post

BAM : Pemain tidak menyerlah bakal digugurkan selepas Sukan Olimpik 2016

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengambil tindakan tegas dengan menggugurkan pemain elit dalam sukan badminton sekiranya mereka gagal menyerlah. Tindakan itu akan berkuatkuasa selepas Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.
Menurut Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, badan induk itu akan membuat penilaian secara terperinci terhadap setiap pemain dimana langkah ini bagi memberi ruang kepada pemain yang lebih layak dan muda.

Tindakan hanya dilakukan selepas Olimpik kerana BAM masih mahu pemain tersebut menjadi rakan sepelatih untuk pemain yang berpotensi. Berdasarkan pencapaian terbaharu, pemain perseorang negara, Chong Wei Feng dan Liew Darren yang beraksi pada Grand Prix Terbuka Emas Thailand di Bangkok tersingkir awal pada pertandingan itu.

liew-daren-chong-wei-feng
Walaubagaimanapun, amaran ini bukan ditujukan semata-mata pada 2 pemain perseorangan negara itu.Ia juga ditujukan pada pemain-pemain lain yang berada dalam bimbingan BAM.

Pada pandangan peribadi team ligakampung.com, peluang telah lama diberikan pada pemain badminton negara. Mereka masih kekal walaupun aksi mereka hanya sekadar di peringkat kelayakan sahaja. Mungkin mereka yang terbaik di peringkat tempatan tapi aksi di luar terlalu mengecewakan. Sepatutnya ruang diberikan kepada pemain muda untuk menimba pengalaman.
Ruang mencari pengalaman sepatutnya hanya pada pemain di bawah 23 tahun sahaja. Sekiranya pada umur 24-25 pemain itu tidak mampu berada dalam ranking 20 terbaik sepatutnya mereka boleh disingkirkan kecuali kes-kes tertentu(seperti kes Lee Chong Wei).

Sekarang ni pun banyak kelab professional di luar dan pemain elit badminton ini perlu berdikari sekiranya tidak mengambil peluang yang diberikan oleh BAM. Sepatutnya tanggungjawab BAM adalah untuk menghasilkan pemain berkualiti dan bukan memberikan peluang yang terlalu banyak kepada pemain yang rendah kelasnya. Biarlah kelab-kelab professional badminton yang membantu dan mencari idea untuk memajukan pemain yang telah mencapai tahap senior.
Cuma kami tertanya-tanya kenapa selepas Sukan Olimpik? Rasanya seawal tahun depan pun boleh sahaja dilaksanakan tindakan itu. Sekiranya mereka tidak mampu mencapai kelas tertinggi, apa guna Lee Chong Wei menjadikan mereka sparring partner?
Semoga tindakan itu dapat dilakukan dengan SEGERA bagi memberi peluang kepada pemain muda untuk lebih menyerlah..

Berita terkini Kejohanan Terbuka Emas Thailand 2015

scg-thailand-open-2015-poster

Beregu lelaki negara Ow Yao Han- Chooi Kah Ming yang berada diranking 94 berjaya menumpaskan pemain ranking ke 25 Wang Yilv-Zhang Wen dari CHina dengan keputusan 21-19, 14-21, 21-15 untuk melangkah ke suku akhir kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Thailand 2015.
Mereka akan bertemu beregu veteran, Tan Boon Heong/ Koo Kien Keat selepas ini.
Dan kejutan terbesar apabila pemain wanita perseorang negara, Tee Jing Yi menumpaskan pilihan ketujuh Porntip Buranaprasertsuk dari Thailand dengan keputusan 21-19, 19-21, 21-16 untuk melangkah ke suku akhir. Selain itu, Amelia Anscelly-Soong Fie Cho  juga akan ke separuh akhir bertemu pasangan Korea Selatan. Begitu juga pasangan Vivian Hoo-Woon Khe Wei  yang akan berhadapan pasangan Korea Selatan juga.Semoga mampu meneruskan kemaraan hingga mencapai juara.

Please follow and like us:
error0
post

Chong Wei, Zulfadli kandas awal di Terbuka Korea Selatan

Jika banyak media memfokuskan kepada Chong Wei yang ditunjukkan jalan pada kejohanan Terbuka Korea 2015, blog ligakampung.com juga ingin berkongsi pemain yang juga harapan Zulfadli Zulfikli juga tersingkir awal.
Sememangnya kegagalan Lee Chong Wei lebih dirasai kerana beliau merupakan satu-satunya harapan bagi badminton negara untuk mencapai sesuatu kejuaraan. Chong Wei yang kini berada dalam ranking ke 28 dunia dikejutkan oleh pemain muda dari Korea Selatan, Heo Kwang Hee dengan keputusan 19-21, 19-21.

heo-kwang
Kekalahan ini menyaksikan pemain juara remaja dunia 2013 itu berjaya menebus kekalahan pada siri Terbuka Jepun pada minggu lalu.

Pada kejohanan Terbuka Jepun minggu lalu, Chong Wei tewas pada pusingan kedua kepada jaguh dari China, Lin Dan. Pencapaian ini menimbulkan tanda tanya adakah pingat emas Olimpik 2016 yang diharapkan melalui bekas pemain perseorang pertama dunia ini mampu dicapai. Jika ditanya pada kami, jawapannya adalah teramat SUKAR.
Ini kerana berdasarkan prestasi semasa, Lee Chong Wei sudah semakin SUKAR untuk menang bertemu seteru utama seperti Lin Dan dan Chen Long. Malahan kekalahan pada pemain muda dari Korea ini juga memberi sedikit petanda bahawa cabaran yang dihadapi oleh beliau pada tahun ini dan tahun hadapan lebih besar. Kemungkinan pemain berusia 33 tahun ini sudah mula hilang sengatnya dan permainan sudah semakin perlahan.

Manakala, Zulfadli pula pencapaiannya biasa sahaja. Jika pemain Korea Selatan berusia 20 tahun sudah mampu menumbangkan Chong Wei, beliau yang pernah menyandang Juara Dunia 2011 masih tidak mampu bersaing dengan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto. Walaupun ranking Tommy lebih baik namun berdasarkan keputusan menunjukkan perbezaan antara pemain muda negara dan pemain muda Korea Selatan itu. Tiada kejutan mampu dilakukan.
Semoga akan ada sinar badminton negara pada tahun ini. Janganlah terlalu mengharap sangat pada kudrat Datuk Lee Chong Wei. Mungkin beliau sudah boleh memikirkan persaraan jika beliau tidak dapat mengembalikan PRESTASI terbaiknya.

Please follow and like us:
error0
post

Kejohanan Akhir Badminton Dunia 2015 – Lee Chong Wei tersungkur di tangan Chen Long

Impian Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi Kejohanan Badminton 2015 terkubur pada perlawanan akhir pada hari ini. Pemain badminton utama Malaysia berusia 32 tahun itu tumpas ditangan penyandang juara iaitu Chen Long dari China dengan keputusan 14-21, 17-21 di Stadium Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.
Perlawanan ini merupakan 4 kali Datuk Lee Chong Wei hanya mampu bergelar naib juara bagi Kejohanan Dunia dan kemungkinan ini adalah penyertaan terakhirnya dalam Kejohanan Badminton Dunia. Ini kerana dengan usianya agak sukar untuk Lee Chong Wei bersaing dengan pemain-pemain yang lebih muda.

chong-wei

Lee Chong Wei menyertai kejohanan ini sebagai wakil ‘wild card’ selepas kembali beraksi selepas 8 bulan digantung. Secara keseluruhan, aksi pemain Malaysia seperti biasa. Walaupun ada pemain yang melakukan kejutan menumbangkan pemain yang mempunyai ranking lebih baik namun seperti biasa tiada yang mampu mara jauh.
Berdasarkan keputusan ini, mungkin agak sukar bagi harapan mendapatkan emas di Sukan Olimpik 2016. Mungkin sekarang ni pihak berkaitan perlu mengambil tindakan drastik terhadap pemain yang berpotensi untuk maju. Pemain perseorangan negara, Zulfadli Zulkifli perlu mengambil tindakan drastik dengan menukar jurulatih yang lebih berkaliber.
Keputusan yang tidak konsisten dihasilkan tatkala umurnya telah mencapai 22 tahun adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian. Pemain-pemain seusianya telah mula berkembang dan bersaing tetapi beliau masih lagi sukar untuk melangkah jauh dalam kejohanan-kejohanan yang disertai.

Pemain beregu lelaki dan wanita pula tidak boleh berpuas hati dengan mengalahkan pemain yang lebih baik ranking sebaliknya perlu mensasarkan sekurang-kurangnya ke separuh akhir di kejohanan yang disertai.
Keputusan Lain Kejohanan Akhir Badminton Dunia 2015

Perseorangan Wanita

Marin vs Nehwal 21-16, 21-19

Beregu Wanita
Zhao Yunlei/Tian Qing vs Christinna Pederson/Kamillia Rytter Juhr 23-25, 21-8, 21-5

Beregu Campuran
Zhang nan/Zhao Yunlei vs Liu Cheng/Bao Yixin 21-17, 21-11

Beregu lelaki
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan vs Liu Xiaolong/Qiu Zihan 21-17, 21-14

Please follow and like us:
error0
post

Wakil Kejohanan Badminton Dunia 2015 : Wei Feng atau Zulfadli disingkir

Bagi peminat Badminton mungkin mengetahui bahawa bekas pemain no 1 dunia, Lee Chong Wei telah dibenarkan untuk beraksi selepas tamat tempoh penggantungan tempohari. Selepas kembali, ranking beliau jatuh ke tempat 45. Ia ekoran tidak menyertai sebagarang kejohanan selama 7 bulan.
Ranking tersebut menyebabkan beliau sebagai pemain ketiga negara. Ini menimbulan isu apabila Kejohanan Badminton Dunia 2015 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Ogos depan. Ini berikutan Malaysia hanya dibenarkan menghantar 2 pemain sahaja pada kejohanan dunia kerana pemain-pemain yang lain berada dalam kelompok ranking dunia 25-150.

Isu ini menimbulkan persoalan kerana 2 pemain iaitu Chong Wei Feng dan Zulfadli yang telah layak secara merit perlu dikorbankan jika ingin membenarkan Lee Chong Wei beraksi pada kejohanan ini. Persatuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan untuk tidak memberikan tiket wild-card pada tahun ini dan menyebabkan BAM selaku badan induk badminton negara perlu membuat keputusan.

wei-feng-zulfadli

Siapa lebih layak ? Chong Wei Feng atau Zulfali ?

Sudah pasti, kedua-dua pemain Chong Wei Feng dan Zulfadli tidak mahu melepaskan hak mereka yang layak secara merit. Namun pengorbanan perlu dilakukan untuk memberikan peluang mendapatkan pingat melalui Lee Chong Wei.

Sememangnya agak sukar untuk memilih salah seorang pemain kerana prestasi kedua-dua pemain agak setara. Tiada yang lebih baik dan tidak terlalu kurang. Jadi sukar untuk menilai berdasarkan ranking sahaja. Mungkin boleh diadakan perlawanan antara mereka untuk menentukan siapa yang patut layak.

Lee Chong Wei

Atau Chong Wei yang patut disingkirkan ?

Pada pandangan anda pula bagaimana ? Adakah anda rasa Wei Feng atau Zulfadli perlu disingkir? Atau mungkin ada yang berpendapat supaya Lee Chong Wei yang tidak perlu disenaraikan? Bincang-bincangkan sikit.

Please follow and like us:
error0
post

Kegagalan Skuad Badminton di Super Series Terbuka Malaysia 2015

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2015 mencatat keputusan yang teruk bagi skuad badminton negara. Seperti dijangka tiada wakil di perlawanan akhir yang berlangsung pada hari ini namun yang lebih memburukkan lagi apabila tiada langsung wakil di peringkat separuh akhir.
Di tambah lagi dengan kemelut jurulatih BAM yang tidak menyambung kontrak pasti ia akan menjadi tanda tanya bagi peminat badminton negara.
malaysia-open-2015

Sememangnya ia satu tamparan besar selaku tuan rumah kejohanan yang berprestij ini. Kegagalan beberapa pemain di pusingan awal menandakan bahawa mereka sudah patut disingkirkan dari BAM. Persatuan Badminton terulung negara itu perlu mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan berbanding mengharapkan pemain senior yang sudah tidak mampu untuk bersaing di kelompok teratas lagi.
Bukan sahaja BAM, pasukan kelab juga perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan ini. Walaupun tanggungjawab mereka tidak sebesar BAM namun mereka perlu menghadirkan jagoan di arena antarabangsa. Pemain kelab seperti Zulfadli Zulkifli, Misbun Ramdan, Arif Latif sepatutnya sudah berada dalam kelompok pemain terbaik dan bukan sekadar hanya memenangi kejohanan bertaraf kebangsaan ataupun level rendah.
Mereka sepatutnya sudah mampu bersaing untuk merebut 10 pemain terbaik dunia dengan memenangi sekurang-kurangnya 1 kejohanan Super Series. Begitu juga dengan pemain wanita yang sebelum ini mempunyai potensi untuk maju.

Pasukan BAM dan professional perlu mencari idea untuk memajukan pasukan badminton supaya tidak jauh dari pasukan lain. Tidak perlu terlalu mengharap kepada keputusan doping Datuk Lee Chong Wei. Beri tumpuan untuk memajukan pemain badminton negara dan seeloknya memberikan keputusan tegas kepada pemain yang sudah berkali-kali diberi peluang. Kurangkan pemain dan beri tumpuan kepada yang sepatutnya layak sahaja. Jika tiada usaha untuk memajukan barisan pelapis, maka kita hanya akan melihat sahaja barisan pemain luar menyapu bersih pingat bagi kejohanan Terbuka Malaysia untuk tahun-tahun seterusnya.

Sekian. Harapan dari seorang peminat badminton negara.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Piala Thomas 21 Mei 2014 – Malaysia vs Korea

Perlawanan ketiga dalam Kumpulan C bagi kejohanan badminton Piala Thomas 2014. Perlawanan pada hari ini untuk menentukan pasukan yang bergelar juara Kumpulan C. Sudah pasti kemenangan diharapkan agar memberi peluang lebih mudah di peringkat seterusnya.
Perlawanan pada hari ini seimbang dimana pasukan Malaysia berpeluang untuk menumbangkan skuad Korea Selatan. Secara realistiknya, pemain perseorangan Malaysia boleh mengutip mata pertama untuk skuad kebangsaan begitu juga dengan beregu no 1 Korea Selatan.
Yang lainnya agak seimbang namun sebarang keputusan boleh berlaku. Walaubagaimanapun skuad negara telah layak ke pusingan seterusnya selepas menumbangkan India dan Jerman tempohari.
Nampak satu perkara menarik apabila ketua pasukan yang juga perseorangan ketiga negara , Liew Darren digantikan dengan Goh Soon Huat. Mampukah pemain muda ini mengalas cabaran dalam mendapatkan mata ?

Keputusan perlawanan Piala Thomas 21.5.204 – Malaysia vs Korea Selatan

3-2

Perseorangan Pertama
Lee Chong Wei vs Son Wan Ho 21-17, 21-17
lee chong wei
upload pics

** Lee Chong Wei berjaya menumbangkan pemain perseorangan pertama Korea Selatan. Walaupun ditentang hebat namun pengalaman memisahkan kedua pemain.

Beregu Pertama
Tan Boon Heong/ Hoon Thien How vs Lee Dae Yong/ Yoo Yeon Seong 19-21, 19-21
** Pertarungan yang sengit namun keputusan tidak memihak kepada pasangan beregu negara yang baharu sahaja digabungkan.

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng vs Lee Dong Keun 19-21, 21-17, 21-14
** Chong Wei Feng berjaya mendapatkan mata kedua negara selepas berhempas pulas bermain dalam rubber-set untuk menumpaskan perseorangan kedua Korea Selatan..

Beregu Kedua
Tan Kiong Wee/ Goh V Shem vs Kim Sa Rang/ Kim Ki Jung 21-17,21-19
** Tahniah kepada beregu kedua negara yang berjaya menumpaskan beregu Korea sekaligus memberi mata kemenangan kepada pasukan badminton negara..

Perseorangan Ketiga
Goh Soon Huat vs Soo Hwang Jong 21-23, 15-21
** Nampaknya perseorangan ketiga negara Goh Soon Huat tidak mampu melakar kejutan. Nampaknya ada kesukaran di posisi ini untuk perlawanan akan datang.

Please follow and like us:
error0

Lee Chong Wei menang Juara Seluruh England 2014

Mungkin sedikit terlewat menulis artikel mengenai kejayaan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya memenangi kejuaraan badminton All England 2014. Pemain badminton lagenda dari Malaysia ini berjaya membenam musuh tradisi dari China, Chen Long pada perlawanan akhir di Arena Tertutup Nasional Birmingham, England.
Kemenangan kejohanan berprestij ini mengambil masa selama 59 minit dimana beliau berjaya melakar kemenangan straight set 21-13 dan 21-18. Kemenangan ini sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada beliau untuk merealisasikan harapan mencapai beberapa kejohanan yang belum beliau miliki seperti Sukan Asia dan Kejohanan Dunia pada tahun ini.
badminton-leechongwei
Walaupun umurnya telah mencecah 32 tahun namun beliau masih mampu menumbangkan Chen Long yang hanya berusia 25 tahun itu dengan tenang dan bijak mempelbagaikan cara permainan untuk memerangkap salah seorang pemain yang mampu menumbangkan beliau.

Malahan cabaran yang dihadapi beliau dalam kejohanan ini juga agak getir apabila hampir ditumbangkan pada separuh akhir di atas pemain bukan pilihan dari Korea dengan keputusan 14-21, 21-19 dan 21-15. Namun beliau bangkit dan seterusnya membuktikan kebolehan beliau untuk menjuarai kejohanan ini. Sememangnya ia merupakan pencapaian yang hebat namun perlu juga ada pelapis bagi meneruskan kesinambungan legasi beliau.
Setakat ini memang tidak nampak pemain badminton samada dalam sebarang acara sekalipun untuk menjadi calon juara. Semoga akan ada pembaharuan dari agensi berkaitan terutama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melahirkan jagoan di peringkat dunia sekaligus mengembalikan sengat sukan badminton di arena antarabangsa.

Please follow and like us:
error0
post

Chong Wei tidak letak sasaran di All-England

Kejohanan badminton All-England 2014 akan berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham pada 4-9 Mac ini namun pemain harapan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak meletakkan sasaran tinggi.
Walaupun diramalkan mendapat laluan mudah namun pemain nombor satu dunia itu lebih memberikan tumpuan kepada kejohanan lain seperti Piala Thomas di New Delhi, India (18-25 Mei), Sukan Komanwel , Glagsow, Scotland (21 Julai – 4 Ogos), Kejohanan Dunia BWF di Copenhagen, Denmark (25-31 Ogos) dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan (28 Sept- 5 Okt).

Lee Chong Wei pernah memenangi kejuaraan All-England pada 2010 dan 2011 dan berdasarkan undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Chong Wei dijangka mendapat laluan mudah selaku pilihan utama kejohanan berdepan Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand pada perlawanan pusingan pertama sebelum dijangka menentang rakan sepasukan, Chong Wei Feng atau Marc Zwiebler dari Jerman pada pusingan kedua.

Seterusnya, Chong Wei dijangka berdepan pencabarnya Du Pengyu dari China yang turun selaku pemain pilihan ketujuh dalam saingan suku akhir. Pada peringkat separuh akhir pula, Chong Wei mungkin berdepan pemain pilihan keempat Jan O Jorgensen dari Denmark atau pemain pilihan kelima dari Jepun, Kenichi Tago.
– BERNAMA

Sememangnya beliau tidak perlu menekan untuk menjuarai kejohanan All England ini. Mungkin sasaran yang perlu dikejar ialah Kejohanan Dunia BWf dan Sukan Asia yang masih belum mampu dimenangi. Manakala kejohanan Piala Thomas itu rasanya peluang samar kerana ianya secara berkumpulan manakala Sukan Komanwel bukanlah tahap yang dibanggakan bagi sukan badminton. Mungkin beliau perlu memberi keutamaan sebelum mengambil keputusan bersara.
lee chong wei lin dan
Sambil tu saksikan perlawanan pertunjukan dimana Lee Chong Wei dan Lin Dan bergabung sebagai satu regu menentang beregu Cai Yun/ FU Haifeng

Please follow and like us:
error0