post

Piala AFC 2017 : Felda kempunan mata, JDT bawa 3 mata

Perlawanan pertama Piala AFC 2017. 2 pasukan negara iaitu Felda United dan JDT merupakan wakil bagi kelab dari Malaysia.  2 cerita berbeza yang dibawakan oleh 2 pasukan ini.

Pasukan Felda kempunan untuk membawa mata pertama mereka dalam Kejohanan ini apabila tumpas kepada wakil pasukan dari Singapura, Tampines Rovers. Walaupun mampu mempertahankan gawang dari dibocori pada separuh masa pertama, gol untuk pasukan Tampines Rovers tercipta melalui pemain import, Son Yong Chan pada minit ke 64. Walaupun Felda cuba untuk memberikan saingan namun pemain penyerang Tampines Rovers , Khairul Amri menjaringkan gol pada minit ke 84. Kemasukan Fazrul untuk Felda membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke 87 namun sedikit terlewat untuk sekurang-kurangnya membawa pulang 1 mata dari Singapura.

Pasukan JDT pula berjaya mendapatkan 3 mata penuh di gelanggang sendiri apabila menumbangkan pasukan dari Cambodia, Beoungket Angkor FC. Pasukan JDT yang menguasai perlawanan berjaya mendapatkan 3 mata penuh selepas menghasilkan 3 gol. Gol pertama dijaringkan seawall minit ke 2 oleh pemain import Gabriel Guerra.

gabriel-guerra

Pemain tengah sensasi, Nazmi Faiz pula berjaya menghasilkan gol pertama beliau untuk JDT sekaligus gol kedua JDT pada minit ke 10. Walaupun serangan demi serangan dilakukan namun hanya pada minit ke 89 , ketua pasukan Safiq Rahim berjaya menghasilkan gol ketiga sekaligus menjadi pemusnah untuk pasukan pelawat dari bangkit.

Please follow and like us:
error0
post

JDT gagal pertahan kejuaraan, tumpas separuh akhir Piala AFC 2016

Pasukan kelab bola sepak , Johor Darul Ta’zim (JDT) kempunan untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFC yang dimenangi pada tahun lalu.
Pada peringkat separuh akhir yang baru tamat di India menyaksikan pasukan JDT tumbang ditangan pasukan JSW Bengaluru FC dengan keputusan 1-3.
Perlawanan separuh akhir kedua itu memberikan agregat 2-4 dan memberikan tiket ke akhir bagi pasukan dari India itu.

Walaupun mendahului pada separuh masa pertama melalui jaringan pemain tengah, Safiq Rahim pada minit ke 18 namun kekebalan itu dirobek oleh pasukan tuan rumah melalui gol penyaman oleh Chhetri pada minit ke 40.
Pada separuh masa kedua, Chhetri menambah gol kedua melalui satu percubaan dari luar kotak pada minit ke 67. Pemain Bengaluru, Antonio seterusnya meranapkan impian pasukan wakil Malaysia untuk melakar ke akhir berturut-turut melalui jaringan pada minit ke 75.

Ligakampung.com tetap mengucapkan SYABAS kepada pasukan JDT. Memang terdapat kelemahan ketara terutama dari barisan serangan apatah lagi dengan ketiadaan penyerang duo dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz dan Martin Lucero.
Nampak sukar untuk pasukan JDT merobek gawang lawan sehingga pada minit-minit terakhir terpaksa menggunakan khidmat Marcus Antonio dan Junior Estadl untuk beraksi di barisan hadapan.

Please follow and like us:
error0
post

JDT melangkah ke separuh akhir Piala AFC 2016

Pasukan wakil dari Malaysia yang beraksi dalam Piala AFC 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya meneruskan aksi ke saingan separuh akhir.
Pada perlawanan yang berlangsung malam tadi, JDT yang terikat 1-1 berjaya menumbangkan jagoan dari Hong Kong, pasukan South China 2-1.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin menyaksikan pasukan JDT menguasai perlawanan namun buntu mencari gol pada separuh masa pertama.
Percubaan dari Harris Harun berjaya ditampan oleh penjaga gol lawan dan tendangan kencang Azammuddin Akhil terkena palang gol.

Pada babak kedua, JDT diberikan peluang melalui sepakan penalti selepas Jorge Pereyra Diaz dijatuhkan oleh penjaga gol dalam kotak penalti namun gagal disudahkan ketua pasukan, Safiq Rahim.
Penyerang import, Juan Martin Lucero menceriakan penyokong tuan rumah apabila menyempurnakan satu hantaran lintang dari Azamuddin Akhil pada minit ke 57. Pasukan JDT cuba menambah jaringan dan sesekali pasukan South China menyerang dan membahayakan kubu JDT.
Jorge Pereyra Diaz berjaya menghasilkan gol kedua pada minit ke 87 selepas menyempurnakan hantaran tendangan sudut dari Safiq Rahim.

Ketika baki perlawanan tinggal 1-2 minit, kelekaan Marcos Antonio dihukum pemain lawan, Komazec yang menyambung tandukan ke penjaga gol. Masa singkat itu menyukarkan untuk pasukan South China mencari gol kedua.
Pasukan JDT layak ke separuh akhir selepas menang dengan aggregat 3-2.
Tahniah!! Luaskan kuasamu hingga ke Asia..

Please follow and like us:
error0
post

JDT lakar sejarah , layak ke separuh akhir Piala AFC

Pasukan bolasepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah dalam kancah bolasepak Asia apabila berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFC 2015. Pasukan JDT yang hanya membawa bekal 1-1 di gelanggang sendiri pada perlawanan suku akhir pertama tempohari berhadapan cabaran berat untuk mendapatkan gol di tempat lawan.

Perlawanan di Stadium Mongkok, Hong Kong menentang South China bukan satu aksi yang mudah. Barisan pemain JDT berjaya mengimbangi perlawanan dengan melakukan serangan-serangan berbahaya. Mencari gol awal merupakan antara strategi yang diarahkan oleh jurulatih JDT, Mario Gomez. Strategi tersebut berkesan apabila Mahali Jasuli yang diletakkan pada sayap kanan berjaya melakukan jaringan cantik pada minit ke 25. Walaubagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan selama 2 minit apabila pemain import South China,  Mahama Awal berjaya menyamakan kedudukan.

jdt-semifinal

Namun, penyerang JDT Safee Sali berjaya menjaringkan gol ketiga JDT pada minit ke 29 selepas mendapat peluang terbuka di pintu gol. Ketika pasukan JDT cuba menyerang untuk mendapatkan gol, pemain import Luciano Figueroa dibuang padang selepas mendapat kad merah. Kad merah itu dikutip kerana beliau dikatakan menyiku pemain lawan ketika dalam persaingan perebutan bola di udara. Ini sedikit sebanyak menghangatkan perlawanan apabila terdapat beberapa pemain kedua-dua pasukan yang bertelagah.

Terdapat pemain seperti Aidil Zafuan yang dikenakan kad kuning ketika insiden tersebut. Ketika pasukan South China meningkatkan usaha untuk menyamakan kedudukan, Safee Sali berjaya mencuri peluang kelekaan barisan pertahanan lawan untuk menambah gol ketiga JDT dan gol kedua peribadinya pada perlawanan ini pada akhir minit pertama.

Pasukan JDT yang kekurangan seorang pemain, terpaksa bermain secara bertahan dan melakukan serangan balas. Displin para pemain yang cukup kuat berjaya mengekalkan keputusan ini sekaligus pasukan JDT yang mewakili Malaysia mara ke separuh akhir dengan aggregat 4-2.

Tahniah kepada pasukan JDT dan juga penyokongnya yang cukup gagah memberikan sokongan walaupun di luar negara.

 

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan perlawanan AFC Cup 2 April 2014 – Kelantan kalah kepada Vissai Ninh Binh

Hari ini berlangusng perlawanan bolasepak Piala AFC 2014. Jika perlawanan pada hari semalam, kemenangan Selangor memberikan berita gembira namun pada hari ini skuad Kelantan tumbang teruk dengan pasukan wakil dari Vietnam, Vissai Ninh Binh.
Perlawanan yang berlangsung di Vietnam itu berkesudahan dengan skuad The Red Warrior tumpas dengan 0-4. Keputusan ini juga menipiskan peluang mereka untuk meneruskan ke peringkat seterusnya. Dalam perlawanan ini ramai pemain utama seperti Piya, Fakri, Fitri, Gan dan Shakir direhatkan untuk persediaan perlawanan pada sabtu ini menentang ATM.

Keputusan perlawanan Piala AFC – Vissai Ninh melawan Kelantan

Keputusan Penuh
Vissai Ninh vs Kelantan 4-0 (1-0)
kelantan
photo hosting

11′ Petrisor Voinea (Vissai)
53′ Phan Anh Tuan (Vissai)
77′ Le Van Thang (Vissai)
81′ Bryan Kavin Elroy (Vissai)

Kredit Gambar : Facebook The Red Warrior

Please follow and like us:
error0