LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

SUKMA 18 : Khairy Puji Penganjuran

Penganjuran SUKMA telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Admin juga telah menyaksikan upacara penutup di Stadium Sarawak pada Ahad yang lalu.
Memang penganjuran yang cukup meriah selain kejayaan beberapa acara sukan meraih perhatian peminat sukan tempatan.

majlis-penutup-SUKMA

Dalam satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berpuas hati dengan penganjuran SUKMA yang disifatkan sebagai berjaya. Dalam SUKMA di Sarawak ini, enam rekod kebangsaan dan 57 rekod kejohanan berjaya dipecahkan oleh atlet-atlet.
Pelari sensasi negara, Khairul Hafiz Jantan yang berjaya memecahkan 1 rekod kebangsaan serta 3 rekod SUKMA dijangka akan diserapkan ke dalam Program Podium atas aksi cemerlangnya.

Pemecah-Rekod-SUKMA-2016

Beliau berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100m iaitu 10.30s yang sebelum ini dimiliki oleh Watson Nyambek melalui catatan 10.18s. Dengan kejayaan itu beliau meraih ‘atlet terbaik lelaki’.
Bagi ‘atlet terbaik wanita’ pula pemanah daripada Terengganu, Nur Aqilah Yusof berjaya dinobatkan selepas meraih tiga pingat emas dan dua gangsa pada temasya kali ini serta memperbaharui rekod kebangsaan 328 mata milik Mon Redee Sut Txi dalam acara 70m recurve wanita yang dilakukan pada Sukan SEA Vietnam pada 2003 dengan catatan 331 mata.
Selain itu beliau juga mencipta rekod SUKMA dalam acara recurve 60m wanita.

Kontinjen Selangor pula diumumkan sebagai juara keseluruhan temasya SUKMA selepas berjaya mengumpul 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa.
Ini merupakan kali kesembilan kontinjen Selangor merangkul gelaran juara SUKMA pada 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2013.

Sumber : BERNAMA

Secara jujurnya SUKMA kali ini memberikan atlet-atlet yang berjaya. Semoga ia menjadi medan untuk melahirkan para pelapis negara. Semoga penganjur selepas ini iaitu negeri Perak akan menganjurkan SUKMA dengan lebih baik. Mungkin pada masa tu Ligakampung.com boleh buat liputan kot.

Please follow and like us:
error0

One thought on “SUKMA 18 : Khairy Puji Penganjuran

  1. Semoga bakat Khairul Hafiz Jantan dapat digilap… supaya beliau dapat mengharumkan nama Malaysia dalam sukan Olahraga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)