Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Syakila terselamat dari digugurkan dari Sukan Asia

Atlet karate negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan dikenakan tiga hukuman oleh Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF), selepas tamat mesyuarat khas namun tetap dibenarkan bertindak pembawa bendera kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Indonesia, bulan depan.

MAKAF berpuas hati dengan janji diberikan Syakila untuk menurunkan berat badan dan memperbaiki sikap ketika sesi latihan skuad kebangsaan.

Dia dipanggil mengadap mesyuarat khas ini selepas tidak layak menyertai Kejohanan Asia di Jordan, hujung minggu lalu ekoran masalah berat badan selain komitmen terhadap sesi latihan.

“Syakilla telah bersetuju dengan MAKAF bahawa terdapat pegawai yang akan memantau berat badannya,” kata Setiausaha Agung MAKAF, Vincent Chen.

“50 peratus daripada gaji Syakilla akan disimpan oleh MAKAF dan akan diberikan selepas tamat Sukan Asia. Kami tidak akan mengambil wang tersebut dan hanya memberikan kepadanya selepas Sukan Asia berakhir.

“Akhir sekali, tiada lagi penggunaan media sosial. Terlalu bebas menggunakan platfom ini telah menjejaskan prestasinya. Sebagai atlet elit, persembahan yang terbaik harus menjadi keutamaan,” tambahnya.

“Dia meletakkan fokus untuk Sukan Asia selepas mengharungi saat sukar ini,” jurulatih kumite negara, Andris Vasiljevs.

Syakilla akan menjalani pemantauan ketat Program Podium untuk menurunkan berat badan bagi memastikan dia dapat beraksi pada Sukan Asia Indonesia dalam kategori 55kg.

Sementara itu, bekas presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Jaafar percaya MAKAF telah membuat keputusan terbaik dalam menilai masalah disiplin Syakilla.

Ia semestinya akan menjadi pengajaran buat semua atlet tatkala kontinjen negara belum pernah menghadapi situasi di mana pembawa bendera sesuatu temasya berdepan masalah disiplin seperti ini.

“Masalah sentiasa hadir dalam sukan, saya yakin MAKAF dan MOM dapat menyelesaikan isu ini dengan baik bagi memastikan Sukan Asia dapat berjalan dengan lancar,” kata Imran.

Chef de mission (CDM) Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi pula ketika ditemui dalam perjumpaan bersama persatuan sukan berharap Syakilla memanfaatkan peluang dikekalkan sebagai pembawa Jalur Gemilang sebaiknya selain kembali membuktikan prestasi terbaik tanpa sebarang tekanan di Indonesia nanti.

“Dia dikekalkan dalam kontinjen negara kerana Malaysia meletakkan harapan di bahunya untuk membutirkan pingat emas untuk negara,” kata Zabidi.

Sumber :-Stadium Astro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)