Sukan SEA 2017 : Khairul Hafiz Jantan pelari pecut terpantas Asia Tenggara

Pelari pecut muda negara, Khairul Hafiz Jantan menceriakan kem olahraga negara selepas berjaya memenangi acara pecut 100 meter Sukan SEA 2017 sebentar tadi.
Dalam saringan akhir yang tamat sebentar tadi, Khairul Hafiz Jantan berjaya memecut pantas untuk mencatat masa 10.38 saat. Walaupun catatan itu jauh dari catatan terbaiknya, 10.l18 saat namun kemenangan adalah lebih penting dari itu.
Nampak pada meter terakhir beliau memperlahankan pecutan serta mengangkat tangan selepas yakin berada di tangga pertama yang berjaya menjadi Raja Pecut ASEAN bagi tahun ini.

khairul hafiz
Khairul Hafiz menamatkan saingan dengan memenangi pingat emas

Beliau berjaya menamatkan penantian 16 tahun untuk meletakkan nama selaku pelari pecut yang berjaya memenangi pingat emas dalam Sukan SEA tahun ini. Selepas ini pastinya kita akan menantikan samada Khairul Hafiz mampu menjuarai acara 200 meter pula.

Dalam keputusan lain di venue olahraga, jaguh lempar cakera, Mohd Irfan Shamsuddin berjaya mencatatkan emas hatrick di Sukan SEA apabila mencatat lontaran sejauh 58.36 meter pada kejohanan kali ini. Selain itu, pelari pecut wanita Zaidatul Husniah pula berjaya memenangi pingat perak dalam acara 100 meter wanita dengan catatan 11.74 saat.

ziyad zulkifli
Ziyad melakukan lontaran bertenaga

Manakala atlet para yang mencabar atlet normal, Ziyad Zulkifli berjaya mencatat 17.12 meter untuk mendapatkan gangsa. Pasti pencapaian yang cukup hebat untuk beliau yang kali pertama bertanding dalam kejohanan yang cukup tinggi di peringkat ASEAN ni.

Kredi Gambar : Facebook Berita Harian

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Sukan SEA 2017 : Khairul Hafiz Jantan pelari pecut terpantas Asia Tenggara

Leave a Reply