Assalamualaikum..

Idea untuk menulis mengenai tajuk tabiat timbul secara tiba-tiba setelah melihat episod gelanggang Raja Lawak yang memaparkan tentang tabiat orang di Malaysia..
Ops sebelum lupa saya nak mengucapkan tahniah kepada Nabil yang berjaya memenangi program Raja Lawak musim ke 2.. Beliau memang seorang penghibur berbakat dan semoga akan mewarnai dunia pelawakan dengan lebih baik.. Sebenarnya gaya beliau memang mengingatkan saya pada x-classmate masa belajar di UiTM dulu.. He he he..Bercerita tentang tabiat ni, sudah pastinya setiap orang mempunyai tabiat sama ada yang baik dan buruk.. Jika diperhatikn banyak tabiat unik dalam setiap individu.. Di sekeliling saya juga diperhatikan banyak tabiat-tabiat yang tanpa dirancang berlaku dalam beberapa situasi.. Antara tabiat yang sering dilakukan oleh orang sekeliling saya ialah :-
1. Melatah.. Saya rasa tabiat ini memang telah berlaku turun temurun dari zaman datuk nenek kita.. Ianya merupakan tindak balas disebabkan oleh terperanjat oleh sesuatu perkara.. Walaupun melatah ini sering dikaitkan dengan orang-orang veteran namun kadangkala ianya berlaku kepada orang muda masa kini tapi dalam versi yang berlainan.. Jika dahulu kalau diusik mungkin akan menyebut ‘ Eh omak ko meletup ‘ mungkin versi baru lebih moden lagi kot (takde idea nak buat versi baru).
2.Memicit hidung.. Ha ha ha.. Memang ada individu-individu tak kisah sama ada mancung atau kemek yang sering memicit hidung .. Mungkin ada kisah tersendiri yang menyebabkan tabiat itu dilakukan tanpa disedari.. Atau mungkin ada resdung kot..
3. Menolak spek mata ke atas. Ini lagi kelakar ntah kenapa agaknya spek mata dia ni asik nak jatuh je ke bawah hidung .. Mungkin hidung dia tak cukup padu untuk menahan spek dari bergerak ke latitud yang bawah,.. Dan lebih kelakar lagi tabiat tu dilakukan oleh orang yang sedang menaip ni.. Ha ha ha.. Kenakan diri sendiri plak si Zool ni..
4. Suka tambah cerita supaya jadi lebih panas.. Ops.. Ni dalam kategori tabiat ker?? Ntah korang pikirlah sendiri ( cam penah dengar ye ayat ni)..
5. Suka mengigit kuku.. Memang tabiat ni biasanya berlaku kepada wanita ( ye ker).. Walaubagaimanapun tabiat ini dapat menjimatkan kerana tidak perlu membeli pengetip kuku.. Tapi yang tak bestnya ada gak yang mengigit kuku tangan kiri.. Huhuhuhuhu.. Tak mau komen banyak2 tang nie..
Okaylah rasanya cukup setakat ini tulisan di hari Sabtu ni.. Semoga anda2 boleh berkongsi apa tabiat yang sering dilakukan oleh rakan-rakan disekeliling anda. Sekian, terima kasih…
RSS Feed
Twitter




March 15th, 2008
zool 






Posted in
Tags: 






aku tak layan siot raja lawak..
Reply
megat
Reply:
January 25th, 2009 at 1:56 pm
bukan terpampang muka ko kt rancangan “lu fikir la sendiri” hehe.
Reply
terkeguz kejap tengok gambar tuh. haha
Reply
yuP!!
nabil sememangnya layak…
aku ada gak tabiat..
tabiat ker??
gigit tepi jari telunjuk..
sampai bahagian itu akan kematu aka keras…
tapi itu dulu,..
sekarang dapat tinggalkan…
hehe…
Reply
hehe…
dari awal rancangan tue lagik dh sah2 nabil tue yg bakal menang…
btw… saya juga mempunyai tabiat menolak spek mata yg slalu jewr tergelincir dari hidung nih… huhu…
tapi saya ada satu lagi nk tambah… kalau masa saya tekun memokuskan diri depan pc… saya akan kemutkan hidung… saya sendiri tak prasan…
orang skeliling yg slalu tegur..
ngee..
Reply
Hahhahah, tak tahan hidung tak mancung tuh….
Reply
xleh blah muke baby tuh.. hahaha
Reply