Keputusan akhir badminton terbuka Malaysia 2014 – 2 pemain negara menang

Hari ini berlangsungnya perlawanan akhir badminton terbuka Malaysia 2014. Malaysia mempunyai 2 wakil di peringkat akhir iaitu pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan pemain beregu negara, Lim Khim Wah/ Goh V Shem. Pasti kedua wakil negara itu ingin mendapatkan kemenangan pertama pada tahun ini.
Keputusan kejohanan telahpun diketahui dan nampaknya berita gembira dikhabarkan oleh kedua-dua wakil negara apabila mereka berjaya menjuarai kejohanan tersebut. Lee Chong Wei berjaya menumbangkan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto dengan ‘straight set’ 21-19, 21-9. Ini merupakan kemenangan ke 10 bagi pemain no 1 dunia itu sekaligus akan menyukarkan lagi pemain lain untuk memecah rekod lagenda sukan badminton negara ni.

Bagi pemain beregu pula, Goh V Shem/Lim Khim Wah telah menumpaskan pasangan baharu dari Cina Chai Biao/ Hong Wei dengan ‘straight set’ iaitu 21-19, 21-18. Pasti kemenangan ini menggembirakan peminat badminton negara terutama bagi beregu negara.

Goh-V-Shem-Lim-Khim-Wah
Mungkin kemenangan pasangan beregu negara ini sedikit memberi sinar dalam pasukan badminton negara. Cuma yang menyedihkan barisan skuad pelapis perseorangan negara serta kategori lain masih tidak berubah. Mungkin pihak berkaitan perlu mengambil insiatif untuk memastikan kejayaan prestasi badminton negara.
Selain itu, dalam kategori lain, ianya dikuasai oleh pemain badminton China.

Berikut merupakan keputusan badminton terbuka Malaysia 2014

Perseorangan Wanita
Li Xuerui vs Wang Shixian 21-16, 21-17

Beregu Wanita
Bao Yixin/ Tang Jinhua vs Matsutomo/Takahashi Ayaka 21-19, 14-21, 21-13

Beregu Lelaki
Goh V Shem/Lim Khim Wah vs Chai Biao/ Hong Wei 21-19, 21-18

Beregu Campuran
Xu Chen/Ma Jin vs Fischer Nielsen Joachim/ Pedersen Christinna 21-11, 17-21, 21-13

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto 21-19, 21-9

Tahniah kepada pemain negara yang berjaya memenangi kejohanan ini.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan Badminton Maybank Akhir Sirkit Kebangsaan 2013

Perlawanan badminton kebangsaan menutup tirainya pada hari ini. Kejohanan badminton sirkit kebangsaan ini merupakan kejohanan peringkat tempatan untuk pemain badminton dalam negara. Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya telah pun tamat dan keputusan telah diketahui.
Perlawanan ini mungkin memberikan peluang kepada pemain-pemain muda menunjukkan bakat. Dalam sirkit akhir ini terdapat beberapa kejutan yang berlaku namun secara keseluruhannya ia masih dikuasai oleh pemain elit. Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan badminton sirkit akhir kebangsaan 2013

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Badminton Sirkit Kebangsaan 2013

Beregu Campuran
Chan Peng Soon/ Lai Peen Jing vs Ong Jian Guo/ Lim Yin Loo (tarik diri) 11-5,

Perseorangan Wanita
Lim Chiew Sin vs Yang Li Lian 14-21, 19-21

Perseorangan Lelaki
chong-wei-feng-focus
Chong Wei Feng vs Tan Chun Seang 21-14, 21-9

Beregu Wanita
Lee Meng Yean/Lim Yin Loo vs Chow Mei Kuan/ Vivian Hoo 11-21, 12-21

Beregu Lelaki
Hoon Thien How/Tan Wee Kiong vs Goh V Shem/Lim Khim Wah 21-16 13-21 21-14

Tahniah kepada yang menang. Semoga ia bukan petanda aras kejayaan kepada mereka dan perlu meningkatkan prestasi ke peringkat antarabangsa. Jangan hanya berpuas hati dengan kejuaraan di sirkit tempatan sahaja.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan separuh akhir badminton Dunia 2013

Perlawanan badminton kejohanan badminton dunia 2013 telah masuk ke peringkat separuh akhir. Seperti yang kita sedia maklum, hanya 1 wakil dari Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei yang bermain bagi acara perseorangan lelaki. Satu slot akhir telah diisi oleh musuh utama, Lee Chong Wei iaitu Lin Dan dari China yang telah menumpaskan pemain dari Vietnam, Tien Minh Nguyen dengan keputusan 21-17, 21-15. Walaupun telah berehat panjang namun seteru utama masih berbisa dan berjaya menumbangkan pemain-pemain yang memiliki ranking lebih tinggi. Keputusan ini menunjukkan bahawa Lin Dan masih berbisa dan pasti menginginkan kemenangan dalam Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang berlangsung di Guangzhou, China.
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Kejohanan Badminton Dunia 2013 : Hanya Datuk Lee Chong Wei ke separuh akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kejohanan badminton dunia 2013 pada tahun ini berlangsung di Gimnasium Tianhe, Guangzhou, China. Hari ini masuk pusingan suku akhir dan hanya 2 wakil dari negara yang berjaya layak iaitu pemain perseorangan no 1 negara iaitu Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong.
Lee Chong Wei yang turun selaku pilihan utama bertemu pemain perseorangan Indonesia iaitu Tommy Sugiarto yang juga pilihan ke 8 manakala beregu utama negara yang juga pilihan kedua bertemu pemain pilihan kelima dari Korea Selatan iaitu Kim Ki Jung/Kim Sa Rang. Perlawanan kedua-dua wakil dari negara ini telahpun tamat dan keputusannya adalah seperti berikut :-

Keputusan suku akhir badminton dunia 2013

badminton-world-championship-2013-guangzhou3
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Datuk Lee Chong Wei menjuarai kejohanan Djarum Indonesia 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pemain perseorangan no 1 dunia, meneruskan rentak kecemerlangan pada tahun ini apabila menjuarai kejohanan Terbuka Indonesia 2013. Pemain badminton perseorangan negara ini berjaya memenangi kejohanan terbuka Indonesia untuk kali ke 5 apabila menumbangkan pemain dari Jerman, Marc Zwiebler dengan keputusan 21-15, 21-14.
djarum-indonesia-open-2013-
Satu keputusan yang dijangkakan oleh pemain bertaraf dunia dari Malaysia ini. Tiada pemain badminton negara kita yang mara ke peringkat akhir bagi kejohanan Terbuka Indonesia ini. Sesuatu perlu dilakukan kerana nampaknya terdapat 2 wakil dari negara Jerman yang ke akhir bagi kejohanan itu iaitu bagi perseorangan lelaki dan wanita.
Ini menunjukkan pasukan dari Eropah yang tak pernah dikenali dalam sukan badminton mula mengorak langkah dalam sukan ini.

Tahniah sekali lagi kepada Datuk Lee Chong Wei.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kejohanan badminton Seluruh England 2013 telah sampai ke penghujungnya. Nampaknya Malaysia hanya mempunyai seorang wakil di akhir kejohanan badminton tertua ini iaitu Datuk Lee Chong Wei. Pemain perseorangan no 1 dunia ini bertemu pemain no 2 dunia iaitu Chen Long. Perlawanan disiarkan secara langsung di ASTRO 811. Adakah Lee Chong Wei berjaya mengekalkan rentak kemenangan dan meneruskan penguasaan di England ini? Berdasarkan keputusan lalu ia memihak kepada Lee Chong Wei yang berjaya menang 7 dan kalah 5 tapi perlawanan terakhir memihak kepada Chen Long.Mampukah pemain harapan negara untuk menang kali ketiga berturut-turut?
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan akhir badminton Terbuka Malaysia 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan badminton siri super Terbuka Malaysia 2013 sampai ke akhir. Nampaknya pasukan badminton negara mempunyai 2 wakil di peringkat akhir iaitu dalam acara perseorangan lelaki dan acara beregu campuran. Bagi acara perseorangan sudah semestinya pemain no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang akan meneruskan misi mendapatkan kejuaraan bagi kali kesembilan manakala pasangan beregu campuran no 3 dunia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying akan bertarung bagi merebut kejuaraan Terbuka Malaysia untuk kali pertama bagi mereka. Pasti kedua-dua peserta ini akan bermain habis-habisan untuk memberikan kegembiraan kepada penyokong badminton negara yang menonton di Stadium Putra Bukit Jalil yang akan bermula pada jam 2.00 petang nanti.

Mampukah mereka menceriakan penonton pada kejohanan kali ini menentang lawan masing-masing? Lawan Lee Chong Wei pada kali ini ialah pemain nombor lima dunia dari Indonesia iaitu Sony Dwi Kuncoro. Pasti ia bukan satu tugas mudah kerana pemain Indonesia itu pernah menewaskannya sebanyak 5 kali daripada 12 pertemuan. Ia pasti akan menjanjikan saingan sengit untuk beliau merealisasikan impian menjuarai kejohanan ini setelah berhempas pulas di separuh akhir menentang pemain Denmark, Jan Jorgensen pada separuh akhir lalu.

Bagi pasangan Chan Peng Song dan Goh Liu Ying pula ini merupakan waktunya bagi mereka memenangi kejohanan antarabangsa di Malaysia. Selaku pilihan pertama kejohanan pasangan beregu campuran ini perlu menundukkan pasangan dari Denmark yang juga pilihan kedua kejohanan iaitu Joachim Fischer Nielsen -CHristinna Pedersen. Bukan tugas mudah yang perlu dipikul namun dengan sokongan penyokong pasti mereka mampu melakukannya.
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Datuk Lee Chong Wei menang kejohanan Badminton Terbuka Korea 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya pemain no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2013 dengan langkah kanan apabila berjaya menjuarai kejohanan badminton terbuka Korea 2013. Perlawanan yang berlangsung pada hari ini telahpun tamat dimana hanya Datuk Lee Chong Wei selaku pemain perseorangan pertama negara yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir manakala pemain lain terkandas di pusingan sebelumnya.
Datuk Lee Chong Wei berjaya menjinakkan seorang lagi pemain Cina yang meningkat naik, DU Pengyu. Beliau menumbangkan wakil dari China itu dengan keputusan 21-15,21-15. Perlawanan yang berlangsung selama 42 minit itu menunjukkan betapa pemain Malaysia yang telah berusia 30 tahun itu masih menjadi harapan negara untuk melakar kejayaan di peringkat dunia. Agak malang bila pemain muda lain masih belum mampu mengikut jejak langkah beliau.

Keputusan perlawanan badminton terbuka Korea 2013

Beregu Wanita
Wang Xialo/ Yu Yang (China) vs Jin Ma/ Jinhua Tang (China) 21-17, 21-13
Beregu Lelaki
Lee Dae Yong/ Ko Sung Hyun (Korea) vs Mathias Boe/ Carsten Mogensen (Denmark) 19-21, 21-13, 21-10
Perseorangan Wanita
Sung Ji Hyun (Korea) vs Wang Shixian (China) 21-12, 22-20
Beregu Campuran
Zhang Nan/ Zhao Yunlei(China) vs Xu Chen/ Ma Jin (china) 13-21, 21-16, 21-13

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei (Malaysia) vs Du Pengyu 21-12, 21-15

lee chong wei
upload photos

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei.

Sekian

Please follow and like us:
error0