LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sukan SEA : Pasukan Bolasepak Malaysia atasi Myanmar

Perlawanan ketiga untuk skuad bawah 22 tahun negara. Kemenangan pasti akan mengesahkan kemaraan pasukan bola sepak muda negara melangkah ke separuh akhir.
Namun bukan satu tugas mudah kerana perlu bertemu pasukan Myanmar yang cukup ampuh dengan jaringan besar ketika menumpaskan Singapura dan Brunei.

Malaysia bermula sedikit lambat pada separuh masa pertama. Serangan dari Myanmar dapat dipatahkan.
Serangan mula menampakkan hasil dalam 20 minit terakhir separuh masa pertama. Penyerang berbisa, N Thanabalan sekali lagi membuktikan kemasukannya berbaloi.
Berada di tempat dan masa yang tepat, N Thanabalan menadah kakinya yang mana bola terus masuk ke dalam gawang yang ternganga pada minit ke 33.
Dalam ketika itu, Myanmar cuba melakukan sesuatu dan satu counter attack tiba ke kaki Kumaahran yang terus menghantar ke dalam kotak gol yang disambar oleh pemain sensasi, Safawi Rashid.
Selepas itu pasukan negara cuba mencari gol ketiga untuk dibawa ke separuh masa kedua namun tandukan S Kumaahran tidak tepat ke sasaran.

Pada separuh masa kedua, pasukan negara sedikit mengendurkan serangan dan lebih banyak mengawal permainan. Pasukan Myanmar hampir mendapatkan gol namun kecekapan penjaga gol. N Thanabalan sekali lagi membuktikan kehebatan di gawang gol apabila menyambar hantaran baik rakan pada minit ke 82 sekaligus memusnahkan harapan pasukan Myanmar untuk sekurang-kurangnya mendapat 1 mata dalam perlawanan ini. Pasukan Myanmar mendapat gol pada minit ke 86 menerusi Than Paing.

Keputusan Penuh pasukan Malaysia menumpaskan pasukan Myanmar dengan keputusan 3-1.

Tahniah kepada pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee namun perjuangan masih belum selesai dan mereka perlu menempuh laluan yang pasti lebih sukar selepas ini

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)