post

Keputusan Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2013 – Kelantan lawan ATM

Hari ini berlangsung perlawanan separuh akhir kedua bolasepak Piala Malaysia 2013 antara pasukan Kelantan yang dikenali sebagai ‘The Red Warrior’ menentang ATM yang diberi gelaran ‘The Gladiator’. Perlawanan yang akan menentukan skuad mana yang akan bertarung dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2013.

Skuad Kelantan yang bermain di gelanggang sendiri memiliki kelebihan beraksi di stadium keramat mereka tapi pasukan ATM bukan pasukan yang mudah dijinakkan. Malahan skuad ATM merupakan pasukan yang mencalar reputasi gah skuad bimbingan Bojan Hodak ketika Liga Super 2013 yang lalu.

Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan bolasepak Piala Malaysia 27 Ogos 2013

Malam ini berlangsung perlawanan ketiga bagi kempen Piala Malaysia 2013. Keputusan perlawanan tempohari ada yang mengejutkan namun perlawanan mesti diteruskan. Keputusan perlawanan hari ini pasti memberikan petanda-petanda awal pasukan yang akan melangkah ke peringkat seterusnya. 16 pasukan yang bertanding pasti tidak ingin mencicirkan mata lagi. Kesemuanya akan memberikan yang terbaik bagi mengejar impian mengejar Piala Malaysia 2013.

Perlawanan kumpulan A antara Sime Darby menentang Selangor di Stadium MP Selayang pada jam 8.45 malam akan menuntut komitmen 100 peratus dari pemain kedua-dua pasukan. Pasukan tuan rumah, Sime Darby yang mensia-siakan kelebihan pada perlawanan tempohari pasti ingin menumbangkan Selangor. Manakala Selangor yang tumbang ditangan pasukan ATM tempohari pasti ingin segera bangkit bagi meneruskan misi mengapai Piala Malaysia bagi kali ke 33.

liga super 27 8 2013
screenshot program windows

Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 20 Ogos 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kejohanan bolasepak terulung di Malaysia bakal kembali. Pasukan bolasepak tempatan akan bertarung bagi merebut piala kebanggaan iaitu Piala Malaysia. 16 pasukan yang melepasi tahap kelayakan akan memulakan cabaran pada malam ini. Pastinya perlawanan pertama amat dinantikan oleh penyokong bagi menilai prestasi pasukan. Adakah pasukan yang disokong memulakan kejohanan dengan langkah kanan atau sebaliknya.
Di Stadium Pasir Gudang jam 8.45 malam, skuad Johor akan melayan kunjungan skuad Selangor. Pasti pertarungan ini menjanjikan saingan menarik. Walaupun atas kertas, pasukan bimbingan Irfan Bakti mempunyai kelebihan namun pasukan Johor pasti tidak akan membenarkan kemenangan berpihak ke atas skuad Selangor itu. Dengan ribuan penyokong yang pasti membanjiri stadium Pasir Gudang perlawanan antara 2 darjat ini akan menarik.

Piala Malaysia 2013
| Jersi Selangor 2013 Home |
Continue reading

Please follow and like us:
error0