LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sukan Sekolah-sekolah ASEAN – Kuartet 100 meter raih perak

Impian untuk mendapatkan pingat emas dalam saingan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 tidak tercapai selepas kuartet yang dibarisi t Helmi Zaquan, T. Loganesh, Muhammad Muzakkir Reza Khalili dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi sekadar memungut pingat perak.
Azeem yang sebelum ini menjuarai acara 200 meter gagal untuk bersaing dengan pelari terakhir Indonesia, Adith Rico Pradana sekaligus terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

“Malaysia beraksi dengan barisan kuartet kedua kerana rakan sepasukan, Arsyad, mengalami kecederaan namun berjaya menamatkan saingan di tempat kedua. Ternyata sasaran emas bagi acara ini tidak berjaya dihasilkan tetapi kami akan cuba lagi pada tahun akan datang,” kata Azeem.

Azeem sebelum ini berjaya mencatat sejarah selaku pemenang pingat emas termuda acara 200 meter selepas mencatat masa 21.63 saat . Sebelum itu beliau tewas kepada Adith Rico Pradana dalam acara 100 meter selepas mencatat masa 10.85 saat manakala juara mencatat masa 10.73 saat.
Dalam usia 15 tahun , Azeem pasti mempunyai peluang yang cerah dan perlu dikembangkan dengan sebaiknya.

  • Sumber : Stadium ASTRO
Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)