post

Sumareh kecewa keputusan PBNP

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh yang mencetuskan kontroversi dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) kecewa dengan keputusan bekas majikan yang mengenakan penggantungan dua tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak ke atasnya.
Beliau yang kini beraksi dengan pasukan kelab dari Thailand, Police Tero FC tidak memahami hukuman yang dikenakan oleh PBNP.

“Siapa yang mengenakan penggantungan kepada saya? PBNP? Bagaimana mereka boleh menggantung pemain yang membatalkan kontrak dengan mereka. Ini satu perkara yang kelakar.

“Saya sendiri pun tidak faham dengan keputusan ini. Hanya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ataupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang boleh menggantung saya mengikut undang undang bola sepak.

“Saya tidak pernah melihat pasukan mengenakan penggantungan kepada pemain mereka. Ini kali pertama saya menyaksikan perkara sebegini,” katanya

Sumareh mengakui menerima notis daripada PBNP namun tidak hadir atas alasan munasabah.

“Ya, saya terimanya (notis). Saya memberikannya kepada peguam dan meminta mereka berhubung dengan peguam saya. PBNP tahu saya berada di Thailand tetapi meminta saya hadir untuk mengadakan pertemuan.

“Bagaimana saya mahu hadir kerana saya sudah berada di sini. Mengapa mereka nak berbincang dengan saya kerana apa sahaja urusan, mereka perlu berhubung dengan peguam saya,” katanya.

PBNP telah mengenakan penggantungan dua tahun kepada Sumareh daripada sebarang aktiviti bola sepak selepas melanggar terma kontrak dengan persatuan itu.
Pada sesi pendengaran perbicaraan kes Sumareh yang dipengerusikan Rizal Chek Hashim, sebanyak empat pertuduhan dikenakan terhadap Sumareh dengan dia didapati bersalah atas semua pertuduhan itu, namun semua hukuman dijalankan serentak.

Sumber :-BHarian

Secara jujurnya kami di Ligakampung.com juga bersependapat bahawa hukuman menggantung aktiviti Sumareh hanya boleh dilakukan oleh FIFA. Mungkin pihak undang-undang PBNP perlu memperhalusi keputusan tersebut dan tindakan yang sesuai.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.