Ahmad Fakri Saarani kekal di Portugal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas isu pemain muda negara, Nazmi Faiz yang surrender dari bermain di Liga Portugal, kini seorang lagi pemain luar di Liga Portugal yang mendapat tempiasnya.
Penyerang, Ahmad Fakri Saarani yang bermain untuk kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S.C sejak bulan lalu digembar gemburkan akan pulang semula ke Malaysia dalam tempoh terdekat.Perkara ini telah tersebar meluas di laman sosial hingga menjadi isu.
fakri-saarani-atletico-sc
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Antara Nazmi Faiz dan Fakhri Saarani

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

2 nama ini meniti di bibir peminat bolasepak ketika Sukan SEA yang lalu. Populariti kedua-dua pemain ini mungkin melebihi pemain seperti Baddrol Bakhtiar dan mungkin juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Nama mereka tiba-tiba memenuhi ruang di fb, twitter dan di mana-mana ketika berlangsungnya perlawanan bolasepak Sukan SEA terutama ketika menjelang perlawanan akhir.

Tetapi popular mereka berbeza. Bagi Muhammad Nazmi Faiz beliau mendapat pujian manakala Ahmad Fakri Saarani teruk dihentam oleh penyokong bolasepak kebangsaan.

Mula-mula kita cerita pasal Nazmi Faiz yang berusia 17 tahun (August 16, 1994 (age 17)). Nazmi Faiz adalah pemain ‘Harimau Muda B’ (skuad pelapis) yang mendapat kepercayaan jurulatih Ong Kim Swee untuk mengalas cabaran di Sukan SEA 2011 sebagai pemain tengah bertahan. Pada mulanya agak terkejut kerana beliau bermain di posisi K.Gurusamy yang telah lama berada dalam kesebelasan utama pasukan. Agak ragu-ragu memandangkan tubuhnya yang kecil (1.67 m masih lebih tinggi dari si ZOol ) ditambah dengan kecetekan bermain di perlawanan besar. Namun beliau membuktikan sebaliknya apabila mempersembahkan gaya permainan yang bermutu tinggi. Penguasaan bola tidak menunjukkan kegugupan, malahan beliau bijak melakukan hantaran dan ‘tackle’ yang cantik. Sememangnya fungsi beliau sebagai penghubung antara pemain pertahanan dan penyerang amat menjadi pada perlawanan di Sukan SEA. Melihat kepada corak permainan dan umur yang masih muda, saya yakin beliau mampu menjadi seorang pemain berkaliber. Mungkin beliau patut diberi peluang untuk mendapat pendedahan di luar negara bagi meningkatkan mutu permainan beliau. Malahan ada juga penyokong yang menggelarkan beliau Fabregas Malaysia..

Bagi Ahmad Fakri Saarani pula, skrip yang diterima agak berbeza. Walaupun beliau telah mempunyai pengalaman luas di perlawanan antarabangsa namun ianya serba tidak menjadi bagi bekas penyerang N.Sembilan ni. Beliau sering dipersalahkan kerana gagal menyempurnakan peluang terbuka dan sering melepaskan bola kepada pasukan lawan. Walaupun beliau berjaya menyelamatkan pasukan kebangsaan dengan jaringan tunggal ketika menentang Myanmar namun ianya masih tidak mencukupi. Malahan persembahan beliau di perlawanan akhir apabila melepaskan 2 peluang untuk pasukan menjaringkan gol dan juga melepaskan tendangan lemah ketika penalti menjadi modal untuk peminat bolasepak memaki beliau.. Secara peribadi, saya agak kurang berminat dengan beliau ketika perlawanan skuad senior lagi. Ini kerana berdasarkan statistik jaringan gol untuk pasukan kebangsaan dan kelab adalah amat mengecewakan bagi seorang pemain penyerang. Walaubagaimanapun, ini bukan bermakna beliau tidak bagus cuma pada pendapat saya beliau tidak sesuai berada di posisi penyerang. Kalau dilihatkan beliau mempunyai semangat tinggi dan laju dalam beberapa perlawanan. Mungkin beliau perlu memperbaiki dari segi mental yang nampak lemah. Malahan terdapat sikap panas baran yang menyebabkan beliau mendapat kad yang mudah. Saya rasa mungkin beliau boleh berhijrah dari posisi penyerang ke posisi pertahanan kanan. Rasanya posisi tersebut mungkin boleh mematangkan beliau.

Okay, cukuplah setakat ini sedikit pandangan saya mengenai 2 pemain bolasepak negara yang paling popular selepas perlawanan Sukan SEA 2011.

Image Hosting
Nazmi Faiz

Image Hosting
Ahmad Fakri Shaarani

Secara jujur saya juga antara seorang dari mereka yang memberi pujian kepada Nazmi dan mengutuk Ahmad Fakri ketika perlawanan tersebut. Tapi walaupun mengutuk tapi takdelah sampai mempermainkan dan menghina si Fakri tu. Kepada peminat-peminat lain, cukuplah mengutuk Ahmad Fakri di perlawanan sahaja. Tak perlulah memalukan beliau sampai mempermainkan nama beliau.

Apapun semoga kedua-dua pemain ini akan terus maju dan mampu menjadi pemain yang disegani suatu masa nanti..

Sekian.

Please follow and like us:
error0