LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sukan SEA 2017 : Pemain Gantian Membantu Skuad Bola Sepak Rangkul Kemenangan

Perlawanan kedua bagi pasukan bola sepak Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA 2017. Selepas berjaya menang tipis ke atas pasukan Brunei pada perlawanan Isnin lalu, pasukan negara bertemu pasukan jiran, Singapura.
Pasukan pemain bawah 22 tahun berjaya mencapai objektif mendapatkan tiga mata dalam perlawanan kedua ini. Perlawanan kali ini, skuad negara bermula agak goyah. Pasukan Singapura yang tumpas pada perlawanan pertama ke atas Myanmar berjaya menguasai barisan tengah tatkala skuad negara tercari rentak.
Kesilapan barisan pertahanan negara yang leka dihukum oleh pemain Singapura Amirul din yang melakukan cubaan tatkala barisan pertahanan teragak-agak untuk masuk.
Gol tersebut mengejutkan barisan negara dan pada minit terakhir, sepakan percuma dari Safawi Rashid singgah di palang gol.

Masuk ke separuh masa kedua, Datuk Ong Kim Swee melakukan pertukaran apabila Nor Azam Azih dan N Thanabalan dimasukkan. Kemasukan dua pemain gantian ini menampakkan perubahan di barisan serangan. Hasilnya, Nor Azam Azih melakukan satu rembatan dari penjuru kotak kanan untuk menghasilkan satu jaringan yang cantik pada minit ke 68.
Jaringan itu membuka semangat pasukan negara dan S Kumaahran mendapat peluang namun rembatan tersasar. Serangan bertali arus akhirnya menyaksikan Safawi Rasid melakukan rembatan yang terbias kepada pemain Singapura menuju ke pintu gol. N Thanabalan yang berada berhampiran terus melakukan satu sentuhan ke dalam pintu gol yang terbuka luas sekaligus memberikan gol kemenangan pada minit ke 73.
Satu percaturan yang baik oleh ketua jurulatih negara tatkala selepas buntu menghasilkan gol pada separuh masa pertama.

Secara jujurnya, admin merasakan masih banyak yang perlu diperbaiki oleh skuad muda negara ini. Kelemahan ketara adalah pada ball positioning dimana banyak kali cut back yang dilakukan dibahagian kiri dan kanan namun tiada penyudah.
Malahan terdapat juga situasi pemain pertahanan cuba bermain fancy dan hampir dihukum oleh barisan penyerang Singapura. Mungkin mereka perlu faham situasi bagi mengelakkan dihukum pihak lawan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)