conti (PAH)
90′ + 4′ Khyril Muhymen (KED)

** Pertarungan menarik dimana kedua-dua pasukan cuba mendapatkan gol. Pasukan Kedah berjaya mendapatkan 3 gol untuk dibawa bekalan pada perlawanan separuh akhir kedua nanti….

Please follow and like us:
error0
post

Kejohanan Futsal Bola Sepak Asean 2014

 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mensasarkan untuk ke perlawanan akhir pada skuad negara pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2014 di Stadium Malawati, Shah Alam bermula dari 19 hingga 27 September 2014.
Skuad futsal negara yang dikendalikan oleh Maizal Hairi Marzuki mempunyai tugas berat untuk mara ke perlawanan akhir nanti. Dalam kejohanan tersebut pasukan Malaysia akan diundi dalam kumpulan A bersama Australia, Brunei, Timor Leste dan Indonesia.

futsal-malaysia

Skuad negara akan membuka kempen dengan menentang Indonesia pada 19 September; Brunei (20 September); Australia (22 September) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan menentang Timor Leste pada 23 September ini.

Kumpulan B terdiri daripada juara bertahan Thailand, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Laos.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad negara adalah muncul naib juara pada edisi 2003 di Kuantan, Pahang dan 2005 di Bangkok, Thailand.

Ini merupakan kali ketiga Malaysia dipilih sebagai hos kejohanan selepas 2001 di Kuala Lumpur dan 2003 di Kuantan. – Bernama

// Teringat lagi masa zaman aktif bermain futsal dulu. Sekarang ni dah pencen menendang bola dah. Dah tak larat nak berlari-lari lagi..

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 26.8.2014

Perlawanan bolasepak Piala Malaysia 2014 telah masuk ke pusingan kedua. Perlawanan ke 4 ini pasti akan memberi tanda untuk pasukan yang akan melangkah ke pusingan seterusnya.
Hari ini berlangsung 4 perlawanan bolasepak Piala Malaysia 2014. Sudah pasti pasukan-pasukan akan bermain bermati-matian untuk meneruskan langkah ke perlawanan seterusnya. Berikut merupakan perlawanan bolasepak Piala Malaysia 26 Ogos 2014

Kumpulan A
Lions XII vs Johor DT II
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar pada jam 7.45 malam ini menyaksikan pertembungan 2 pasukan berjiran iaitu Lions XII menentang JDT II. Kedua-dua pasukan pasti ingin menang bagi mengelakkan tercicir ke peringkat seterusnya. Perlawanan yang pasti hebat kerana kedua-dua pasukan ingin membuktikan sesuatu. Walaupun sedikit terumbang ambing, namun Lions XII masih sedikit gagah berbanding pasukan JDT II.
Ramalan : Lions XII 2 JDT II 0

Felda Utd vs Pahang
Perlawanan antara Felda Utd menentang Pahang berlangsung di Stadium MP Selayang, Selangor pada jam 8.45 malam. Perlawanan yang cukup menarik. Pasukan Pahang yang dikejutkan oleh Felda pada perlawanan pertama pasti ingin mengelak diaibkan di gelanggang lawan. Kekuatan Felda yang mempunyai ramai pemain berpengalaman mempunyai ramuan untuk menumbangkan pasukan Pahang.\
Ramalan : Felda Utd 1 Pahang 1

Kumpulan C

Kelantan vs ATM
Perlawanan antara Kelantan menentang ATM berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV , Kelantan pada jam 8.45 malam. Kelantan ingin mendapatkan 3 mata penuh di gelanggang sendiri namun ATM pasti tidak ingin pulang tangan kosong. Pasti mereka mempunyai kekuatan sendiri untuk meneruskan perlawanan ini.
Ramalan : Kelantan 2 ATM 0

Johor DT vs Pulau Pinang
Perlawanan antara JDT menentang Pulau Pinang pada jam 8.45 malam di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor. Atas kertas, JDT mempunyai kelebihan yang besar untuk mendapatkan 3 mata penuh namun Pulau Pinang pasti bermain bermati-matian untuk mengelak kehilangan mata sekaligus boleh mengucapkan selamat tinggal pada Piala Malaysia 2014.

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 26.8.2014

Lions XII vs Johor DT II 2-2 (1-1)
1′ Hafiz Sujad (LNS)
10′ Mohd Yusof (JDT II)
65′ Akmal Ishak (JDT II)
84′ Faris Ramli (LNS)
** Kedua-dua pasukan seri dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar.

Felda Utd vs Pahang 2-0 (0-0)
65′ Gopinathan (PAH)
90′ +1′ Dickson Nwakaeme (PAH)
** Pahang berjaya membalas dendam kekalahan perlawanan pertama di Kuantan pada tempohari..

Kelantan vs ATM 1-2 (1-0)
42′ Francis Forkey Doe (KEL)
77′ Juan Manuel Arostegui (ATM)
86′ Hairudin Omar (ATM)
** Kejutan di Stadium Sultan Muhammad apabila pasukan Kelantan. Nampak masih terbuka saingan bagi kumpulan ini antara Kelantan dan ATM untuk ke suku akhir tatkala JDT semakin hampir ke suku akhir.

Johor DT vs Pulau Pinang 5-0 (3-0)
3′ Jorge Pereyra Diaz (JDT)
29′ (pen) Luciano Figueroa (JDT)
38′ Mohd Amri Yahyah (JDT)
54′ Luciano Figueroa (JDT)
83′ Hariss Harun (JDT)
** JDT secara matematiknya telah layak ke suku akhir Piala Malaysia 2014

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 20.6.2014

Perlawanan Piala Malaysia 2014 peringkat kumpulan bagi aksi ke 2 berlangsung. Jika semalam 4 perlawanan telah diketahui keputusan bagi kumpulan A dan C, untuk hari ini 4 lagi perlawanan berlangsung. Kali ini membabitkan pasukan dari Kumpulan B dan Kumpulan D.
Pastinya perlawanan ini akan menjadi tumpuan penyokong bolasepak tempatan bagi melihat pasukan mereka mendapat mata maksimum sekaligus mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya. Antara perlawanan yang berlangsung hari ini adalah :-

Kumpulan B
Kedah vs Terengganu
Perlawanan antara Kedah menentang Terengganu yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Star pada jam 8.45 malam. Aksi kedua Kumpulan B ini pasti menjanjikan saingan menarik. Pasukan Kedah yang sebelum ini tewas pada pasukan Perak pasti akan berhabis-habisan untuk menumbangkan pasukan Terengganu yang mempunyai barisan pemain berpengalaman.
Terengganu mempunyai kelebihan dengan barisan pemain mantap dan bertenaga namun pastinya Kedah tidak mahu berputih mata dengan tangan kosong beraksi digelanggang sendiri.

Ramalan : Kedah 1 Terengganu 2

Perak vs Sarawak
perak vs sarawak
image hosting over 10mb

Gambar Hiasan

Perlawanan antara Perak melawan Sarawak yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada jam 8.45 malam ini sukar dijangka. Walaupun selaku tuan rumah, namun pasukan Sarawak bukan pasukan yang mudah ditumpaskan. Tewas 1-4 kepada Perak di Ipoh pada saingan Liga Super tempohari ingin dilupakan dan gabungan pemain import dan tempatan Sarawak ingin mencatat keputusan terbaik pada hari ini. Perak pula pasti tidak mahu melepaskan 3 mata berharga bagi mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.

Ramalan : Perak 1 Sarawak 1

Kumpulan D

Selangor vs PDRM
Perlawanan antara Selangor menentang PDRM yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam ini pasti ditunggu. Pasukan Selangor yang bermain baik di Liga Super akan bertemu juara Liga Premier 2014 PDRM yang dibarisi pemain hebat. Skuad Selangor pasti akan lebih berhati-hati dengan PDRM yang mempunyai barisan serangan yang cukup ampuh.

Ramalan : Selangor 1 PDRM 2

T-Team vs Sime Darby
Perlawanan antara T-Team menentang Sime Darby yang berlangsung di Stadium SUltan Ismail Nasiruddin Shah pada jam 8.45 malam akan menyaksikan kebangkitan kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan yang tumbang pada perlawanan pertama tempohari pasti ingin menebus kesilapan dengan mendapat mata penuh namun saingan pasti hebat antara kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan yang dicop ‘underdog’ pasti ingin meneruskan misi untuk merebut Piala Malaysia 2014 walaupun tidak dijangka.

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 20.6.2014

Kumpulan B
Kedah vs Terengganu 3-2(1-2)
8′ Ashaari Samsudin (TER)
45′ Ashaari Samsudin (TER)
45’+2 Billy Mehmet (KED)
59′ Baddrol Bakhtiar(KED)
74′ Mario Karlovic (TER)

Perak vs Sarawak 2-0 (1-0)
44′ Mohammad Nasir (PRK)
50′ Abdulafees Abdulsalam (PRK)

Kumpulan D

Selangor vs PDRM 0-2 (0-1)
15′ Ali Ashfaq (PDRM)
68′ Chad Souza (PDRM)

T-Team vs Sime Darby 2-1(0-1)
43′ Dilshod Sharofetdinov (SIMEDARBY)
57′ Leandro Dos Santos (T-Team)
81′ Ramzul(T-Team)

Please follow and like us:
error0
post

Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan Suku Akhir 5.7.2014

Hari ini berlangsung perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 dimana terdapat 2 pertarungan yang dinanti-nantikan. Perlawanan berlangsung pada jam 12.00 malam waktu tempatan di Rio de Janeiro dimana pasukan Perancis akan menentang Jerman.Perlawanan kedua pula menemukan antara Brazil menentang Columbia di Fortaleza pada jam 4 pagi ini.

Perlawanan antara Perancis menentang Jerman dianggap pertembungan hebat dua kuasa besar pasukan bolasepak Eropah. Perlawanan ini sudah pasti menjanjikan saingan hebat memandangkan kedua-dua pasukan merupakan jagoan di Eropah. Pemain-pemain mereka mempunyai pengalaman besar di kelab besar dunia. Perancis pasti ingin mengejar kejayaan selepas sering sahaja gagal di peringkat awal manakala Jerman pasti ingin mendapatkan kembali trofi Piala Dunia yang sudah lama tidak dapat didakap. Tetapi ada kesukaran yang perlu dihadapi oleh kedua-dua pasukan kerana mereka perlu beraksi pada waktu tengahari. Ini akan memberikan tekanan kepada pasukan yang beraksi di Eropah ini.

Ramalan : Perancis 1 Jerman 2

France Germany
forum image hosting

Perlawanan antara Brazil menentang Colombia pula pasti hebat. Colombia yang tidak diberi pilihan nampaknya berjaya membuka mata peminat bolasepak dunia. Sudah pasti pertarungan antara Neymar dan James Rodriguez menjadi tumpuan pada perlawanan ini. Namun pemain lain mungkin boleh membantu untuk memastikan pasukan mereka untuk menang sekaligus melangkah ke peringkat separuh akhir.

brazilvscolombia
uploading pictures

Pasukan Brazil pasti mengimpikan kemenangan untuk mencapai impian menjadi Juara Piala Dunia 2014 manakala Colombia pasti ingin mencipta sejarah menang Piala Dunia untuk kali pertama.

Ramalan : Brazil 1 Colombia 0

Pasukan manakah yang akan menang? Mungkinkah akan ada kejutan pada pagi ini?

Keputusan Perlawanan bolasepak suku akhir Piala Dunia 5.7.2014

Perancis vs Jerman 0-1

13′  Mats Hummels (JER)

** Pasukan Jerman berjaya ke separuh akhir setelah menumbangkan pasukan Perancis melalui gol tunggal dari pertahanan, Mats Hummels. 

Brazil vs Colombia 2-1

6′ Thiago Silva (BRA)

69′ David Luiz (BRA)

80′ James Rodriguez (COL)

** Brazil layak ke separuh akhir setelah berjaya menumbangkan pasukan lawan Colombia.. James Rodriguez menjaringkan gol ke 6 untuk kekal menjadi penjaring terbanyak kejohanan (setakat ini)..

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Liga Super 25.6.2014

Hari ini bakal berlangsung perlawanan yang dinantikan oleh peminat bolasepak tempatan. 6 perlawanan berlangsung bagi menentukan kedudukan antara satu sama lain Perlawanan yang akan menentukan kejuaraan Liga Super bagi musim 2014.
Bagi pasukan JDT dan Selangor, persaingan sengit menjanjikan permainan terbaik dari pasukan ini. Kekalahan hanya mengundang kegagalan untuk memenangi Liga Super pada tahun ini. Dari segi perlawanan terakhir ini, pasukan JDT nampaknya menghadapi tugas yang mencabar apabila bertandang ke Sarawak untuk mencatat kemenangan. Bagi Selangor pula, cabaran dengan kelab adik ‘PKNS’ mungkin tidak terlalu sukar untuk membawa 3 mata penuh. Walaubagaimanapun, bola itu bulat dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

. Berikut merupakan perlawanan yang akan berlangsung pada hari ini :-
Pasukan manakah yang akan menjadi juara pada perlawanan yang berlangsung pada malam ini?

Keputusan Perlawanan Liga Super 25.6.2014

ATM vs Sime Darby 1-1

Kelantan vs Terengganu 2-3

Sarawak vs Johor DT 0-1

** Pasukan JDT berjaya memenangi Liga Super 2014 setelah mengumpul 3 mata di Kuching. Satu pencapaian yang baik dan pasti membanggakan penyokong mereka. Ia sekaligus menempah slot tiket ke Piala AFC bersama Pahang pada musim depan.

PKNS vs Selangor 2-2

Ronaldinho 66′, Kim Dongchen pen 82′ (PKNS)

Paul Rangel 22′, 67′ (SEL)

** Hanya 1 mata diperolehi oleh Selangor tatkala pasukan JDT menumbangkan pasukan Sarawak sekaligus dinobat juara.

Perak vs Pahang 3-0

T-Team vs Lions XII 0-1

p/s : Tamat sudah Liga Malaysia 2014.. Akan menanti Piala Malaysia pula lepas ni

Please follow and like us:
error0
post

Piala Dunia 2014 : Itali tumpaskan England

Antara perlawanan peringkat kumpulan yang dinantikan di Piala Dunia 2014 iaitu antara pasukan England dan Itali.
Berdasarkan sejarah, pasukan Itali menjadi pilihan untuk mendapatkan mata penuh namun kemampuan pasukan England tidak boleh diperkecilkan,

Perlawanan yang berlangsung kira-kira jam 6.00 pagi tadi hanya disiarkan di rancangan ASTRO Supersport dimana tv percuma iaitu TV1 dan TV2 tidak menyiarkan perlawanan ini.
Perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan pengusaan pasukan Itali apabila berjaya menjaringkan gol pada minit 35 apabila pemain tengah Juventus, Marchisio bijak melakukan rembatan di tengah-tengah kaki pemain England.
Namun kelebihan itu tidak kekal lama apabila selang 2 minit kemudian, England menyamakan kedudukan apabila penyerang berbisa England, Wayne Rooney menghantar dari sebelah kiri dan disambar oleh Sturridge.
Kedudukan pada separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Memasuki separuh masa kedua, penyerang sensasi Itali, Mario Balotelli berjaya menanduk masuk hantaran Candreva seterusnya memberikan kelebihan untuk pasukan Itali. Walaupun pasukan England cuba mengasak namun percubaan barisan serangan skuad ‘The Three Lions’ tumpul dan tidak mampu menumpaskan penjaga gol pasukan Itali.

balatoli
image sharing

Balotelli diraikan oleh rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kemenangan Itali

Ooo ye, ada situasi kelakar berlaku dalam perlawanan pada hari ini apabila fisioterapi pasukan England, Gary Lewin mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar kerana terlalu ghairah meraikan gol jaringan Daniel Sturridge.

physio
picture host

Gary Lewin sedang diperiksa oleh pasukan perubatan sebelum diusung keluar

Please follow and like us:
error0