Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Pagi tadi ketika memandu, mendengar celoteh radio ERA antara ‘Pak Nil dan Din Beramboi’ dengan pendengar mengenai tabiat manusia yang pelik. Memang manusia mempunyai banyak tabiat-tabiat yang pelik pada sesetengah orang. Namun untuk mengubahnya perlukan sesuatu yang luarbiasa terutama tabiat yang telah tertanam dalam jiwa masing-masing sejak puluhan tahun lagi.

Gambar hiasan :- Tabiat gigit kuku
Untuk entri kali ini elok kiranya saya membincangkan tentang tabiat manusia yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Tabiat-tabiat ini perlu dielakkan kerana kebanyakannya tidak memberikan kebaikan dalam diri masing-masing.. Antaranya ialah :-
1. Tabiat buruk seperti gambar diatas iaitu menggigit kuku jari. Seperti semua sedia maklum, dalam kuku mempunyai banyak bakteria yang terlekat terutama bila kuku jari panjang. Segala bentuk kotoran dan bakteria hinggap disitu.Dengan gigitan tersebut mengundang risiko jangkitan kuman ke dalam perut.. Ceh, rasa cam doktor plak.. He hehe. Tapi betul rasanya.. Kalau tak percaya boleh tanya doktor berdekatan anda..
2. Baca suratkhabar bermula dari belakang. Sebenarnya tabiat ni biasa berlaku pada ramai orang terutama lelaki. Bukan sebab pengaruh komik Jepun tapi sebab membaca halaman sukan. Itu yang minat sukan, ada juga insan-insan terpilih yang langsung tak minat sukan tapi buka muka belakang tu. Lepas je baca berita tu biasanya mereka akan menepuk dahi atau pun meja. Berita apakah itu?? Cubalah teka ye…
3. Mengeteh malam-malam. Tahukah anda perkataan ‘mengeteh’ ? Ala lepak-lepak di kedai makan tak kiralah samada warung mamak, restoran ataupun kopi tiam. Ramai je lepak sana dengan bermodalkan hanya segelas kopi.. Ada yang melayan bolasepak, gusti, Akademi Fantasia, drama, filem. Sanggup mencari ‘port’ terbaik untuk menyaksikan rancangan kegemaran.
Yang terkini, tabiat mengeteh disebabkan untuk menggunakan kemudahan ‘wifi’ di restoran yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Ada yang berjam-jam lepak kat kedai makan semata-mata nak main ‘Farmville’.. Ada ke patut?? Tokei kedai pun pening kepala camni..
4. Tidur selepas makan.. Ini tabiat yang tak elok ni.. Memanglah otot-otot badan akan mula merasakan ‘simptom ‘ mengantuk. Tapi kalau diamalkan ianya mampu memberikan kesan terhadap kesihatan. Selain kapasiti kolestrol akan bertambah ia mampu memberi kesan sampingan lain. Ingat tu !!. Pesanan tahap amaran untuk si Zool ..
Tabiat makan yang tak seimbang. Bila makan gula lebih, garam lebih, aji lebih.. Mana tak LEBIH mudah kena penyakit.. Ingat tu Zool!!
5. Penggalian bijih lalu menampal di meja atau kerusi berdekatan. Bukan bijih timah atau bijih besi tapi bijih yang terdapat dalam lubang hidung. Kalau sesiapa rajin boleh semak meja-meja berdekatan anda.. Mungkin terdapat anasir-anasir yang mempunyai tabiat begini..
6. Tabiat melenggah-lenggah ketika solat.. Samada solat fardhu atau solat Jumaat ( terkena gak ni.. ). Banyak diperhatikan bila solat Jumaat ada insan-insan yang lepak-lepak sambil berbual kosong dekat parking motosikal atau kedai berdekatan. Bila doa sebelum qamat, berebut-rebut pergi ambil wudhu.. Yang lagi tak boleh tu, imam baru je salam dah jalan ke kenderaan memasing.. Adoyai…
7. Tabiat merokok.. Ah yang ni tak payah cerita panjang la kan.. Bukannya mereka nak layan pun.. Sedangkan depan kotak rokok tu pun dah ada gambar-gambar yang ngeri pun tak jalan lagikan tulisan blogger cikai cam si Zool ni..
Okay cukuplah setakat ini. Memang banyak lagi tabiat yang patut dielakkan. Mungkin anda ada tabiat buruk yang boleh dikongsi bersama. Layankan
RSS Feed
Twitter



March 23rd, 2010
zool
Posted in
Tags: 


kat sini amalam kencing kat pokok masih berleluasa ya hehe
Reply
zool
Reply:
March 24th, 2010 at 11:44
hohohoho.. ko terikut ke ngan tabiat mereka>??
Reply
dulur
skrg ni da xkot..
kot
huhu
dah vote video ni?
Reply
zool
Reply:
March 24th, 2010 at 11:39
apa yg tak kot ??
vote video apa ek?? lupalah…..
Reply