Sukarnya hidup di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Baru-baru ni pergi ke Kuala Lumpur di Plaza GM, Chow Kit untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai baju kanak-kanak dari syarikat SmartQaseh. Alhamdulillah nampaknya jalan untuk projek terbaru mungkin akan berjaya dilaksanakan. Kepada sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil dalam lingkungan 1-6 tahun bolehlah menghubungi si Zool sekiranya ingin mendapatkan pakaian kanak-kanak yang berkualiti dengan harga yang menarik.

Ini merupakan kali pertama saya singgah ke Plaza GM. Memang kawasan tersebut sesak dengan pelbagai barang-barang borong. Ingatkan dapatlah mengeteh kejap dengan rakan di Smartqaseh tapi kesibukan beliau menenggelamkan hasrat. Terpaksalah mendapatkan maklumat sambil beliau melayan pelanggan. Tapi memang nampak kesibukannya. Tak hairanlah yang beliau kini telah mampu memandu kereta BMW. Walaupun kedainya tidak besar namun barang-barangnya penuh satu kedai.

Okay, berbalik kepada tajuk. Sememangnya kehidupan di ibu kota amatlah sukar. Walaupun hanya kurang dari 7 jam je saya datang ke Kuala Lumpur namun kehidupan di sana bukanlah tempat yang sesuai. Dengan jalan yang sesak, kereta naik lif untuk parking, harga parking yang mahal, jalan yang mengelirukan, makan mahal dan macam-macam ragam manusia sekelilingnya.
Sememangnya saya salute dengan mereka-mereka yang mampu berjaya di kota raya tersebut (termasuklah rakan Smartqaseh). Bukan mudah untuk berjaya kerana persaingan di sana cukup hebat.

Sambil tu cuba kita hayati lirik lagu Kotarayaku dendangan Altimet.

Gambar dari TheStar

Lirik Kotarayaku – Altimet
Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila-sila
Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur

Chorus
Oh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Di pijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura-kura
Bukan main-main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap *******
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur

Ulang Chorus

Aku rehat sebentar di kaki lima
Yang jadi riba melayan minda
Aku sedar kota sekadar latar
Untuk opera hidup yang bermain di layar lara

Sumber Lirik :- 1liriklagu

Di Kuala Lumpur memang banyak ragam. Tak semua orang yang hidup suka. Ramai juga yang tersungkur di tengah jalan. Apapun kepada warga kota semua, saya doakan semoga anda berjaya mencari sesuatu di sana. Tidak mungkin si Zool, budak kampung mampu menghadapi rintangan dan dugaan seperti anda semua..

Disebabkan kesesakan yang amat menyebabkan perjalanan ke Kuala Lumpur agak kosong dan tiada pengisian yang menarik untuk dikongsi.Bukan sebab Kuala Lumpur tidak menarik cuma matlamat perjalanan kali ini lebih untuk projek dan bukan untuk bercuti-cuti. Cuma selain dari Plaza GM, saya dibawa oleh rakan untuk makan char koey teow di Danau Kota. Kedai bernama Mali’s Corner tersebut cukup meriah. Yang menariknya ia menggunakan konsep ala-ala restoran makanan segera dan cukup panjang barisannya. Hampir 1/2 jam juga nak tunggu semata-mata untuk char koey teow. Tapi namapun ‘KL’ memang camtulah. Kalau berjaya, memang boleh jadi jutawan tapi kalau silap alamat boleh tersembam jatuh.. Apapun itulah dia kehidupan di KL yang penuh pancaroba.

Mungkin kalau ada kelapangan si Zool akan berjalan-jalan kembali ke Kuala Lumpur. Tapi kena ada seorang pemandu pelancong sebab si ZOol memang tak reti jalan-jalan kat KL ni. Memang sesat wooo…

Okay, cukuplah setakat ini.
Terima kasih .

Pengunjung Entri Ini :3192

8 comments:

  1. Alah bisa tegal biasa zool..Mula2 memang sukar tapi lama2 akan mudah..Bb duk kat Subang..tapi jarang ke KL..sebab kete masih lagi manual..malas plak nak tukar auto..tapi kalau jalan2 di pinggiran KL selalu la..tak tahu jalan redah saje..hehe ;)

    Reply

    zool Reply:

    ye la.. tapi ramai yg merungut dan jadi gila juga dengan kehidupan kat sana

    Reply

  2. ohoho, jarang berkunjung ke KL ya? Komentar yang sama biasanya juga diucapkan oleh orang-orang dari kota lain jika berkunjung ke Jakarta: “Macet ya” “Panas ya” “How can I survive here?!” etc. :D

    Reply

    zool Reply:

    betul la tu.. memang jarang gi KL.. tak minat hidup kat sana. org2 tough je yg mampu

    Reply

  3. memang sibuk gila, time saya pi cuti di KL je dah sesak semacam. tapi itu cuma tinggal 1 hari tapi kos sewa di Hotel sana bukan main lagi RM100 1 bilik, apa lagi 4 orang dalam 1 bilik kecil. gila

    KL oh KL, biz mudah tapi persaingan gila hebat

    Reply

  4. biasa la zool. begitulah cabaran hidup di kuala lumpur. orang macam kita ni, jiwa kampung. kalau terpaksa duduk di kuala lumpur, mesti rindu nak dengar bunyi ayam berkokok pagi. aku yakin kat kampung pun boleh berjaya. yang penting usaha. betul tak?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

68,599 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge