Ulasan mengenai kegagalan pasukan bolasepak bawah 22 untuk ke Piala Asia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Umum sudah mengetahui bahawa pasukan bawah 22 tahun Malaysia gagal untuk melangkah ke peringkat akhir Piala Asia 2013. Ini selepas kekalahan kepada pasukan tuan rumah Myanmar bagi merebut tempat kedua untuk layak secara automatik.
3x2 afcu22ac gfx
upload pictures

Walaupun ada isu tentang bantahan yang dikemukakan kerana pasukan Myanmar menggunakan pemain lebih umur namun kekalahan sudah berlaku. Dan mengikut sumber-sumber, keputusan tersebut masih kekal dimana pasukan Myanmar akan mengiringi pasukan Korea Selatan ke kejohanan bawah 22 tu. Setelah lama bersatu dalam satu pasukan berkemungkinan besar ramai pemain akan berpecah selepas ini.
Saya bukanlah pakar dalam bidang bolasepak ini tapi sebagai seorang peminat sukan bolasepak terutamanya bagi pasukan kebangsaan mungkin terdapat beberapa perkara yang mungkin boleh dikongsikan. Antaranya :-

1. Kegagalan pengurusan dalam mengendalikan pasukan. Saya terbaca satu berita dimana sebelum perlawanan menentang Myanmar, pemain diraikan dengan makanan yang sedap oleh seorang VIP di sana. Mungkin saya kolot tapi ia sepatut tidak berlaku. Dalam tempoh perlawanan, pemakanan mereka sepatutnya dijaga oleh pihak pengurusan. Tak perlulah mereka nak makan seperti di kampung yang mungkin tidak sesuai untuk kejohanan. Rasanya perkara ini perlu dititikberatkan oleh pengurusan pasukan. Sepatutnya mereka dikuarantin dalam tempoh tersebut.
Minta maaf kalau ada yang tak setuju tapi itu yang dilakukan oleh kebanyakan pasukan bertaraf antarabangsa. Ada yang mengongkong pemain supaya tidak terganggu konsenstrasi mereka.
2. Kelemahan fizikal merupakan perkara yang masih tidak dapat diperbaiki. Negara mempunyai banyak pakar sains sukan namun kenapa pemain bolasepak Malaysia masih mempunyai fizikal yang kecil. Cuba bandingkan pemain kita dengan pasukan Korea Selatan. Memang banyak bezanya. Dan yang lebih mengejutkan, kebanyakan pemain Korea Selatan bukanlah pemain professional. Ramai yang pemain peringkat Universiti. Walaupun jaringan gol ketika kalah menentang pasukan Korea Selatan agak tipis tapi ia masih memalukan kerana kebanyakan pemain kita bertaraf professional.
Malahan ketika menentang Myanmar, walaupun fizikal pemain Myanmar tidak banyak berbeza dari saiz namun tenaga dan stamina mereka memang lebih baik. Ini kita dapat lihat melalui larian dan terjahan mereka yang cukup keras sehingga melambatkan pergerakan pemain kita.
3. Taktikal jurulatih kurang berkesan. Secara peribadi saya berpendapat kelemahan ketara ketika perlawanan menentang Korea Selatan dan Myanmar adalah dari barisan tengah. Walaupun mempunyai Nazmi namun beliau juga tidak banyak memberikan hantaran yang mampu disempurnakan oleh penyerang terutama Rozaimi. Banyak hantaran tidak sampai atau tersekat pada lawan. Selain itu tiada perubahan drastik dilakukan pada separuh masa kedua yang mampu memberikan peluang untuk menjaringkan gol. Kemasukan Hazwan pada penghujung saingan agak kurang memberi impak. Selain itu, saya berpendapat pemain seperti Fandi Othman, Ashri Chuchu tidak berkesan di posisi yang diberikan. Ini kerana posisi asal mereka adalah lebih kepada menyerang.
4. Tiada backup yang setaraf. Ini kita dapat perhatikan di bahagian pertahanan. Ketiadaan pasangan serasi dengan Mohd Fadhli Sas selepas Muslim Ahmad tidak layak (kerana umur) menyebabkan sukar untuk melakukan perangkap ‘offsaid’. Banyak juga Myanmar mendapat peluang akibat tiada strategi offsaid di situ.

Okay, cukuplah sedikit ulasan dari seorang yang kaki bangku namun ingin menyaksikan pasukan negara terus maju. Mungkin entri ini tidak akan dibaca oleh pihak-pihak berkaitan.

Sekian,

p/s :- Perkembangan terbaru tentang isu pemain Myanmar menggunakan pemain umur melebihi 22 tahun. Menurut sumber, FAM tidak meneruskan protes. Jurulatih kecewa dengan keputusan ini dan ada ura-ura antara mereka ada yang nak letak jawatan akibat kes ini. Betul ke tidak sama-sama kita tunggu.. Pembetulan, dalam berita menyatakan FAM telah meneruskan protes.. Tunggu.. Er, ada yang baru.. FAM tak hantar protes sebab katanya takde bukti..

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan AFC U22 (28 Jun 2012) – Malaysia vs Taiwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini berlangsung lagi perlawanan bolasepak kelayakan Asia bawah 22 membabitkan pasukan muda Malaysia. Perlawanan ketiga bagi skuad bawah 22 tahun negara dalam perlawanan kelayakan Kumpulan G Piala AFC Bawah 22 tahun ini menemukan skuad bimbingan Ong Kim Swee dengan pasukan muda Taiwan. Kemenangan besar ke atas Filipina pada perlawanan lalu sudah menjadi sejarah dan pemain perlu fokus untuk perlawanan ini. Walaupun pasukan Taiwan ini dibelasah oleh pasukan Korea Selatan sebelum ini, pemain Harimau Muda tidak boleh memandang mudah. Mereka perlu memberikan habis-habisan serta memastikan 3 mata penuh dapat dikutip. Ini bagi memastikan peluang untuk ke peringkat seterusnya cerah memandangkan hanya 2 pasukan dari kumpulan G yang akan berjaya menempatkan diri ke kejohanan bolasepak Asia Bawah 22 tahun pada tahun hadapan.

Perlawanan dijadualkan pada jam 4.45 petang di Stadium Aung San, Myanmar. Tiada siaran langsung di kaca tv atau live streaming. Walaubagaimanapun, keputusan akan cuba dicari untuk maklumat anda

Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak AFC U 22 – Malaysia vs Taiwan

Malaysia vs Taiwan / Chinese Taipei 4-2 (0-3)
[4.45 petang ]
Kesebelasan Utama Malaysia vs Taiwan :-
Harimau Muda U22 XI : Izham, Fandi, Fadhli, Shahrul, Nazirul Naim, Sarvin, Irfan (C), Gary, Wan Zaharul, Azwari, Rozaimi

Malaysia minit 8 – Rozaimi
Malaysia minit 24 – Gol sendiri Taiwan
Malaysia minit 41 – Rozaimi
Taiwan minit 51
Malaysia minit 80 – D Saarvindran
Taiwan minit 90

Tahniah kepada barisan muda yang berjaya mendapatkan 3 mata. Cuma agak kecewa bila terdapat 2 jaringan yang diberi kepada pihak lawan.

Keputusan akan cuba dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sekian

Please follow and like us:
error0