Posts Tagged ‘bisnes’
Usahawan Sampah
Written by zool on June 2, 2008 – 1:59 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Tatkala ramai dari kita sibuk membicarakan tentang hendak menjadi jutawan dengan menjual produk berkualiti tinggi seperti kereta, motosikal dan sebagainya terdapat insan yang bijak mengambil peluang..
Berikut merupakan profil beliau :-

Bayangkan ketika kita semua sibuk membuang sampah dan memandangkan tanpa harga, Teng Song sibuk pula mendapatkan duit melalui sampah tersebut.. Malahan dengan perniagaan beliau sedikit sebanyak mampu mengurangkan kadar timbunan sampah di negara kita… Thumb up untuk beliau..
Berita penuh :-
Kosmo - Lihat sampah macam emas
Tags: bisnes, cari duit, cari kerja, jutawan, Kosmo
Posted in kehidupan | No Comments »
Prepaid
Written by zool on December 7, 2007 – 2:35 am -Assalamualaikum.. Salam mesra untuk pembaca semua.. Hari ni topik kita agak santai sekali.. Prepaid.. Kalau mengikut wikipedia, prepaid didefinisikan sebagai bayaran sebelum menggunakan sesuatu perkhidmatan.. Atau secara mudahnya bayaran ‘advance’.
Rasanya ramai yang menggunakan kaedah ini samada untuk talian h/phone, internet dan sebagainya..
Sudah semestinya penggunaannya adalah untuk mengawal dari penggunaan yang tidak dapat dikawal. Selain itu penggunaan prepaid adalah bagi mengelakkan dari komitmen terhadap syarikat pembekal.
Penggunaan prepaid sebenarnya menjadi aras bagi penggunaan sesuatu produk/perkhidmatan. Pembelian yang tetap sedikit sebanyak mampu menjimatkan.. Namun adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini??
Bagi mereka yang belum berpendapatan tetap seperti pelajar kegunaan prepaid adalah penting.. Tidak kira sama ada dari segi talian telefon, internet ianya menjadi produk yang perlu dibeli setiap bulan..
Dan sudah pastinya syarikat-syarikat pengeluar produk berlumba-lumba giat mempromosikan perkhidmatan masing-masing untuk menarik pelanggan.. Bercerita tentang prepaid saya menggunakan 3 jenis produk yang menggunakan prepaid setiap bulan iaitu Digi, Maxis dan TMNet prepaid..
Saya ingat lagi zaman belajar dulu ketika produk prepaid terutamanya talian handphone menjadi satu barang yang cukup mahal ketika itu.. Bayangkan starter je dulu dah dekat rm50.. tapi sekarang, rm 10 pun dah dapat.. Ada tu siap dapat 2 sim card sekali.. Huhuhuhu…
Bagaimana pula dengan anda semua sudah pastinya anda juga menggunakan prepaid dalam kehidupan seharian.. Dan bagaimana pula ianya memberi kesan kepada anda?? Dan mengapakah anda menggunakannya??? Sudah pastinya anda mempunyai alasan tersendiri..
p/s :- Saya rasa tulisan saya dalam minggu2 ini agak kurang mencengkam… Mungkin tiada idea untuk mengolah topik untuk jadi lebih menarik… Insyallah akan cuba diperbaiki..
Tags: bisnes, prepaid, top up
Posted in santai | 2 Comments »











