Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kadangkala kita mempunyai tabiat yang tiba-tiba dilakukan tanpa sengaja. Mungkin sesetengah dari kita mempunyai tabiat unik yang jarang dilakukan oleh orang lain. Ada yang baik dan ada juga yang buruk. Si Zool juga mempunyai beberapa tabiat yang biasa dilakukan. Sebenarnya rasa cam biasa je tetapi ada yang merasakan ia sesuatu yang lain. Antaranya ialah :-
1. Makan sehingga licin. Rasa tak pelikkan ? Tapi ada individu yang mengatakan suka tengok si Zool makan sampai licin pinggan. Bila diselidik kembali, adik si Zool pun makan memang licin. Bukanlah gelojoh tetapi setiap makanan itu berbayar dan perlulah dihabiskan. Macam iklan tv ‘sebutir nasi yang tertinggal itu bermakna setitis peluh petani’ jadi tak bestlah kalau membazirkan nasi walaupun sebutir.
2. Berjalan menyeret. Susah nak terangkan tapi memang kadangkala si Zool tak mengangkat kaki sepenuhnya untuk berjalan. Tak tau kenapa tapi memang sukar untuk diubah.
3. Terbalikkan selipar sendiri ketika dimasjid. Teknik ini digunakan bagi mengelak terlupa selipar yang mana satu. Ye lah kalau pergi masjid tu ada beratus-ratus selipar. Ada tu sama jenis dan saiz. Jadi bila pulang, cari selipar yang diterbalikkan. Itulah selipar si Zool. Sebenarnya tak rasa pelik tapi bila pergi mana-mana masjid tak pernah nampak orang lain guna kaedah ini.. Rasa uniklah pula..
4. Mengorek telinga dengan putik kapas. Sebenarnya tabiat ini tidak baik tapi kadang-kadang layan je kan..
5. Mengopek kuping-kuping luka. Ini pun tak berapa bagus sebab akan menimbulkan parut dan tanda. Tapi rasa tak selesa je bila ada kuping-kuping tu kan..
6.Memecahkan jerawat hingga keluar airnya.. Almaklumlah orang kampung, mana reti nak pakai-pakai ‘Oxy’.. Walaupun tau yang memecahkan jerawat akan merosakkan kulit serta merebakkan bakteria tapi degil juga nak pecahkan. Patutlah muka banyak lubang-lubang laksana bulan..
Okay cukuplah setakat ini. Mungkin anda juga mempunyai tabiat-tabiat yang biasa anda lakukan. Apakata sama-sama berkongsi di sini. Layankan..
RSS Feed
Twitter



August 17th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


yang no 1 tu bf saya selalu suh sy buat.objektif:supaya tak tertinggal nasi berkat
Reply
zool
Reply:
August 17th, 2010 at 23:19
sebenar tak rasa pelik tapi ada yang rasa unik.. ntahlah
Reply
yang no 3 tu belum pernah buat lagi, nak kena cuba jugak satu hari nanti
Reply
zool
Reply:
August 18th, 2010 at 08:15
ala jgnlah ikut stle tu.. huhuhuhu
Reply
tak pernah jumpa lagi orang yg suka terbalikkan selipar kat masjid..
Reply
zool
Reply:
August 18th, 2010 at 18:51
nak jumpa dtg masjid Al Ghafar jasin masa terawih.. tu pun kalau si Zool dtg.. ops.. tapi jgn sorokkan plak selipar tu
Reply