Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni terbaca artikel di Berita Harian bertajuk ‘ Kegiatan dalam internet tetap tertakluk kepada undang-undang: SKMM’. Saya rasa ramai yang mengetahui makna SKMM. Bagi yang tak mengetahuinya, SKMM ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Antara petikan berita :-
“Internet sebagai medium berkomunikasi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, sama ada untuk menjalankan perniagaan, memberi maklumat ataupun memberi ruang untuk para penggunanya berinteraksi antara satu sama lain.
“Bagaimanapun kandungan (internet) dan kegiatan yang dilakukan melaluinya adalah tertakluk kepada undang-undang negara,
Berita Penuh sila rujuk Berita Harian online

Credit Pic from :- Brandsoftheworld
Seperti yang sedia maklum, internet merupakan sesuatu yang mudah, pantas (walaupun selalunya lembab..) dalam mendapatkan maklumat. Walaubagaimanapun kelebihan internet itu menyebabkan banyak pihak menyalahgunakan ia untuk kepentingan peribadi. Kegiatan penipuan, peras ugut, menciplak dan banyak perbuatan lain dilakukan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa SKMM merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan sektor komunikasi dan multimedia digunakan secara tepat.
Dalam artikel tersebut dinyatakan banyak laman-laman web yang telah disekat oleh SKMM laman pornografi atau yang memaparkan isu sensitif. Bukan senang nak sekat sebab ada berbillion website di internet ni..
Kalau diperhatikan ini terdapat banyak kes-kes melibatkan penipuan seperti skim cepat kaya yang berjaya ditangani oleh SKMM. Teringat zaman terlibat dengan program studiotraffic, 4daily dan swisscash. Pihak SKMM berjaya menangani walaupun telah ramai yang terduduk sebab melabur dalam program tersebut.
Selain itu terdapat juga blogger yang memainkan isu-isu sensitif yang dibawa ke muka pengadilan melalui bantuan SKMM. Jadi kepada blogger di sana, berhati-hatilah dalam menulis. Jangan ikutkan nafsu sebaliknya tulis dengan hati yang tenang. Ketahuilah yang terdapat batas-batas yang dibolehkan dalam berblog. Silap tulis, anda mampu dibawa ke mahkamah.. Kan ke leceh tu..
Kalau diikutkan masalah ketara yang sukar dibendung adalah muat turun bahan berhakcipta. Yang ini memang jadi masalah.. Jangan katakan orang lain, si penaip ni pun tetiap hujung minggu download kartun anime.. Huhuhuhuhu.. Memang susahkan nak kawal diri dari men’download’ benda hakcipta ni terutama yang memang menjadi minat kita..
Okay cukuplah entri ringkas hari ni.. Nak tulis banyak-banyak pun tak boleh sangat. Keyboard cam ayam ni buat hal plak.. Sekian.
p/s :- Rasa nak buat aduan mengenai kelembapan dan servis pembekal internet lah..
RSS Feed
Twitter



May 25th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


perlu ke buat aduan atas kelembapan..i’m sure diorang sendiri pun tahu since diorang pun sudah semestinya guna internet kan..
Reply
zool
Reply:
May 26th, 2010 at 11:40
ntahlah.. try je kan.. tak salah
Reply
hahaha…aku baru tau psal SKMM. sesungguhnya aku katak d bwh helmet…mrempit aje keja nyer…(^_^)
WORDZ-SPACE
(blog skema giler tahap gaban)
Reply
zool
Reply:
May 29th, 2010 at 18:33
kena tau gak pasal ni..
blh tau etika blog
Reply