post

Rombakan bagi skuad Renang Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih renang negara, Paul Birmingham bakal melakukan rombakan kecil dalam barisan atletnya bagi menghadapi Sukan SEA 2017 di sini.

Tanpa mendedahkan barisan perenangnya, jurulatih berasal dari Australia itu berkata beliau akan mengekalkan beberapa pemenang pingat Sukan SEA 2015 selain memberi peluang kepada perenang muda yang berpotensi untuk membuktikan kemampuan mereka.

“Ketika kita memberi fokus kepada Sukan SEA 2017, saya juga menumpukan kepada program Sukan Asia 2018 (di Jakarta) dengan tumpuan kepada beberapa perenang muda.

“Sukan SEA adalah antara kejohanan utama dan ia juga satu langkah sebelum meneruskan program menghadapi Sukan Asia.

“Kita juga akan membawa beberapa perenang ke Victoria, Australia untuk menyertai pertandingan pada Januari bagi memastikan mereka kekal cergas dan kompetitif,” kata Birmingham.

Menurutnya, kejayaan yang ditunjukkan perenang yang layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, Ogos lepas adalah hasil penyertaan dalam pelbagai kejohanan tempatan dan antarabangsa.

| Mari Belajar Berenang Gaya Dada |

Sebagai rekod, dua perenang negara, Welson Sim dan Phee Jinq En, layak secara merit ke Sukan Olimpik tetapi gagal melakukan sebarang impak di temasya sukan empat tahun sekali itu.

Birmingham berkata skuad negara akan menyertai beberapa pertandingan termasuk Kejohanan Peringkat Umur Nasional Singapura (14-19 Mac 2017) dan Kejohanan Terbuka Malaysia pada pertengahan tahun sebagai antara persiapan menghadapi Sukan SEA.

Pada Sukan SEA 2015 di Singapura, skuad negara meraih tiga pingat emas, empat perak dan empat gangsa.-Bernama

Please follow and like us:
error0

Tips Belajar Berenang Bagi Permulaan

Mungkin ramai di antara kita yang pandai berenang dan mungkin juga yang tak pandai. Si Zool juga dikategorikan sebagai belum pandai berenang lagi kerana masih dalam proses pembelajaran.
Memang agak sukar kerana tiada kawasan berhampiran yang sesuai untuk belajar disini. Namun ia bukan bermaksud tidak boleh belajar. Mungkin nak belajar secara formal agak sukar namun boleh dicuba dikawasan yang mudah seperti dikawasan taman tema air dan jika berkemampuan boleh ke kolam renang berbayar. Kalau nak murah, boleh cuba berenang di laut berhampiran.

Si Zool masih dalam proses pembelajaran lagi dan sedikit perkembangan dimana telah mampu mengapungkan badan serta mengayuh kedua belah kaki. Walaupun tidak sejauh mana namun ia merupakan satu perkara yang boleh dibanggakan bagi seseorang yang telah dewasa dan mahu belajar berenang.
Dalam entri kali ini saya berkongsi tips belajar berenang dari laman web Indonesia yang boleh dikongsi bersama.

Kaedah Berenang

Jika kita perhatikan di televisyen, kebiasannya terdapat beberapa gaya berenang yang boleh dipelajari. Kebiasannya, pengajar akan memulai dengan berenanga gaya bebas. Ini kerana ia adalah kaedah yang paling mudah untuk dipelajari. Namun sebagai orang baharu,kita memerlukan beberapa panduan untuk belajar berenang dengan lebih cepat. Antaranya ialah :-

1) Anda harus mempersiapkan diri dari segi mental. Perlu mengetahui gaya apa yang sesuai untuk anda. Dapatkan nasihat dari rakan yang sudah tahu berenang atau meminta rakan untuk bersama-sama belajar bersama. Ini akan memberikan motivasi dan dorongan.

subjpswim3-articlelarge

2) Amat penting untuk kekal motivasi dan berasa tenang di kolam renang. Ia dapat membantu anda berasa yakin yang anda mampu melakukan aktiviti ini walaupun sebelum ini tidak pernah melakukannya.

3) Memandangkan manusia tidak hidup di dalam air, pada permulaannya ia akan terasa sukar. Anda harus menyesuaikan diri dengan kawasan tersebut dan memahami bagaimana tubuh meluncur dan bergerak di dalam air.

|Kenapa nak belajar berenang|

4) Konsentrasi pada mata amat penting. Anda perlu belajar melihat didalam air. Dapatkan kaca mata google untuk membiasakan diri melihat didalam air.

5) Bernafas di bawah air merupakan salah satu teknik utama untuk anda pelajari. Bagi permulaan, ketika berenang tariklah nafas melalui mulut dan buang nafas melalui hidung. Saat anda mengeluarkan nafas dari hidung, gelembung akan keluar dan akan merasa sedikit kekok.

Sumber yang dialihbahasa :- Wedaran

Melihat kepada tips diatas, memang ianya berguna untuk kita belajar berenang. Saya juga masih terlalu ‘beginner’ kerana hanya mampu beberapa meter sahaja bertahan dalam pernafasan di dalam air. Mungkin perlu banyakkan latihan untuk maju lebih jauh lagi.

Dan kalau kesempatan, memang akan mengajar anak pula berenang.. Amin..

Please follow and like us:
error0