LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sukan SEA : Olahraga pungut 3 emas, Bola Sepak Juara Kumpulan A

Hari ini nampaknya impian untuk melihat pelari pecut negara, Khairul Hafiz merangkul emas dalam acara 200 meter musnah selepas beliau hanya mampu berada di tangga keempat.
Walaubagaimanapun kem olahraga negara ceria apabila memungut tiga pingat emas. Emas dipungut melalui acara lompat kijang oleh Muhamad Hakimi Ismail yang berjaya mencatat rekod baharu kejohanan dengan catatan 16.77 meter memecahkan rekod lama yang diciptanya pada temasya di Singapura dengan catatan 16.76 meter.
Pelontar tukul besi, Jackie Wong juga menceriakan kem olahraga negara apabila memungut emas serta memecahkan rekod kejohanan apabila melakukan lontaran sejauh 65.90 meter memadamkan rekod lama milik atlet dari Filipina Caleb Stuart 65.63 meter yang dilakukan di Sukan SEA 2015 di Singapura.
Atlet jalan kaki 10 kilometer wanita, Elena Goh pula melakar kejutan apabila memenangi emas dalam acara itu.

Zaidatul Husniah meraih perak acara 200 meter

Bagi atlet lain, Zaidatul Husniah berjaya menambah koleksi perak pada kejohanan kali ini apabila mendapat perak dalam acara 200 meter. Pelari lelaki, Thevar Gunasegaran pula berjaya memintas Khairul Hafiz untuk membawa pulang pingat gangsa bagi acara 200 meter.

Bagi acara sukan bola sepak pula, skuad Bola Sepak bawah 22 tahun berjaya menduduki tangga teratas kumpulan A selepas menumpaskan Laos dengan keputusan 3-1.
Tahniah bagi atlet negara apabila pada hari ini pingat emas telah bertambah sebanyak 50 pingat emas. Impian untuk mencapai 111 pingat emas nampaknya tidak terlalu jauh untuk digapai.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)