SUKMA 2018 : Raja , Ratu Pecut Baharu Muncul

Ketiadaan beberapa jaguh pelari pecut kebangsaan yang sebelum ini beraksi dalam SUKMA di Sarawak iaitu Khairul Hafiz Jantan (menarik diri) dan Jonathan Nyepa (telah lebih had umur) sepatutnya memberi ruang kepada pelari kebangsaan seperti Muhammad Haiqal Hanafi, Muhammad Zulfiqar dan Badrul Hisyam namun sebaliknya pelari dari Selangor, Muhammad Aqil Yasmin berjaya melakar kejutan di peringkat akhir.


Pelari berusia 21 tahun berjaya menjadi pelari pertama melintasi garisan penamat selepas mencatatkan masa 10.39 saat bagi mengatasi Haiqal dan Zulfikar tatkala Badrul Hisyam tidak layak ke perlawanan akhir. Catatan 10.39 saat yang merupakan catatan terbaik peribadinya meninggalkan pesaingnya iaitu Haiqal yang mencatat 10.43 saat manakala Zulfiqar yang mendapat gangsa dengan catatan 10.46 saat.
Aqil yang merupakan pelajar Diploma Sains Sukan di UiTM Shah Alam berkata dia tidak mahu cepat berpuas hati dengan catatan masa yang dilakukan kerana ia masih jauh dengan rekod SUKMA yang dicatatkan Khairul Hafiz Jantan iaitu 10.18 saat.

Dalam acara wanita pula, Azreen Nabila dari Terengganu menepati ramalan untuk memenangi pingat emas selepas mudah meninggalkan lawannya. Azreen juga berjaya meleburkan rekod SUKMA berusia 10 tahun yang dicatatkan oleh Siti Farima Mohamad selepas melakar masa 11.81 saat dimana pantas 0.01 saat dari rekod terdahulu.
Perak dimenangi oleh atlet Sabah, chelsea Cassiopea evali Bopulas dengan masa 12.17 saat manakala gangsa juga dimenangi atlet dari Sabah Ikma Syaffiera Duris.

Selain itu acara 400 meter lelaki menyaksikan rekod baharu Sukma berjaya dipecahkan oleh atlet Selangor, Muhammad Ilham Suhaimi selepas mencatat masa 47.02saat mengatasi rekod yang dilakukan bekas pelari kebangsaan Zaiful Zainal Abidin 47.34saat yang dilakukan pada Sukma 2002 di Sabah.

Video Acara 100 Meter Lelaki dan Wanita

 

Ligakampung.com berharap agar atlet yang menyinar di dalam Sukma ini perlu diberikan perhatian agar perkembangan mereka tidak berada dalam keadaan statik. Kegagalan Badrul Hisyam untuk layak ke akhir(akibat menarik diri) serta penarikan diri Khairul Hafiz Jantan perlu diambil perhatian oleh Kesatuan Olahraga Malaysia. Apa isu  yang menyebabkan ianya berlaku ? Persatuan negeri perlu melakukan siasatan terhadap isu ini.

Ligakampung.com mendapati Badrul Hisyam yang dulunya merupakan pemenang kini semakin hari semakin rebah. Apa sudah jadi kepada atlet yang dulunya hampir memecahkan rekod kebangsaan (yang akhirnya tidak diiktiraf) ketika memenangi Kejohanan Sekolah Sukan ASEAN, 3 tahun yang lalu. Adakah perhatian yang diberikan ketika itu memberikan tekanan kepada anak muda itu sehingga kini sukar untuk kembali mencatat masa terbaiknya? Dan lebih menyedihkan apabila beliau tidak mampu untuk LAYAK ke pusingan akhir di Sukma ini sedangkan beliau masih bergelar atlet kebangsaan. Sesuatu perlu dilakukan agar bakat anak muda ini tidak terkubur di usia mudanya.

Begitu juga dengan isu Khairul Hafiz Jantan yang menarik diri. Adakah terdapat isu dalaman yang masih tidak diselesaikan ataupun atlet ini sudah mula menjadi EGO ? Perlu diingatkan bahawa pencabar beliau semakin hebat di peringkat Asia Tenggara dan juga di peringkat kebangsaan. Jika beliau tidak dibimbing dengan betul mungkin kariernya hanya setakat ini sahaja. Dalam tempoh terdekat ini pun catatan masa terbaiknya masih belum mampu melepasi angka 10.20 saat dimana ketika Sukan Asia tempohari beliau hanya mencatat masa 10.46 saat, jauh dari catatan pelari yang memenangi Sukan Asia 2018 iaitu Su Bingtian yang mencatat masa 9.92 saat. Malahan pencabar di peringkat Asean iaitu pelari dari Indonesia, Lalu Muhamad Zohri juga berjaya mencatat masa yang baik di peringkat akhir iaitu 10.20 saat. Hampir menyamai catatan terbaik peribadi Khairul Hafiz.

Bagi pelari wanita iaitu Azreen pula, catatan 11.81 saat itu masih jauh dari catatan rekod kebangsaan yang dipegang pelari kebangsaan, Zaidatul Husniah iaitu 11.45 saat. Cabaran perlu dilakukan oleh beliau untuk cuba menyaingi Zaidatul bagi memartabatkan acara wanita 100 meter di peringkat ASEAN dan mungkin ke Asia juga pada satu masa nanti.

Kita perlukan atlet olahraga dari Sukma ini untuk terus menyinar dalam kejohanan tinggi bagi menaikkan nama negara di persada sukan dunia.

1 thought on “SUKMA 2018 : Raja , Ratu Pecut Baharu Muncul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives