Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2012 – Lee Chong Wei, beregu tumpas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Hong Kong 2012 telahpun tamat beberapa jam yang lalu dan nampaknya pemain dari China menyapu bersih johan bagi setiap acara. Walaupun pemain dari Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei serta pemain beregu negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berjaya menyelit dalam perlawanan akhir itu namun mereka tidak mampu untuk menidakkan kejuaraan kepada pemain dari negara tembok besar itu.
Dalam perlawanan perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan pemain muda dari China, Chen Long apabila tewas straight set dengan mata 19-21 , 17-21. Bagi pasangan beregu negara, mereka tumbang kepada pasangan Cai Yun dan Fu Haifeng dengan keputusan 16-21, 17-21. Berikut merupakan keputusan penuh bagi kategori lain iaitu beregu wanita; ( Tian Qing/ Zhao Yunlei vs Yu Yang/ Wang Xiaoli 22-20,14-21,21-17), Perseorang Wanita ( Li Xuerui vs Wang Yihan 21-12, 11-3 tarik diri), beregu campuran ( Zhang Nan/ Zhao Yunlei vs Xu Chen/ Ma Jin 21-17, 21-17)
Nampaknya dominasi pasukan China masih sukar dipecahkan. Nampak juga pemain China, Chen Long sudah mampu mengalahkan Datuk Lee CHong Wei.. Bila agaknya pemain muda negara mampu menumbangkan beliau? Sambil tu dimana pula pemain beregu muda negara? Masih belum serasi ke?

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan badminton Terbuka Denmark 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Satu lagi kejuaraan menjadi milik Datuk Lee Chong Wei pada tahun ini. Pemain no 1 dunia ini telah berjaya menumpaskan pemain China Du Pengyu dalam tiga set 15-21, 21-12, 21-19 untuk menjuarai kejohanan badminton perseorangan Terbuka Denmark 2012.
Persembahan Datuk Lee Chong Wei agak perlahan pada set pertama sebelum beliau mula bangkit pada set kedua. Pada set ketiga persembahan Lee Chong Wei agak goyah di akhir permainan namun mampu juga untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan.
Tahniah kepada beliau yang sekali lagi mengharumkan nama negara dalam arena badminton. Cuma tertanya-tanya dimana pemain badminton Malaysia yang lain? Kalau tengok Du Pengyu ni pemain muda yang akan menggantikan jaguh mereka, Lin Dan tapi negara masih terpaksa bergantung pada Lee Chong Wei yang dah masuk 30-an ni..

Sekian..

Please follow and like us:
error0

Malaysia raih 2 juara dan 1 naib juara di badminton Terbuka Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kejohanan badminton Terbuka Jepun memberikan keceriaan kepada peminat badminton negara. Pemain pasukan badminton negara berjaya meraih kejuaraan melalui perseorangan lelaki, beregu campuran manakala naib juara bagi beregu lelaki.
Bagi perseorangan lelaki, pastilah Datuk Lee Chong Wei yang menjadi juaranya apabila menumpaskan pemain Thailand, Bonsak Ponsana dengan mata 21-18 dan 21-18. Kejayaan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pula muncul juara dengan menewaskan pasangan Indonesia Muhammad Rijal dan Liliyana Natsir 21-12,21-19.
Pasangan beregu utama negara Tan Boon Heong/Koo Kien Keat pula tewas di tangan pasangan beregu Korea Selatan Kim Ki Jung dan Kim Sa Rang dengan mata 16-21 dan 19-21.
Tahniah kepada yang berjaya. Cuma persembahan beregu utama negara amat mengecewakan pada perlawanan ini.

Sekian.

p/s :- Pemain China tidak menyertai kejohanan Terbuka Jepun akibat masalah politik antara negara China dan Jepun

Please follow and like us:
error0

Bekas jaguh badminton, Datuk Punch Gunalan meninggal dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mungkin agak terlewat menulis mengenai berita ini namun sumbangan Datuk Punch Gunalan dalam arena sukan badminton bukanlah sedikit. Selain banyak berjasa sebagai jaguh badminton yang pernah memenangi kejohanan besar beliau juga terkenal sebagai salah seorang pemimpin bagi persatuan badminton sendiri. Malahan beliau pernah menjadi Setiausaha Kehormat BAM dan menjadi antara tonggak utama ketika pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas terakhir pada tahun 1992 yang lalu.Datuk Punch Gunalan meninggal dunia dalam usia 68 tahun di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya pada jam 6.20 pagi 15 Ogos 2012 akibat penyakit barah. Beliau telah terlantar di pusat perubatan sejak dua minggu yang lalu.

Image Hosting
Semoga sumbangan dan jasa bakti beliau untuk membangunkan badminton negara mendapat perhatian pihak berkaitan. Selain itu, kejayaan beliau juga perlu menjadi ikutan para pemain badminton negara agar tidak melupakan terus bidang ini sebaliknya menceburi bidang berkaitan terutama dalam kepimpinan persatuan badminton. Ini kerana para pemain mempunyai pengalaman yang lebih dalam bidang itu sendiri berbanding pengurusan yang dilantik tanpa mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang sukan ini.

Sekian.

p/s :- Setakat ini, beliau satu-satunya pemain negara berbangsa India yang berjaya dalam bidang badminton ni. Dalam tahun 2000an ada beberapa nama pemain bangsa India namun tidak mampu pergi jauh.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan badminton akhir Olimpik – Lee Chong Wei vs Lin Dan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Baru sebentar tadi, pasangan beregu utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tumpas kepada pasangan beregu dari Korea Selatan sekaligus meranapkan impian untuk mendapatkan pingat pertama negara.
Seperti yang kita sedia maklum, Datuk Lee Chong Wei sudah mengesahkan pingat untuk negara namun warnanya masih belum dipastikan samada pingat emas mahupun perak. Perlawanan untuk menentukan pingat tersebut akan berlangsung kira-kira jam 8.00 malam ini.

Image Hosting
Gambar Hiasan. Tiada kena mengena dengan perlawanan. Tapi nampak muda dua-dua jaguh ni..
Pastinya beban yang amat berat terpaksa ditanggung oleh Lee Chong Wei untuk mencari pingat emas pertama dalam sejarah Olimpik. Sememangnya sukar apatah lagi terpaksa menentang seteru utama yang juga juara bertahan, Lin Dan dari China. Apapun diharap pemain no 2 dunia ini mampu memberikan sesuatu yang terbaik dalam perlawanan malam ini.
Diharap juga persembahan mantap beliau mampu memberikan pingat emas kepada negara.
Perlawanan siaran langsung akan disiarkan di ASTRO HD 849 pada jam 8.00 malam. Bagi yang tiada ASTRO boleh cuba tengok kat Youtube di channel Olimpik.

Berikut merupakan keputusan perlawanan akhir Badminton Olimpik 2012 – Lee Chong Wei vs Lin Dan

Keputusan Final badminton Olimpik 2012
Lee Chong Wei vs Lin Dan 21-15, 10-21, 19-21

Continue reading

Please follow and like us:
error0

Lee Chong Wei semakin hampir mendapatkan pingat emas Olimpik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya pemain perseorangan pertama Malaysia, Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri untuk mendapatkan pingat emas Olimpik setelah berjaya menumbangkan Chen Long dari China pada perlawanan separuh akhir dengan keputusan straight set 21-13, 21-14.
Dengan kemenangan ini, pingat sudah pasti berada dalam gengaman Malaysia cuma tidak dapat dipastikan lagi sinarnya. Perlawanan akhir samada menentang juara bertahan dari China, Lin Dan ataupun Lee Hyun Ill dari Korea Selatan. Tahniah kepada Lee Chong Wei.

Image Hosting

Image Hosting
Sumber Gambar :- FB Info Sukan Olimpik
Sambil tu, kita juga mengharapkan agar beregu negara Tan Boon Heong/Koo Kien Keat mampu melakarkan kejutan ketika menentang Cai Yun/ Fu Haifeng dari China di perlawanan separuh akhir nanti. Mungkin pasukan badminton negara akan memungut 2 pingat untuk negara kalau ia mampu direalisasikan.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Ranking badminton pemain negara , Datuk Lee Chong Wei melepaskan takhta pemain no 1 dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Setelah menghuni ranking pemain no 1 dunia selama 191 minggu, akhirnya Datuk Lee Chong Wei terpaksa menyerahkan takhta tersebut kepada musuh ketatnya, Lin Dan dari China. Ranking terbaru yang dikeluarkan pada 21 Jun 2012 ini banyak berpunca dari masalah kecederaan beliau pada tahun ini. Setelah mengalami kecederaan bahu , kecederaan buku lali pula mengakibatkan markah beliau statik dan dirampas oleh Lin Dan yang pernah menghuni takhta tersebut dari tahun 2004 hingga 2008.
leechongweilindan
free picture hosting

Dua pemain China, Chen Long dan Chen Jin masih kekal di tangga ketiga dan keempat. Walaubagaimanapun kedudukan Chong Wei di Olimpik tidak terjejas kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking yang diambil pada 3 Mei lalu.

Antara pemain negara lain yang menghuni 10 tangga teratas badminton adalah bagi kategori beregu dimana pasangan utama negara, Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong menghuni tangga ke 6 manakala pasangan beregu campuran yang meningkat naik Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menduduki tangga ke 8. Bagi kategori lain, tiada pemain yang menduduki 10 tangga teratas.

Berikut merupakan ranking 10 pemain badminton terbaik dunia (hanya kategori yang mempunyai pemain Malaysia )
rankingbadminton
image upload

Ranking 10 pemain badminton perseorangan.
rankingbadmintonberegu
upload images

Ranking 10 pemain badminton beregu
rankingbadmintonberegucampuran
photo hosting

Ranking 10 pemain badminton beregu campuran

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Nusa Mahsuri mahu melahirkan jaguh sukan badminton bertaraf dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Terbaca artikel di Sinar Harian mengenai matlamat Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang ingin melahirkan jaguh sukan badminton bertaraf dunia menerusi usaha mengesan bakat di seluruh negara. Menurut penasihat kelab Jalani Sidek, kelab tersebut bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi penganjuran kem bakat badminton bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Sememangnya ini merupakan usaha yang baik dilakukan oleh kelab badminton yang diusahakan oleh jaguh-jaguh badminton negara. Cuma yang menjadi tandatanya dimanakah kesinambungan yang perlu dilakukan oleh kelab tersebut. Ini perlu kerana dengan hanya kem selama beberapa hari tidak mampu menjadikan seseorang pemain itu sehebat Datuk Lee Chong Wei. Usaha perlu dilakukan secara konsisten dan teratur bagi memastikan sukan badminton berjaya menghasilkan jaguh badminton yang berterusan dan tidak hanya bergantung harap pada satu atau dua pemain sahaja.
Selain dari kelab Nusa Mahsuri, kelab badminton lain perlu juga membantu bagi meningkatkan lagi kualiti pemain muda negara yang akan menyandang tugas sebagai pemain utama negara di masa hadapan.

Sekian.

p/s :- Nusa Mahsuri pun ada blog di http://nusamahsuri.blogspot.com/

Please follow and like us:
error0