post

Barisan kuartet 4 x 100 meter pecah rekod kebangsaan

Barisan kuartet 4 x 100 meter lelaki negara berjaya memecahkan rekod kebangsaan sekaligus merangkul emas dalam Kejohanan Terbuka Vietnam, Khamis lalu.
Kuartet yang membariskan raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan juga disertai Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa dan Badrul Hisyam Abdul Manap itu berjaya mencatatkan masa 39.62 saat mengatasi rekod 39.67 saat yang dicatatkan Jonathan, Izzuddin Yahya, Harith Ammar Mohd Sobri dan Nixson Kennedy ketika Sukan SEA Singapura dua tahun lalu.

Walaupun ia perkara yang membanggakan namun catatan tersebut masih ketinggalan berbanding catatan pasukan kuartet Thailand yang mengondol emas pada edisi lalu apabila mencatatkan masa 39.42 saat.
Menurut ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas catatan Thailand dan Indonesia lebih baik. Menurutnya juga, kombinasi para pelari yang sesuai masih dalam penelitian untuk acara di Sukan SEA itu nanti.

Tiga pelari iaitu, Khairul Hafiz, Jonathan dan Badrul hampir pasti manakala Haiqal dan Nixson perlu merebut satu slot itu nanti.

Kredit imej: FB AdrianSprints.com

Please follow and like us:
error0