Sultan Mizan sertai Sukan SEA sebagai atlet

Percayakah anda seorang Raja menjadi atlet dalam sukan dan bakal mewakili negara? Mungkin ramai yang telah mengetahui bahawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan seorang raja yang berminat dengan acara sukan kuda namun ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau sanggup untuk turun sebagai atlet bagi mewakili negara.
Baginda yang sememangnya aktif dalam acara sukan ekuestrian bagi acara endurance dijangka akan menyertai kontijen Sukan SEA Kuala Lumpur dengan mengambil bahagian dalam kejohanan Terengganu International Park, Lembah Bidong pada 11-14 Mei ini.

Menurut Naib Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) Mohamad Din Mat, Sultan Mizan bukan calang-calang atlet kerana baginda tersenarai dalam ranking dunia dalam acara yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental ini. Dalam kenyataannya, Mohamad Din berkata bahawa Sultan Mizan adalah antara empat ekuestrian terbaik negara yang berada dalam ranking dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI).
Malahan beliau juga telah menyatakan minat untuk menyertai Sukan SEA sekiranya terpilih nanti.

Dalam kejohanan di Lembah Bidong nanti, EAM akan mengadakan lima pusingan kelayakan dan pusingan terakhir untuk memilih 12 atlet bagi menjalani latihan pusat ke Sukan SEA nanti. Pasti ia akan menjadi satu sejarah sekiranya Sultan Mizan terpilih ke Sukan SEA Kuala Lumpur pada 19-30 Ogos nanti.
Pada Sukan SEA Myanmar pada 2013, skuad negara meraih dua pingat emas dimana ianya merupakan antara pencapaian terbaik negara dalam acara

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply