post

Sistem 11 mata lebih kompetitif

Baru-baru ini terdapat ura-ura untuk memperkenalkan kiraan sistem 11 mata bagi kejohanan badminton. Terdapat beberapa kejohanan telah menggunakan sistem kiraan 11 mata sebagai eksperimen.
Menurut Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang juga bekas pemain badminton Denmark, Poul-Erik Hoyer Larsen, perubahan ini mampu memberi galakan kepada pemain muda untuk lebih kompetitif dalam permainan yang lebih pantas.

The new president of the Badminton World Federation (BWF) Poul-Erik Hoyer of Denmark speaks during a news conference after the BWF Annual General Meeting in Kuala Lumpur May 18, 2013. REUTERS/Bazuki Muhammad

Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer Larsen

“Tiga perkara saya cuba hendak tekankan, pertama, kita tahu generasi muda mahu keputusan yang cepat, dan ini dapat menarik minat mereka menceburi sukan badminton.

“(Mereka juga mahu) cepat memenangi perlawanan, lebih agresif dan ini menjadikan perlawanan bertambah menarik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Liga SS Purple 2016/17.
Sebelum ini, BWF memberi dua pilihan di bawah sistem permarkahan baharu itu, sekiranya kedua-dua pemain mencapai 10 mata, iaitu dengan menetapkan kelebihan dua mata atau maksimum 15 mata untuk menentukan pemenang.

Sebuah portal sukan melaporkan sistem permarkahan 11 mata dicadangkan BWF itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada pemain terutama pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang menyokong sistem 11 mata itu kerana ia memberi kelebihan kepada pemain berpengalaman.

“Saya merasakan pendapat itu (daripada Chong Wei) adalah baik, kami sudah menguji sistem permarkahan baharu itu, tetapi tiada bukti daripada mana-mana kajian pemain berpengalaman akan meraih lebih banyak kemenangan.

“Pemain perlu kepada ketangkasan, jika mereka yang mempunyai kekuatan mental semasa beraksi dalam sesuatu perlawanan itu ketika kedudukan mata terikat, mereka mungkin memiliki kelebihan,” sambungnya.
– BERNAMA

Ligakampung.com merasakan ia mungkin satu kaedah yang bagus untuk sukan badminton itu sendiri. Dengan sistem kiraan ini mungkin pemain akan lebih pantas dan tidak membuang mata dengan mudah. Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mengejar pemain yang mendahului kerana jurang mata tidak terlalu jauh sekiranya ketinggalan.

Please follow and like us:
error0
post

Goh V Shem/Tan Wee Kiong juarai Super Series Terbuka Denmark

Pemenang pingat Perak Olimpik, Goh V Shem/Tan Wee Kiong berjaya memenangai kejohanan Super Series pertama apabila berjaya memenangai Terbuka Denmark di Odense.
Pasangan beregu no 1 negara itu berhempas pulas untuk menumbangkan pasangan dari Thailand Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuapet dengan keputusan 14-21, 22-20, 21-19 dalam aksi 61 minit.

Kemenangan ini pasti memberikan motivasi terbaik selepasa pasangan ini memeneangi GP Terbuka US pada tahun lepas dan Kejohanan Syed Modi pada Januari lalu.
Selain itu, pasangan Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani berjaya memenangi beregu di Kejohanan Siri Antarabangsa Swiss selepas menumpaskan rakan senegara Aaron Chia-Wong Wai Jun dengan keputusan 21-18, 21-12.

Tahniah kepada pasangan beregu negara ini. Pasti ranking mereka akan terus melonjak selepas ini.

Please follow and like us:
error0
post

V Shem- Wee Kiong tempat pertama SuperSeries

Pemenang pingat perak beregu badminton Olimpik Negara, Goh V Shem- Tan Wee Kiong mencatat sejarah tersendiri apabila menduduki tangga pertama SuperSeries.
Pada Jumaat lalu, Persatuan Badminton Dunia (BWF) mencatatkan pasangan beregu pertama negara itu di menduduki tangga pertama selepas pasangan Kore Selatan, Lee Dong Yae/ Yoo Yeon Seong akan berpecah.
Ini kerana Lee Yong Dae telah memutuskan untuk bersara selepas menjuarai Kejohanan Terbuka Korea pada bulan hadapan.

Mungkin ramai akan keliru kerana mereka adalah pasangan no 7 dunia dan hanya mampu melangkah tiga separuh akhir sahaja tahun ini iaitu di All England, Terbuka India dan Terbuka Korea serta suku akhir di Terbuka Indonesia.
Kedudukan ini amat penting bagi mereka kerana hanya 8 pasangan yang akan bertarung dalam Kejohanan Akhir Superseries yang akan berlangsung di Dubai pada 14-18 Disember ini.

Ligakampung.com berharap V Shem- Wee Kiong perlu menggunakan kesempatan ini untuk beraksi dengan lebih baik. Berada dalam kedudukan terbaik ini akan memberikan tekanan kepada mereka untuk beraksi lebih baik namun itu adalah cabaran bagi atlet seperti mereka.

Please follow and like us:
error0
post

Badminton : Sistem kiraan 11 atau 21 ?

Sistem kiraan dalam permainan badminton berubah lagi. Jika 10 tahun lalu, Persatuan Badminton Dunia (BWF) memperkenalkan kiraan 21 mata menggantikan kiraan 15 mata, dijangkakan satu sistem kiraan 11 mata (5 game ) diperkenalkan.
Sebelum ini ada dicuba dalam beberapa kejohanan kecil termasuk di kejohanan Purple League di Malaysia tapi baru-baru ini di Kejohanan Masters Taiwan juga eksperimen itu cuba dilakukan.

Kaedah yang diperkenalkan ialah perlawanan diadakan untuk mengambil 3 set terbaik bagi setiap perlawanan. Ini bermaksud, 5 set maksimum dengan penggunaan kiraan penamat adalah 11 mata atau 2 mata perbezaan (jika terikat 10-10).
Ligakampung.com tidak arif untuk komen dengan lebih lanjut namun berdasarkan pengiraan baru ini, mungkin perlawanan akan jadi lebih pantas. Para pemain kena sentiasa FOKUS dan tidak boleh melakukan kesilapan mudah. Pemain-pemain yang lambat panas mungkin mengalami sedikit kesusahan untuk beraksi dalam sistem ini.

Diharap para pemain badminton negara telah BERSEDIA dengan sebarang kemungkinan perubahan yang bakal dilakukan oleh BWF ini. Jangan nanti memberi ALASAN kegagalan akibat tidak biasa dengan sistem baru ini.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah anda merasakan sistem kiraan 11 ini lebih baik dari kiraan 21 atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda disini.

Please follow and like us:
error0
post

Kian Meng/Pei Jing juarai beregu campuran Kejohanan Terbuka Thailand

Beregu campuran negara, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing berjaya memenangi kejohanan Emas GP pertama mereka.
Beregu campuran yang semakin meningkat naik ini berjaya memenangi kejohanan di Terbuka Thailand selepas menumbangkan pasangan dari Hong Kong Tang Chun Man/Tse Ying Suet dengan keputusan 21-16, 22-20.

Pasangan negara yang menjadi pemain pilihan ketiga kejohanan ini berjaya menumbangkan lawan dalam masa 39 minit. Kemenangan ini membolehkan mereka mengondol wang sebanyak US$9,480 (RM39,380).Sebelum ini pasangan ini pernah memenangi Kejohanan Terbuka Vietnam namun ia adalah kelas tiga.
Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu campuran negara. Cuma dalam kejohanan ini terdapat beberapa wakil dari Thailand dimana perseorangan lelaki dan beregu wanita dimenangi oleh pemain dari Thailand manakala pemain perseorangan wanita mereka menjadi naib johan.
Adakah ini bermakna Thailand telah mula mengorak langkah untuk menghasilkan pemain terbaik sedangkan Malaysia masih lagi mengharapkan kepada beberapa nama lama?

Please follow and like us:
error0

Chong Wei nafi ada aset RM300 juta

Sebelum ini heboh diperkatakan, Datuk Lee Chong Wei memiliki aset bernilai RM300 juta yang dilaporkan oleh thecelebritiesnetworth.com.
Selaku pemain no 1 dunia, beliau bukan sahaja menang dalam banyak pertandingan yang menawarkan hadiah wang yang lumayan malahan menjadi duta pelbagai syarikat yang menggunakan wajah dan namanya untuk melariskan produk mereka.

Selain mendapat pendapatan hasil kemenangan, penajaan serta elaun beliau juga memiliki syarikat pemaju perumahan dengan nama Chong Wei Binajaya dimana beliau memegang jawatan selaku Pengarah Eksekutif dalam syarikat tersebut.
Sebuah kompleks sukan di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur juga diberitakan dimiliki oleh badminton no 1 dunia ini.

SkyLine GTR milik Lee Chong Wei

SkyLine GTR milik Lee Chong Wei

Beliau juga memiliki pelbagai kereta mewah seperti Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe dan banyak lagi.
Namun baru-baru ini, Chong Wei menafikan berita yang beliau memiliki RM300 juta. Beliau memaklumkan bahawa sukar untuk ahli sukan di negara ini memiliki jumlah aset seperti ini.

Sumber :- Sinar Harian
Ligakampung.com tidak mengetahui kesahihan samada kenyataan dari Lee Chong Wei atau portal celebritiesnetworth.com tapi memang tak terkejut jika aset beliau sebanyak itu berdasarkan banyaknya penajaan dan juga kemampuan beliau menubuhkan syarikat pemaju perumahan.
Apatah lagi baru-baru ini beliau mendapat secara percuma sebuah kondomunium berharga jutaan ringgit. Nampak macam mudah je, menjadi seorang pemain badminton dan berjaya menjadi jutawan tapi ia bukan semudah yang disangka. Banyak juga pemain badminton negara yang kecundang di tengah jalan.

Jadi kepada para pembaca, janganlah cemburu dengan kejayaan mereka. Untuk sampai ke tahap ini kebiasannya mereka perlu berkorban terlalu banyak masa berbanding kita. Kalau ada yang bercita-cita nak Anak mereka menjadi seperti Lee Chong Wei, anda juga perlu melakukan PENGORBANAN yang cukup tinggi.

Please follow and like us:
error0
post

BAM bakal lakukan rombakan

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melakukan penyusunan semula pasukan dan pemain negara bagi mengekalkan kuasa selaku pencabar utama pingat Olimpik yang akan berlangsung 4 tahun lagi di Tokyo.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai dalam satu kenyataan memberitahu bahawa BAM telah membuat keputusan untuk membuat rombakan bagi mendapatkan sasaran untuk 4 tahun akan datang.

Dalam aksi di Olimpik Rio, badminton menyumbang 3 pingat perak melalui Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dalam acara beregu lelaki dan pasangan beregu campuran Chan Peng Soon- Goh Liu Ying. Prestasi itu cukup membanggakan dan pencapaian terbaik pasukan badminton dalam kejohanan Olimpik.

Berkenaan status jurulatih negara, Hendrawan yang kini membimbing Chong Wei, Chin Chai akan meneruskan khidmatnya sebagai jurulatih perseorangan negara walaupun selepas Chong Wei bersara.

Menurutnya, BAM sedang dalam perancangan untuk melahirkan beberapa pemain yang mampu berada di kedudukan 10 terbaik dunia supaya skuad badminton negara mampu mengapai pingat di Olimpik.

Bagi Ligakampung.com, dalam tempoh 4 tahun ini, BAM perlu bekerjasama dengan kelab professional untuk mencari pemain pelapis dan bukan mengharapkan dari pemain BAM sahaja. Selain itu, pemain-pemain juga perlu mengambil peluang selepas persaraan Lee Chong Wei nanti. Ini kerana secara amnya, pada peringkat ini kemampuan para pemain agak setara dan tiada yang terlalu menonjol seperti Lee Chong Wei sebelum ini. Mereka perlu membuktikan mereka juga mampu menjadi pemain bertaraf dunia. Mungkin untuk mencari pemain lagenda seperti Lee Chong Wei agak sukar dalam tempoh terdekat ini namun pemain sediaada perlu dibentuk agar mampu untuk bersaing dengan pemain muda seperti Victor Axelsen, Kento Momota dan sebagainya. Mereka ini akan menjadi pemain pencabar untuk sukan Olimpik nanti.

| Surat Lin Dan kepada Lee Chong Wei Palsu, Chong Wei nafikan menerima surat dari Lin Dan |

Selain itu, BAM juga boleh melakukan rombakan terhadap organisasi mereka jika tidak mencapai KPI yang ditetapkan. Ia penting bagi memastikan kualiti badminton negara mampu setanding dengan kuasa besar lain.

Semoga sukan badminton mampu berkembang. ‘SUKAN UNTUK KITA”.

Please follow and like us:
error0
post

Pemain badminton Denmark berlatih dengan Misbun

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya kehebatan pasukan Denmark menjuarai Piala Thomas pada kali ini. Apakah resipinya?
Walaupun mungkin bukan yang utama, namun tahukah anda yang pemain badminton Denmark ada menjalani latihan dengan lagenda, Misbun Sidek dan Jalani Sidek di Kelab Badminton Nusa Mahsuri baru-baru ini.
misbun-pemain-denmark

Pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus dan Jan O Jorgensen sempat berguru dengan Misbun sebelum berlangsungnya Kejohanan Terbuka Malaysia pada bulan lepas. Mereka juga sering bertemu untuk menimba ilmu jurulatih yang pernah membimbing Datuk Lee Chong Wei sikit masa lalu.
Menurut Jalani, pemain Denmark tersebut telah berguru selama dua minggu dan menetapkan sasaran untuk menjulang Piala Thomas dan Sukan Olimpik.

alani berkata Misbun tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan mana-mana pemain yang mahukan pengalaman serta tunjuk ajar.

“Pemain Denmark adalah pemain kelab, segala perbelanjaan untuk menjalani latihan itu ditanggung sendiri dan tidak melibatkan persatuan negara berkenaan.

Jadi, pemain mereka bebas untuk ke mana sahaja menjalani latihan.

“Mereka berjumpa Misbun kerana ingin mengetahui bagaimana Chong Wei masih kompetif sehingga kini.

Nampaknya pemain Denmark mempunyai strategi yang membuahkan hasil apabila berjaya menjulang Piala Thomas buat kali pertama. Ia juga memberikan petanda bahawa betapa berharganya pengalaman jurulatih tempatan yang sepatutnya digunakan sehabis baik oleh pihak berkaitan.

Please follow and like us:
error0