Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sukan Renang dan Sejarahnya

Anda minat sukan renang? Jika ya, mungkin artikel ini sedikit sebanyak berguna kepada anda. Bagi yang tidak berminat juga boleh membaca artikel ini untuk kita mendapat sesuatu ilmu.
Seperti yang kita ketahui, 70% dari permukaan bumi terdiri dari air dan kemahiran berenang merupakan salah satu yang perlu dikuasai. Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan latihan praktikal untuk menguasainya.|

Ramai yang terlibat dalam aktiviti ini mendapati ianya sangat menyeronokkan. Ianya boleh dijadikan sebagai satu hiburan dan juga terapi pada tubuh badan kita. Ia mampu membina dan mengembangkan kecerdasan fizikal seperti kekuatan, ketahanan dan kelenturan otot.

Sejarah Sukan Renang

Menurut pakar sejarah, aktiviti renang telah bermula sejak zaman pra-sejarah dimana terdapat lukisan di dinding gua di Wadi Sora, Mesir menunjukkan aktiviti ini telah mula dilakukan pada ketika itu. Menurut catatan sejarah, pertandingan renang pertama telah diselenggara oleh Kaisar Suigui pada tahun 36 sebelum Masihi.

front-crawl-photos
Sekitar tahun 1800, kejohanan renang mula diadakan di Eropah. Ketika itu gaya dada merupakan kaedah renang yang digunakan. Pada tahun 1844, 2 orang asli dari Amerika Utara bernama Flying Gull dan Tobacco yang menyertai pertandingan ini telah menggunakan gaya tersendiri seperti gaya bebas yang digunakan dalam pertandingan utama pada hari ini.

Gaya bebas ini telah dipopularkan oleh John Arthur Trudgen setelah meniru gaya renangan orang asli Amerika yang berenang menggunakan tangan sahaja. Gaya itu yang dikenali sebagai ‘the trudgen’ telah ditambahbaik oleh Richard Frederick Cabill dengan menambah tendangan mengibas.

Renang merupakan salah satu acara sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1896 di Athens, Greece.
Pada tahun 1908, Persatuan Renang Sedunia (FINA) telah dibentuk untuk membentuk peraturan dalam kejohanan renang.

Pertandingan renang menjadi popular pada abad ke 19 dan terdapat 34 buah acara dipertandingkan. Acara renang Sukan Olimpik diadakan di dalam kolam yang mempunyai 50 meter panjang. Dalam Sukan utama seperti Sukan Olimpik terdapat 4 gaya dipertandingkan iaitu gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak lentang, gaya kuak dada dan gaya bebas.

Sejarah Sukan Renang di Malaysia

Aktiviti sukan renang telah mula mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia sejak awal abad kedua puluh lagi. Ketika itu banyak kelab-kelab renang ditubuhkan seperti Penang Swimming Club dan kemudian European Swimming Club telah ditubuhkan sekitar tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur.

subjpswim3-articlelarge
Taraf sukan renang dinaiktaraf pada sekitar tahun 1931 melalui pengelolaan The Malayan Chinese Olympiad. Setelah itu banyak persatuan renang ditubuhkan dan pertandingan antara kelab digantikan dengan pertandingan antara negeri.

Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Malaya telah menyertai acara renang di Sukan Olimpik 1956 di Melbourne, Australia. Ketika itu persatuan renang Malaysia dikenali sebagai Amateur Swimming Union, Malaysia (ASUM). ASUM merupakan ahli bagi gabungan badan renang dunia FINA dan telah mula menyertai beberapa pertandingan renang antabangsa termasuklah Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan kejohanan renang dunia pada tahun 1956.

Dalam acara renang di Malaysia terdapat ramai lagenda terutamanya Nurul Huda Abdullah  yang berjaya memenangi 8 pingat emas ketika Sukan SEA XV di Kuala Lumpur pada tahun 1989 sehingga dinobatkan sebagai atlet terbaik ketika itu.

nurul huda
Nurul Huda , perenang lagenda negara

Selain itu, terdapat juga perenang lelaki yang hebat iaitu Jeffrey Ong yang pernah mewakili Malaysia ketika Sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan dan 1992 di Barcelona, Sepanyol. Selain itu terdapat nama-nama seperti Daniel Bego yang mewarnai sukan negara.
Selain acara sukan renang, terdapat juga acara seperti penerjun yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf antarabangsa seperti Pandalela Rinong yang berjaya memungut pingat di Sukan Olimpik lalu.

Rujukan :- MS Wikipedia
MohdNorizwan

Sukan renang memang mempunyai potensi untuk dimajukan di Malaysia. Cuma mungkin kekurangan promosi menyebabkan populariti sukan ini lebih dipandang oleh atlet yang elit sahaja. Kalau diikutkan pasti ada ramai budak-budak kampung terutama yang tinggal di laut mempunyai kemahiran berenang yang cukup tinggi dan mampu bersaing dengan atlet bertaraf antarabangsa.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)