Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Bila memiliki rumah, masalah kerosakan adalah sesuatu yang menjadi perkara pasti dihadapi oleh pemiliknya. Begitu juga dihadapi oleh si ZOol yang memiliki rumah kos sederhana di daerah Jasin. Setelah hampir 5 tahun memiliki rumah (rumah tersebut lebih dari itu) tersebut telah ada beberapa kerosakan timbul. Kebiasaanya, terdapat ‘overflow’ pada tangki air dirumah namun kini telah diselesaikan.
Kini terdapat beberapa benda yang mula menampakkan kerosakannya iaitu pintu belakang rumah, kipas dan beberapa lampu rumah. Sebelum ini si Zool menyewakan pada pasangan yang berkahwin namun mereka telahpun keluar rumah hampir setahun lalu bagi mencari tempat yang lebih sesuai. Dalam keadaan itu, memang si Zool dapati terdapat kerosakan pada pintu belakang rumah namun tak sempat untuk mengumpul duit, telah masuk penyewa baru. Jadi tertangguh seketika untuk menukar pintu belakang tersebut. Namun penyewa yang baru terdiri dari budak perempuan bujang memaklumkan kepada bapa tentang masalah ini. Jadi, mahu atau tidak selaku tuan rumah si ZOol perlu juga menyelesaikannya.
Memang bukan mudah untuk menukar pintu rumah. Walaupun sebenarnya kerja-kerja ini mungkin mengambil masa beberapa jam sahaja tapi banyak masalah yang dihadapi oleh Zool seperti :-
1. Memikirkan samada nak membaiki atau menukar pintu rumah tersebut. Memandangkan kerosakan tersebut agak teruk maka penggantian perlu dilakukan.
2. Mencari orang yang boleh menukarnya. Kalau ikutkan kat dalam pejabat memang ada yang boleh menggantikannya tapi bukan mudah nak minta tolong orang yang kita kenal. Pelbagai alasan bila diminta tolong. Maka terpaksa mencari alternatif lain.
Kemudian, saya mencuba pula seorang rakan pemaju projek berhampiran. Pada mulanya, beliau memberikan kakitangan beliau yang boleh melakukan kerja tersebut namun ianya juga mengalami karenah birokrasi. Rakan beliau menyuruh saya membeli pintu tersebut dan beliau akan memasangnya. Ini adalah sukar memandangkan si Zool tidak pandai dalam hal-hal pertukangan.
Mencari lagi alternatif lain, kali ini meminta bantuan seorang jurutera yang mempunyai rakan kontraktor yang bekerja di kawasan Jasin. Alhamdulillah dapat menghubungi kontraktor tersebut dan mereka melawat juga ke rumah tersebut walaupun mengambil masa hampir seminggu.
3. Walaupun telah mendapat kontraktor untuk membaiki kerosakan rumah tersebut namun ianya masih belum selesai. Ada je lagi halangan untuk membaiki pintu rumah tersebut. Kali ini pihak kontraktor mengambil masa untuk menempah pintu belakang tersebut. Setelah hampir seminggu pintu tersebut dapat ditempah namun masalah lain pula yang berlaku. Pihak kontraktor tidak mendapat waktu yang sesuai dengan penyewa rumah si Zool. Bila mereka nak buat kerja, penyewa pula tiada di rumah. Jadi kerja pun jadi terbengkalai walaupun si ZOol bersedia dengan wang bagi kerja-kerja pembaikan ni.
Nampaknya sasaran untuk rumah untuk diperbaiki pada minggu ini tertangguh lagi. Diberitakan bahawa pihak kontraktor akan memperbaiki kerosakan pada hari Rabu ini ( 20 Jun 2012) setelah mendapat masa penyewa. Harap begitulah.
Memang bukan mudah nak perbaiki rumah yang disewakan ni. Banyak halangan yang perlu dihadapi. Harap-harap ianya dapat diselesaikan pada Rabu ini.
Bagaimana pula dengan anda? Punya pengalaman membaiki rumah tak?
Sekian..


biasalah tu.sabar ajelah. nanti-nanti, siap jugaklah..
Reply
zool
Reply:
June 17th, 2012 at 18:48
tu le pasal.. kena gak tunggu.
Reply
bro x nk try padang sendiri ker?..ehehe
Reply
zool
Reply:
June 17th, 2012 at 18:49
tak boleh bro.. nanti jadi tikus baiki labu.. memang bukan bidang saya tu
Reply
ujian Allah untuk kesabaran kita. insyaAllah akan selesai. bagi orang yg biasa buat diy, senang bagi dia. bagus serah pada pakar sebab melibatkan keselamatan juga pintu ni
Reply
zool
Reply:
June 17th, 2012 at 20:38
saya memang tak pakar.. nanti jahanam pintu tu.. memang sabar.. harap2 dapat selesai jua
Reply