post

Apa dilakukan atlet professional selepas bersara ?

Kehidupan seorang atlet professional memang dipenuhi dengan aktiviti. Samada atlet yang mengeluarkan peluh atau yang menggunakan otak. Mereka akan mempunyai aktiviti untuk meningkatkan prestasi mereka.
Latihan adalah aktiviti wajib bagi mereka yang menggunakan medium sukan untuk mencari rezeki. Ia penting bagi memastikan mereka sentiasa berada dalam prestasi terbaik menjelang acara-acara yang disertai.
Namun profession sebagai seorang atlet kebiasannya agak singkat. Kebanyakan atlet hanya mampu beraksi dalam peringkat tertinggi dalam tempoh 10-15 tahun sahaja. Selepas itu, keadaan fizikal semakin mengurang dan terpaksa mencari rezeki di lapangan yang lain.

Walaupun ligakampung.com bukanlah atlet dalam mana-mana lapangan sukan namun atas kapasiti blog sukan, kami ingin berkongsi aktiviti yang dilakukan oleh kebanyakan atlet sukan tempatan selepas bersara. Antaranya ialah :-

1) Menjadi jurulatih. Kebiasannya atlet yang telah meninggalkan acara besar akan mula berkecimpung dalam arena kejurulatihan. Ini mungkin kerana mereka masih sayang dengan sukan yang pernah disertai dulu. Cuba kita lihat jurulatih dalam bolasepak Malaysia. Hampir kebanyakan jurulatih tempatan mempunyai sejarah dalam bolasepak tempatan.

watson-nyambek

Watson Nyambek bekas pelari kebangsaan telah menjadi jurulatih

Begitu juga dengan sukan lain. Mereka yang berpengalaman dalam sukan itu sememangnya adalah individu yang sesuai menjadi jurulatih bagi mendidik bakat-bakat baru. Penglibatan mereka dalam kejurulatihan juga membantu mengurangkan jurulatih import diambil.

2) Kerja selain sukan. Ada juga yang terpaksa mencari rezeki selain sukan. Mungkin tiada jodoh dalam sukan maka mereka mencari kerja lain yang boleh menjamin masa hadapan. Admin banyak melihat beberapa atlet sukan yang bekerja di jabatan kerajaan serta universiti. Walaupun mereka tidak berjawatan sukan namun kadangkala dipanggil membantu pasukan sukan masing-masing.

3) Berniaga. Ada juga atlet yang bijak mengumpul duit tatkala ketika berada dalam lapangan sukan. Mereka mengumpul dan seterusnya mencari peluang perniagaan. Ada yang berniaga berkaitan sukan dan ada juga yang tidak. Yang penting mereka mencari rezeki yang halal.

4) Menjadi tenaga pengajar. Bukan sebagai jurulatih tapi mungkin sebagai pensyarah atau cikgu. Kebiasaanya mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembimbingan sukan.

5) Menjadi pengulas sukan. Ada juga atlet yang menjadi pengulas sukan. Sharon Wee, Asmawi Bakiri merupakan beberapa nama yang mula menceburi bidang pengulas sukan selepas bersara.

 

Itu serba sedikit mengenai apa yang dilakukan oleh atlet sebagai sukan. Walaupun karier sukan biasanya tidak panjang namun sekiranya bijak menggunakan peluang ia mampu memberikan pendapatan yang lumayan. Yang penting perancangan perlu dilakukan ketika sedang dalam kemuncak.
Jangan boros ketika banyak duit sebaliknya atlet kena bijak menguruskan kewangan mereka.

Ada juga atlet-atlet yang kehidupannya melarat selepas bersara. Mungkin ada sebab-sebab tertentu menyebabkan mereka begitu. Namun ada organisasi seperti Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan yang membantu atlet-atlet yang kurang bernasib baik. Semoga kehidupan mereka terbela selepas berusaha mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Please follow and like us:
error0

Khairul Fahmi dan Nicol David , atlet sukan paling popular 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Harian Metro yang telah menjalankan satu kajian melalui pemilihan pembaca mendapati Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol kebangsaan dan Nicol David, ratu skuasy negara menjadi pilihan sebagai personaliti paling berwibawa sepanjang 2011. Memang tidak dapat dinafikan 2 atlet ini berjaya membantu meningkatkan pasukan kebangsaan dalam sukan yang diceburi. Khairul Fahmi Che Mat berjaya membantu pasukan Kelantan menjadi juara Liga Super serta membantu pasukan Harimau Muda memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 manakala Datuk Nicol David mengekalkan status sebagai pemain skuash wanita no 1 dunia.

Pastinya kejayaan mereka ini membantu dalam proses pemilihan yang dibuat melalui kajian Harian Metro..
Keputusan undian untuk Atlet Lelaki Pilihan

1. Khairul Fahmi 57 % (bolasepak)

Image Hosting
2. Baddrol Bakhtiar 20 % (bolasepak)

Image Hosting
3. Saffe Sali 12% (bolasepak)

Image Hosting
4. Nazmi Faiz 6% (bolasepak)

Image Hosting
5. Datuk Lee Chong Wei (5 %)

Image Hosting

Secara peribadi agak terkejut bila tiada nama Azizulhasni Awang. Malahan pencapaian Datuk Lee Chong Wei mengekalkan gelaran badminton no 1 masih tidak mampu mengugat populariti pemain bolasepak kebangsaan. Agak terkejut bila Nazmi Faiz pun terpilih sedangkan beliau baru je menyinar. Ini mungkin disebabkan bolasepak merupakan sukan no 1 di negara yang menolak terus populariti sukan lain.

Keputusan Undian Untuk Atlet Wanita Pilihan

1. Datuk Nicol David 57% (skuash)

Image Hosting
2. Fatehah Mustapha 14% (basikal)

Image Hosting
3. Leong Mun Yee 10%(terjun)

Image Hosting
4. Pandelela Rinong 6% (terjun)

Image Hosting
5. Roslinda Samsu 3% (lompat bergalah)

Image Hosting

Keputusan Datuk Nicol David memang dijangkakan. Nampaknya kejayaan Fatehah Mustapha yang menyinar diperingkat antarabangsa kini memungkinkan terdapat minat terhadap sukan lumba basikal di kalangan wanita.. Memang atlet wanita di Malaysia agak kurang menyinar di arena antarabangsa. Walaubagaimanapun mungkin terdapat atlet seperti sukan bowling namun agak kurang popular.

Keputusan lain boleh semak di HMetro

Kejayaan ni perlu menjadi pemangkin untuk mereka berjaya dan perjuangan perlu diteruskan.. Semoga mereka semakin maju di arena sukan..

Sekian..

Please follow and like us:
error0