Tabung Duit Syiling Hancur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada tabung duit syiling ?? Adakah telah dimakan oleh ular ataupun telah dicuri oleh pendatang asing?? Tidak semuanya bukan .. tapi ianya dilakukan oleh tangan si ZOol sendiri.. Memang menyedihkan saya tak mampu menahan lagi.. Setelah melakukan proses pengumpulan duit syiling sehingga mencecah RM 7+.++ akhirnya ia terpaksa dikorbankan.. Hari ini dengan bantuan adik saya, sekantung duit syiling telah di masukkan ke dalam mesin di CIMB Muar, Johor..

Terpaksa juga melakukan perkara ini memandangkan duit simpanan untuk repair bumbung kete telah tergadai… Bulan ini merupakan bulan ‘sengkek’ bagi si Zool. Nasib baik awal-awal dah letakkan duit kat ASB, insuran dan pinjaman rumah guna autodebit jadi sedikit selamat.. Cuma duit simpanan pendapatan online telah dikorek. Tapi apa boleh buat. Inilah dia kehidupan.. Kadangkala kita cuba mengawal kewangan tapi ada yang tak dirancang berlaku..

Apa taknya bulan ni terpaksa menghadiahkan RM4++ untuk kete… Lepas tu kena gi Langkawi .. Kena lah belanja-belanja sikit.. Abislah dekat RM2++.. Lepas tu beli kamera digital RM400. Tu je dah dekat seribu.. Tolak utang sana sini.. Dah tak cukup.. Kenalah korbankan tabung syiling kesayangan.. Wargh!!!! Harap-harap bulan depan dapat menambah lagi sikit duit bagi men’SELESA’kan diri..

Gambar koleksi duit syiling, sila ke photoblog saya..

( ” Kenapa perkataan ‘SELESA’ saya besarkan?? Kerana ianya menjadi perkataan trademark kat opis ni.. Macam-macamlah budak-budak ni.. )

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1746
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Tabung Duit Syiling Hancur”

  1. AdryNo Gravatar says:

    owh.. biasalah… dah memang skrg ngah kemelesetan ekonomi… jadi .. sabarlah..

    Reply

  2. inertzNo Gravatar says:

    Duit syiling sy masih selamat. Tah bila nak depositkan. Deposit syiling kena float tak?

    Reply

    Mohd HafifiNo Gravatar Reply:

    biasanya kena float..

    p/s:tolong btolkan jika aku salah

    Reply

  3. haritzNo Gravatar says:

    ader gak simpanan, aku habis bulan habis duit huhu
    ps: dah kawin payah nak nyimpan ni..

    Reply

  4. samdaddycoolNo Gravatar says:

    … aku sengkek juga sekarang ni.. tapi belum usik lagi duit tabung… korek duit affiliate sikit, duit ebay sikit2… buat pusing niaga.. bayo credit card… sampai aku pun berpusing2…

    p/s- semua ni salah satu dugaan hidup….. kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Bisnesman lagilah banyak cabaran kewangan dia ek…

    Reply

  5. sallehNo Gravatar says:

    sabor…sabor…
    apa ko susah2…. ko hantau je topup bebanyak kat bebudak sumer… pastu ko kolek le balik… ada gak duit.. hehehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Nak top upkan pun kena ada modal woo.. bukan free…

    Reply

Leave a Reply