Home » teknologi » Tablet 1 Malaysia , mana spesifikasinya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Terbaca satu artikel di HMetro mengenai ‘ Tablet 1Malaysia Pad di Pasaran ‘. Agak teruja untuk melihat spesifikasi walaupun si Zool bukanlah kaki gajet. Tapi nak juga cuba menjenguk tentang peralatan buatan tempatan ni. Almaklumlah sebagai rakyat Malaysia kita patut menyokong buatan Malaysia. Kalau tak beli pun cukuplah sekadar tahu je kan?

Melalui berita tersebut dinyatakan bahawa harga tablet sebesar 7 inci itu adalah RM999. Menurut pengeluar MalTechPro, tablet tersebut boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, hantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.Ia menggunakan sistem Android dan dilengkapi sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.
Walaupun si Zool agak lemah dalam gajet tapi kenyataan tentang spesifikasi peralatan itu terlalu am. Ada beberapa perkara yang ingin diketahui seperti boleh guna telefon ,aksesori tambahan dan sebagainya. Jadi si Zool melayari laman web pembina tablet ini di www.maltechpro.com .
Tapi agak malang, bila melawat laman web (25 Mei 2012, 8.00 pagi) tersebut dan hanya terpapar ini :-

Tiada maklumat lengkap mengenai spesifikasi tablet ini dan tiada apa-apa yang boleh menyambungkan untuk mengetahui tablet ini. Hanya gambar yang bila diklik akan keluar untuk order secara email (ada ke patut..). Sepatutnya pihak syarikat dah bersedia dengan laman web yang lengkap memandangkan pengumuman di media telah dilakukan dan pasti ramai yang ingin mendapatkan maklumat tersebut.
Tak gitu? Apapun diharap pihak syarikat dapat mengeluarkan maklumat secepat mungkin bagi memudahkan orang ramai melakukan perbandingan dengan tablet sedia ada.

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :968

9 thoughts on “Tablet 1 Malaysia , mana spesifikasinya?

  1. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    lom update ag kot..tunggu jer la..hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak kan tak update dah keluar kat paper ek..
    busuk2 pun tulislah kat website ‘ website under construction’ ke..

    Reply

  2. butterflowerNo Gravatar says:

    ntah lerr.. pegi mana2 pun x jumpa info pasal spec dalaman.. mcm tak nak menjual je.. tablet china pun kalo harga sesuai dgn spec org akan beli jugak (for light user la).

    psstt.. website tu kalo click gambar akan forward ke gmail.. apekahhhhh..???

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. bila klik terus dia suruh order.

    Reply

  3. ProfHarizNo Gravatar says:

    Harga dan spec yang tidak berpatutan

    Reply

  4. iAwaniNo Gravatar says:

    ..setuju dengan Zool, pihak syarikat itu tidak bersedia menjualnya. Kami pun ada tulis review pasal ni, harga RM999 tu kami kurang setuju, sebab ia membebankan user yang berminat nak beli tablet ni. Tapi oleh kerana dia bawakan logo 1Malaysia, sepatutnya harga yang ngam adalah RM399-RM699, lainlah kalau specs dia macam iPad 2 atau Samsung Galaxy Tab generasi pertama, bolehlah dia jual harga gitu. Seakan tidak layak untuk tablet tu pakai nama 1Malaysia

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Tu le pasal.. specs pun tak berapa nak jelas. camne org nak beli

    Reply

  5. tehrNo Gravatar says:

    wah, dah keluarkan pad juga negara kita ni
    moga2 boleh bersaing nanti

    Reply

  6. kamzassNo Gravatar says:

    …kalau tengok bentuk fizikal depan & belakang sebijik macam Samsung Galaxy-tab-1. Kalau betul la mmg tak patut.. samsung dah nak scrap, malaysia dtg kutip huhu.. dah la tu jual harge mahal pulak tu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge