LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sukan Ragbi di Malaysia

Ligakampung.com ingin berkongsi info yang ditemui mengenai sukan Ragbi. Sukan Ragbi memang merupakan antara sukan lasak yang dikenali di Malaysia dimana ramai pemain berbadan sasa menyertai sukan ini. Tapi sejauh mana kita mengetahui mengenai sukan ini? Mari kita baca bersama artikel ini yang diambil dari https://www.academia.edu/12204239/Ragbi?auto=download

Sejarah Ragbi Di Malaysia

Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan kecil di sekolah yang bernama Rugby School di England. Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa perlawanan bola sepak, tanpa diduga beliau telah mengambil bola dengan tangannya dan membawanya berlari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakan-rakannya berasa marah, dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis berlari, lagi ramai rakan-rakannya mengejar. Akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu disertai pula rakan-rakannya. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru.

Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi sempena nama pekan kecil di mana sekolah tempat William Web Ellis bersekolah. Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubah suai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasminya sendiri.

Ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.

Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues. Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu, terdapat pertandingan-pertandingan lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan sama ada anjuran KRM ataupun negeri-negeri. Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.

KEMAHIRAN DALAM SUKAN RAGBI

Menghantar

Menghantar bola ialah cara menyampaikan bola kepada rakan yang berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menggerakkan bola terutama membuat serangan. Pemain ragbi menghantar bola menggunakan tangan sama ada dua belah atau pun sebelah. Penerima juga akan menerima bola menggunakan tangan. Terdapat tiga jenis hantaran dalam sukan ragbi.

  • Hantaran Pendek Searas

Hantaran ini dilakukan oleh pemain kepada rakannya yang berada pada posisi yang dekat atau dalam kedudukan yang baik untuk menerima bola. Searas bermaksud pada ketinggian yang sama antara penghantar dan penerima bola, biasanya antara lutut dan pinggang. Hantaran ini boleh dilakukan sama ada dalam kedudukan berdiri ataupun berlari. Yang penting ialah antara penghantar dan penerima harus ada persefahaman.

  • Hantaran Scrum-half

Hantaran ini dilakukan apabila bola berada di atas tanah, sama ada daripada scrum, ruck, atau maul atau line-out. Hantaran ini biasanya dilakukan oleh scrum-half yang sememangnya ditugaskan untuk membuat hantaran ini menjadikan fly-half dan stand-off sebagai sasaran penerima. Hantaran ini dilakukan dengan pantas, dengan menghantar ke aras pinggang atau lutut penerima. Pemain lain juga harus dapat melakukan hantaran cara ini.

  • Hantaran Scrum-half ( Terbang )

Hantaran ini juga dilakukan dengan pantas biasanya untuk bola di atas tanah. Hantaran ini digunakan untuk menghantar bola pada jarak yang agak jauh tetapi terpaksa dilakukan dengan pantas. Penghantar akan membuat hantaran sambil menerbangkan badannya. Setiap pemain harus dapat membuat hantaran cara ini walaupun hantaran ini sering dilakukan oleh scrum-half.

Menerima atau Menangkap Bola

Menerima bola merupakan kemahiran penting dalam permainan ragbi. Setiap pemain harus dapat melakukan kemahiran ini dalam pelbagai situasi atau keadaan. Tangkapan yang baik akan melicinkan pergerakan dan memudahkan strategi dijalankan. Walaupun menangkap dan menerima bola sering di gabungkan sebagai satu kemahiran, tetapi sebenarnya adalah berbeza.

  • Tangkapan Daripada Hantaran Rakan

Penerima dan penghantar hendaklah dapat membaca perlakuan atau tindakan rakan. Penerima hendaklah menumpukan perhatian kepada penghantar di samping menempatkan diri pada kedudukan yang bebas daripada lawan. Dia harus menghulurkan tangannya untuk menangkap dan bukan sekadar menanti bola datang kepadanya. Antara kedua-dua pemain hendaklah pada jarak yang sesuai.

  • Tangkapan Bola Tinggi Tendangan Lawan

Pemain harus dapat menguasai kemahiran ini kerana dalam permainan ini, pemain lawan sering melakukan tendangan tinggi, sama ada ketika menyerang atau bertahan. Untuk menangkap bola tinggi, pemain hendaklah meletakkan salah satu kakinya ke hadapan, dan badan pada kedudukan mengiring. Kedua-dua tangan hendaklah dipanjangkan. Bola hendaklah dibawa ke dada sebaik sahaja berjaya ditangkap.

  • Tangkapan bola rendah

Bola rendah biasanya dari lutut ke bawah sama ada daripada hantaran rakan dan lawan. Pemain hendaklah meletakkan salah satu kakinya ke hadapan dan membengkokkan lutut. Pemain menangkap bola daripada kedudukan tangan yang dikeluarkan ke arah bola. Sebaik ditangkap bola harus dirapatkan pada badan atau dada untuk pergerakan selanjutnya.

  • Tangkapan Bola Di atas Tanah

Bola yang diletakkan di atas tanah boleh di ambil sama ada dalam kedudukan berhenti atau berlari. Caranya ialah dengan mencedok bola dengan tangan yang hampir dengannya kepada tangan yang lagi satu yang terletak di hadapan bola. Pemain boleh memilih tangan kiri atau kanan untuk mencedok atau menampan bola.

Kemahiran Tendangan

Kemahiran menendang dalam permainan ragbi adalah penting bagi semua pemain. Tendangan yang dilakukan hendaklah mempunyai matlamat atau tujuannya.

Antara tujuan melakukan tendangan ialah:

  • Untuk memperoleh kelebihan kawasan permainan
  • Untuk menyelamatkan bola, ketika diasak pasukan lawan.
  • Untuk memberi peluang dan masa rakan sepasukan mengejarnya dan seterusnya mendapatkan bola semasa melakukan serangan.
  • Untuk mendapatkan mata sama ada menerusi tendangan penalty ataupun conversion atau dropped goal, serta memulakan permainan.

Terdapat beberapa jenis tendangan seperti berikut:

  • Tendangan lepas (Punting)

Dilakukan untuk mendapatkan kelebihan kawasan dan memberi masa kepada rakan mengejar bola semasa serangan. Cara melakukan tendangan ini ialah dengan memegang bola pada kedua-dua tangan. Apabila pemain bersedia untuk membuat tendangan dia akan melepaskan bola dan pada masa yang sama menendang ke arah yang di tuju.

  • Tendangan lantun (dropped kick)

Dilakukan dengan cara pemain melepaskan bola menegak ke tanah, lalu menendangnya sebaik sahaja melantun dari tanah. Tendangan ini harus dilakukan dengan pantas kerana kemungkinan lantunan itu tidak menepati arah yang dikehendaki. Tendangan ini digunakan terutamanya untuk mendapatkan mata, memulakan permainan selepas conversion yang gagal dan untuk mengeluarkan bola dari kawasan permainan.

  • PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN RAGBI
  • Bola
  • Bola yang digunakan dari jenis kulit atau sintetik bersaiz 5 – SM dan bersaiz 3 – SR.
  • Bilangan Pemain
  • Sebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain, tetapi hanya 7 orang pemain sahaja yang dibenarkan bermain/ berada di dalam padang pada satu masa bagi SR.
  • Permainan tidak boleh dimulakan jika terdapat kurang dari 5 orang pemain
  • Bagi SM pula bilangan pemain adalah seperti berikut:
  • 15 sepasukan dengan 10 pemain simpanan
  • 10 sepasukan dengan 5 pemain simpanan
  • 7 sepasukan dengan 5 pemain simpanan
  • Bagi perlawanan 15 sepasukan perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya  terdapat kurang dari 12 orang pemain
  • Pakaian Pemain
  • Pasukan mestilah memakai memakai jersi yang tahan lasak dan tidak membahayakan orang lain
  • serta bernombor 1 hingga 12 bagi SR dan 1 hingga 25 bagi SM.
  • Masa Permainan
  • Masa permainan rasmi bagi SR adalah 20 minit setiap separuh masa dengan masa rehat maksimum 5 minit. Tetapi jika bermain secara karnival maka masa permainan ialah 7 minit setiap
  • Separuh masa dengan 1 minit masa rehat
  • Bagi SM pula berikut adalah ketetapannya:
  • Permainan 15 sepasukan
  • Maksima 40 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan dewasa dengan 10 minit waktu rehat.
  • Maksima 35 minit bagi setiap separuh masa bagi variasi bawah 19 tahun dengan 10 minit waktu rehat.
  • Permainan 10 sepasukan
  • Maksima 10 minit bagi setiap separuh masa dengan 2 minit waktu rehat.
  • Permainan 7 sepasukan
  • Maksima 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit waktu rehat.
  • Maksima 10 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan akhir dengan 2 minit waktu rehat.

  • KEMUDAHAN DAN PERALATAN SUKAN RAGBI

Peralatan asas yang mesti dipakai ialah:

i. Jersi

ii. Seluar pendek

iii. Stoking

iv. Boots

Sumber :

http://cikguhassrolnizampjk.blogspot.com/2011/11/kenali-sejarah-sukan-ragbi.html

http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2013/09/sejarah-permainan-sukan-ragbi.html

http://projectgen-y.com/3a/nik/?page_id=28

Semoga maklumat yang dipaparkan ini dapat memberi manfaat kepada semua pengemar sukan ragbi ini..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)