LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sukan SEA : Emas Pertama melalui Chinlone

Mungkin bila sebut sukan ini ia agak asing bagi kita (termasuk admin). Namun selepas ini ia pasti akan menjadi tanda tanya dan mungkin ada ada pengikutnya.
Sukan Chinlone berjaya mencatat sejarah apabila meraih pingat emas pertama negara pada temasya Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Malaysia.

Emas pertama itu diraih selepas pasukan negara menumbangkan pasukan Filipina dengan memungut 389 mata berbanding skuad lawan yang memungut 270 mata sahaja. Aksi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada hari Rabu lalu menyaksikan skuad negara beraksi konsisten sepanjang permainan.
Pasukan chinloe negara diwakili oleh Muhammad Faiz Roslan, Mohamad Kamal Aizat Ami, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Israfi Kamarulzaman, Muhamad Asyraaf Hadi, Izuan Afendi Azlan Mohd Nazuha Mohd Naszli dan Iskandar Zulkarnain Salim meneruskan aksi sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin.

Tahniah kepada skuad chinloe negara. Sambil-sambil itu mari kita belajar apa itu Chinlone.
Sukan Chinlone pada asalnya dikenali sebagai bola rotan dan merupakan permainan tradisi masyarakat Myanmar. Sukan ini biasanya melibatkan 6 orang yang bermain sebagai satu kumpulan. Chinlone menyaksikan individu memberikan bola kepada rakan yang berada dalam bulatan tanpa menggunakan tangan.
Terdapat seorang pemain berada di dalam bulatan.Perlawanan akan dihentikan apabila mencecah tanah dan markah akan dikira. Pemain memerlukan kemahiran untuk menimbang bola raga atau takraw mengikut displin berdasarkan kategori tertentu.Kiraan mata menerusi timbangan sempurna oleh setiap pemain dalam masa 10 minit.

Sukan ini mula diperkenalkan di Sukan SEA pada tahun 2013 dan terdapat empat kategori dipertandingkan iaitu non-repetition event(primary), same stroke event, linking event dan non-repetition event(secondary). Myanmar tidak bertanding dalam acara Sukan SEA 2017 walaupun telah merangkul enam pingat ema ketika sukan ini diperkenalkan pada tahun 2013.

 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)