Belajar Bina Blog Dengan Wordpress
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Pandangan Menteri Belia Sukan mengenai blog

Written by zool on May 15, 2008 – 2:34 pm -

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Membaca suratkhabar memang sesuatu yang sering saya buat ketika di rumah selain dari chating dengan kawan-kawan cyber.. Tatkala asyik membaca suratkhabar Utusan saya tertarik mengenai temuramah antara Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob di mukasurat 10 sempena sambutan Hari Belia yang disambut pada hari ini.

Baca punya baca saya tertarik dengan satu kenyataan beliau yang akan menimbulkan kontroversi di kalangan blogger-blogger semua… Antara kenyataan beliau yang menyakitkan hati saya ialah :-

” Memang banyak blog yang negatif sebab kita tidak ada blog yang positif. Sekarang ni ada satu blog sahaja iaitu blog yang negatif

Huhuhu.. Satu lagi kenyataan yang merendah-rendahkan martabat semua penulis blog .. Tidak pastilah sama ada ayat Menteri Belia dan Sukan itu salah ditulis oleh wartawan atau memang lahir dari mulut beliau… Saya amat kecewa sekali dengan beliau.. Sebagai seorang Menteri beliau perlu berhati-hati dalam sebarang kenyataan… Adakah benar semua blog negatif??
Dan adakah blog-blog motivasi, kesihatan, perniagaan internet yang wujud itu negatif.. oh.. pleaselah Datuk tolonglah kaji sebelum buat kenyataan… Mustahil dalam 500,000 blog itu tiada satupun yang menambat hati Datuk..
Saya amat berharap agar Menteri Belia dan Sukan bukan setakat hanya turun padang sebaliknya pandang2lah kepada komuniti blog dimana separuhnya adalah belia….

Tak percaya?? Baca di utusan online
p/s :- Ops.. Blog drkhir, chedet, rajaahmadzainuddin, muhammadtaib tu kiranya negatif juga le ek.. Er Dafi ada blog ke??? Negatif jugak ke???


Tags: , ,
Posted in Blog | 13 Comments »
RSS