LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sukan Perpaduan Islam Ketiga Berlangsung Akhir September

Pernahkah anda mendengar tentang Sukan Perpaduan Islam? Secara jujurnya ini kali pertama saya mendengar tentang sukan ini. Sukan yang diadakan berikutan Sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Putrajaya pada 2003 membuat keputusan agar sukan antara negara anggota dijadikan temasya sukan empat tahun sekali.
Sukan Perpaduan Islam Logo

Sukan Perpaduan Islam yang telah memasuki Edisi ketiga yang bakal dilangsungkan di Indonesia akan dilangsungkan pada Akhir September ini. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi telah menerima surat daripada penganjur di Indonesia bahawa kejohanan itu akan dipindahkan dari Kepualauan Riau ke Palembang.

Kejohanan yang sepatutnya diadakan pada Jun lepas terpaksa ditangguh selepas pekerja pembinaan menutup stadium utama sebagai tanda bantahan kerana mereka tidak menerima pembayaran penuh bagi kerja yang dijalankan. Menurut Sieh, MOM dijangka akan menghantar 112 atlet dan pegawai untuk menyertai 13 acara seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat pemilihan MOM pada 27 Februari lepas.

Sukan yang akan terlibat ialah olahraga, renang, memanah, badminton, gimnastik artistik, karate, pencak silat, sepak takraw, taekwando, tenis, bola tampar pantai, angkat berat dan wushu. Pada kejohanan edisi sulung di Arab Saudi pada tahun 2005 Malaysia hanya sekadar menduduki tempat ketujuh keseluruhan setelah meraih lima pingat emas, lima perak dan enam gangsa manakala edisi kedua di Tehran dibatalkan apabila negara tuan rumah gagal menyediakan kemudahan sewajarnya.

– BERNAMA

Walaupun sukan perpaduan Islam namun ia tidak mengehadkan penyertaan muslim sahaja sebaliknya setiap atlet dari negara yang terlibat dibenarkan bertanding. Perlu ada promosi dari negara anggota kerana tiada publisiti mengenai sukan ini sedangkan ia boleh menjadi kejohanan pemanas badan sebelum atlet negara bertanding di Sukan SEA nanti..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)