Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hm.. Hari Ahad, hari cuti yang pastinya memberikan sedikit rehat sambil mencari idea untuk blog-blogz.. Hari ini saya dan mak pergi ke rumah sambil mencangkul sedikit sebanyak..
Tanam sedikit pokok bunga sambil membersihkan kawasan laman.. Bila nak duduk rumah tu masih belum diketahui lagi.. Sebelum saya menulis mengenai artikel di atas suka kiranya saya mencanangkan sedikit tentang blog rakan saya, CD..
Ini merupakan kali pertama saya membuat blog untuk orang lain… Apa kata anda singgah sebentar disana.. Mungkin dapat membantu en. CD dalam menghasilkan idea yang berkualiti… Insyaallah kalau blog ini berjaya mungkin akan terhasil lagi blog-blog yang direkabentuk oleh Zool ligakampung.. He he he ..
Hari ini saya cuba untuk melangsaikan hutang tag oleh rakan-rakan blogger di sana..
Pertama sekali saya nak menjawab tag hafifi..
Ini tag beliau :-
This is the easiest way and the fastest way to :
1. Make your Authority Technorati explode
2. Increase your Google Page Rank.
3. Get more traffic to your blog.
4. Make more new friends.
Rules :
1. Start copy from “Begin Copy” until “End Copy” to your blog.
2. Put your own blog name and link.
3. Tag your friends as much as you can
Alamak minta maaf hafifi tapi rasanya blog sebegini pernah saya buat dan rasanya kurang berminat untuk menyambungnya.. Minta maaf banyak-banyak ye..
Okay tag yang kedua dari Norhakimi .. Huhuhuhu.. Address url beliau tak berapa beretika.. Kenapa?? Lu pikir lah sendiri??
Dalam tag ini perlu menulis “5 Perkara Pertama Dalam Hidup Ini “. APa ek nak tulis…
Sebelum itu, syarat-syarat tag ini adalah :
1. Cerita benar sahaja dan tak ada kaitan dengan sesiapapun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu menge’tag 5 orang lagi rakan cyber anda.
3. Tempoh tag bermula dari masa ianya di cipta (entah la bila) dan tamat pada 27 April 2008.
4. Jawab dengan segera apabila anda di tag !
Okay sekarang saya akan menulis ‘ 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Ini”
1. Ingat padaNya.. Walaupun selalu lupa padaNYa tetapi seboleh-bolehnya solat 5 waktu takut untuk ditinggalkan.. Bukanlah baik sangat tapi cuba untuk tidak lupa padaNya.. Sebab kalau kita lupa padaNya bayangkan kalau kita dilupakan olehNya?? Macam mana agakna??
2. Ibu, bapa dan adik beradik.. Sudah pasti mereka yang kedua kerana terdiri dari DNA yang hampir sama.. Jadi sudah pastiya mereka perlu menjadi keutamaan dalam hidup..
3. Kawan-kawan rapat.. Tak kira sama ada di alam realiti atau di alam cyber.. Siapa kawan rapat saya?? Orang yang selalu mendapat sms dan chating dengan saya…
4. Komputer, blog-blogz.. Sudah pastinya komputer yang dibeli secara ansuran 3 tahun yang lepas menjadi teman untuk saya meluangkan masa sambil menterjemahkan perasaan hati ini. Ayat tak hengat..
5. Handphone.. Sudah pastinya sebagai taukeh prepaid handphone kena selalu berada di sisi. Ini bagi memudahkan proses jual beli sekaligus meningkatkan lagi prestasi jualan prepaid.. Pergh ayat bisnesman plak..
Rasanya cukuplah setakat ini untuk tag ini.. Sebenarnya saya tiada cita-cita untuk ‘tag’ member-member lain tapi kalau ada yang nak sambung persilakan.. Dan sekali lagi minta maaf kepada hafifi dan hakimi kerana tidak menyambung tag anda..
RSS Feed
Twitter



April 20th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


betapa sukar menge’tag’
Reply
tag neh kekadang menghiburkan.. tp ade tag buat saya pening kepalaa hahaha
Reply
AKUM BRO.GUA DA BUEK KATA-KATA ALUAN SIAP GAMBOR LG.MUJUR BINI AKU BUAT NESCAFE KUL 4 PG TD DPT LE IDEA CKIT.TIMA KACIH BG PANDUAN.MAKLUM LE AKU BAB IT NI LEMPEM BETUL KENE PELAN-PELAN BR PANDAI.EKAU TAKNAK JD KE SUKARELAWAN BELIA?
Reply
abdfateh –> memang sukar mengetag…
lindosh –> betul tu lindosh.. kekadang penat nak jawab n bagi kat orang lain..
CD PEG BELIA –> okay bagus2… anda semua boleh tgk blog beliau di http://pegbeliamacho.blogspot.com
Reply
Salam….
Bro,hari nie takder topik ker?
http://www.perigiduit.com/?ref=Aizi30
Reply
KPSU (PA) –> Ada topik.. Cuma sekarang nie kena rilek dan dapatkan ketenangan..
Insyaallah aku akan hasilkan topik-topik terbaik.. Er yang ni tak best ker baca????
mentang2 aku bukan selebriti…. cerita pasal diri sendiri takde orang nak baca plak..
Reply
Bro, petang2 sbelum aku balik nie nak jugak aku tgk topic for the day.Mana tau bole gak aku bagi input-input yang menarik dari kaca mata aku.
Reply