post

Sukan SEA 2013 : Malaysia ke separuh akhir selepas menumbangkan Vietnam

Skuad Harimau Muda yang dalam perjuangan untuk mendapatkan pingat emas berjaya melepasi ranjau di peringkat kumpulan. Selepas menang 2 perlawanan dan seri 1, skuad Harimau Muda memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri ketika perlawanan terakhir menentang Vietnam. Bukan satu tugas yang mudah memandangkan Vietnam mempunyai barisan pemain yang hebat.
Perlawanan yang baru tamat beberapa minit yang lalu berjaya disudahkan oleh anak buah Datuk Ong Kim Swee apabila pemain bawah 23 tahun negara berjaya menumbangkan skuad Vietnam dengan keputusan 2-1. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Ashri Chuchu dan D Saarvindran pada minit 82 dan 90 manakal Mac Hong Quan dari Vietnam menjaringkan gol saguhati pada minit ke 95.
malaysia-vs-vietnam

Kemenangan ini memberikan tiket selaku juara kumpulan A untuk menentang musuh ketat, Indonesia pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung pada 19 Disember nanti. Sudah pasti perlawanan tersebut akan cukup mendebarkan kerana masing-masing ingin membuktikan kehebatan bagi melangkah ke perlawanan akhir. Pada pendapat saya, perlawanan pada malam ini banyak dibantu oleh kecemerlangan barisan pertahanan negara. Banyak serangan yang mendebarkan dilakukan oleh Vietnam tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan yang diketuai oleh Fadhli Sas. Cuma barisan serangan perlu lebih tajam di barisan hadapan.
Semoga berjaya skuad Malaysia bagi mengharungi perlawanan akan datang. Sudah pasti emas akan menjadi impian pemain dan penyokong bolasepak negara.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Sukan SEA 2013 : Malaysia ke separuh akhir selepas menumbangkan Vietnam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.